Showing posts with label Taman Dapur. Show all posts
Showing posts with label Taman Dapur. Show all posts

Sunday, 22 September 2019

POKOK STEVIA & LEMON BALM


Bertambah lagi koleksi pokok di mini garden E-na. Sambil beli tanah, jeling-jeling pokok. Dah mengikut 2 pasu. Pokok Stevia dan Pokok Lemon Balm. Keduanya adalah spesis herba.


Thursday, 19 September 2019

POKOK TIN MURAH


Penanaman Pokok Tin semakin mendapat tempat di hati penggemar pokok. E-na pernah cuba beli keratan batang pokok tin dan tanam. Tapi tak menjadi. Kemudian cuba mencari anak pokok tapi melihat harganya yang agak tinggi maka dipendamkan sahaja. Risau juga beli mahal-mahal tapi tak hidup lama.


Murah tak? Bagi E-na terasa murah sangat dah untuk pokok tin sebesar ini.



Isnin lepas E-na pergi nursery untuk beli tanah, ternampak anak pokok tin. Ringan pula mulut bertanyakan harga. RM10??? Uish murah...ambik 2 pokok even variety yang sama.


Murah tak? Bagi E-na terasa murah sangat dah untuk pokok tin sebesar ini.

Wednesday, 18 September 2019

Pokok Pucuk Paku Dalam Pasu


Jalan-jalan dalam FB terjumpa posting tentang pucuk paku. Tanam pucuk paku dalam pasu tepi rumah. Senang kan, nak makan petik je tak perlu ke paya mencari pucuk paku. Ada yang menjual anak pucuk paku...wow best ni. Hati berbunga nak beli anak pokok pucuk paku. Mulalah berangan petik pucuk paku di mini garden..he he...E-na ada share kos beli kat sini.

Proses menyemai anak pokok pucuk paku ke dalam polybag bermula keesokan harinya. Medium yang E-na gunakan untuk pokok pucuk paku adalah tanah kompos (6+1) di campur dengan tanah merah dan sedikit sekam padi. 


Hari per 1(28/08/2019)


7 pokok anak pucuk paku berbaris untuk posing.


Anak-anak pokok pucuk paku siap ditanam dan disiram. Hiduplah kamu dengan subur dan memberi manfaat kepada semua.


 Hari ke 9 (6/9/ 2019)


 Pucuk yang pertama mula menonjolkan diri. Masya Allah...



Hari ke 15 (12/09/2019)


Pucuk telah berkembang menjadi daun paku. Anak paku bersaiz kecil menghasilkan daun selari manakala anak paku bersaiz besar menghasilkan daun yang bercabang2.


Ketujuh-tujuh anak pucuk paku telah mengeluarkan pucuk pertama dan berkembang.


Geram jerr tengok! Macam mimpi pun ye...pokok pucuk paku berada di dalam kebun mini E-na...teruja sangat!!!


Agak-agak Baja apa yang sesuai untuk pokok pucuk paku...organik / AB atau baja kimia? Kena buat research dulu...wish me luck!

Tuesday, 17 September 2019

BELI POKOK ONLINE



First time beli pokok secara online. Order banyak juga, tawakkal je. Alhamdulillah pokok tiba pada 28 Ogos 2019 dengan selamat dan seller packing dengan teliti.

Inilah pokok-pokok yang E-na beli online dan pokok di pos menggunakan perkhidmatan J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd.

1. Pokok pucuk paku 10 x RM 2 
2. Kelapa pandan       1   x RM16
3. Halia bara               1  x RM8 
4. Kedongdong           1 x  RM10
5. Asam gelugor         1 x  RM16

Kos pos                              RM20
Total                                   RM90

Tuesday, 7 March 2017

BILA BOLEH ALIHKAN ANAK POKOK SEMAIAN


Pagi tadi ada masa 30 minit sahaja untuk pindahkan anak pokok kacang botor yang di semai 2 minggu lepas. Separuh dah alih sabtu lepas, terpaksa stop coz x cukup tanah hitam.

Dengan pantas siap gaul 9 beg tanah dan transfer 6 anak pokok kacang botor ke dalam polibag in 30 minutes. 

Senang hati bila anak pokok sudah dialihkan. Biar cepat membesar dan berbuah lebat ye.. Nampak sedikit perbezaan anak pokok yg dh 3 hari dialihkan. 

Thursday, 13 October 2016

KHASIAT POKOK CEKUR


CEKUR PEMBERIAN RAKAN SEJAWAT. TQVM K.BADA.

Pengenalan

Nama Botani : Kaempferia galanga
Famili : Zingiberaceae (keluarga halia)Cekur nie  merupakan tumbuhan dalam famili halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur boleh membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.
Rizom atau umbisi cekur mempunyai aroma yang agak lembut, Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang lain. Antara khasiat cekur nie adalah seperti berikut :1.  Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
2.  Menyembuhkan kembung perut,
3.  Melegakan perut memulas
4.  Mengurangkan bengkak.
6.  Melegakan batuk.
7.  Sakit urat saraf
8.  Senak perut
9.  Buang angin
11.Muntah
Daun cekur muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Orang jawa kat malaysia nie gunakan rizom cekur untuk buat kuih tempeyek, Orang melayu dulu-dulu gunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati malaria. Kat indonesia cekur digunakan oleh wanita lepas bersalin untuk panaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot.
Pokok cekur mempunyai daun yang sederhana lebar, tebal dan berwarna hijau manakala bahagian bawah daunnya berwarna hijau muda dan isinya pula berwarna putih.

Pokok ini mudah didapati di kampung dan ramai suri rumah menanamnya di dalam pasu bunga. Selain digunakan sebagai bahan masakan, ia sering dijadikan ulam oleh wanita terutama selepas bersalin.

Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan. Air rebusan itu akan diminum oleh penggemar herba tradisi ini.

Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita selepas bersalin dan mereka yang berasa kurang bermaya. Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini turut membantu melambatkan kesan penuaan.

Cekur juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah isinya. Terdapat sejenis lagi cekur yang amat berkhasiat dalam tradisi perubatan Melayu.

Cekur yang disebut sebagai cekur merah ini berdaun perang dan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu tetapi ada juga spesies yang mengeluarkan bunga berwarna ungu.
Cara-Cara Penanaman Cekur
Cekur sesuai ditanam di keliling rumah dalam program “Bumi Hijau” yang dianjurkan oleh kerajaan.Benih cekur diperolehi dari pokok sedia ada atau beli rhizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik. Sebaiknya untuk ditanam dalam pasu atau dalam bekas khas (Kotak daripada tin atau plastik) yang diisikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan) serta mempunyai lubang air keluar. Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Bagi tanaman di kebun sebaiknya sediakan batas untuk elakkan dari takungan air. jarak tanaman antara 30 -60 cm bergantung kepada saiz batas. Kawasan kecil diperlukan untuk menanam cekur secara komersial. Belum ada rekod kawasan tanaman cekur secara meluas melebihi 1 hekar satu tempat.
Pembajaan tanaman cekur mudah iaitu dengan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun. Baja 15:15:15 lingkungan 10 – 15 gm/pokok pada peringkat vegetatif serta baja NPK 12:12:17:2 apabila pokok hampir matang. Cabut rumpai dalam pasu dengan tangan dan elakkan daripada pokok cekur cedera ketika mencabut rumpai. Antara musuh tanaman cekur ialah serangan siput babi, siput kecil, belalang, cengkerik dan ulat makan daun (Spodoptera litura) . Kawalan disyorkan ialah dengan mengutip musuh jika ditanam dalam pasu. Penggunaan racun serangga tidak digalakan bagi tanaman cekur.

SOURCE : KHASIAT HERBA

Thursday, 16 April 2015

Tips Menyemai Batang Kangkung



Pilih akar kangkung yang masih putih warnanya.  Its showing that kangkung tu masih baru di kutip berbanding dengan akar yang sudah bewarna coklat. So potensi kangkung nak hidup lebih tinggi.

Kemudian tanamlah janji akarnya tertimbus dengan tanah, ia akan mengeluarkan pucuk. Nama lain bagi kangkung ialah water spinach. Ia memerlukan air yang banyak untuk hidup subur. Sentiasa pastikan tanahnya sentiasa lembab untuk pertumbuhan yang cepat. Senang je kan. Lepas ni beli kangkung jangan di buang akarnya. Tanam macam ni bolehlah dipetik bila perlu macam Petani cilik(klik) ni.. Happy Gardening!

Sunday, 12 April 2015

Pokok Pandan Subur



Pokok Pandan yang hidup subur di mini edible garden. Terlalu banyak, terpaksa di buang untuk memulakan projek baru di tapak yang sama...;p

Friday, 10 April 2015

Petani Cilik Mengutip Kangkung


Qischa mengutip kangkung sebelum ke rumah babysitter. Bukan main seronok dia.

Kangkung ni semai guna biji benih yang di beli di tesco. RM2.95 sebungkus. Tapi lepas GST harga jadi RM3.05.

Kangkung mudah hidup dan senang dijaga. Tanam batang kangkung yang di beli pun boleh hidup.


Kangkung setelah proses penuaian. 


Tuesday, 17 March 2015

Pokok Gajus



Pokok Gajus atau pokok ketereh (Pokok Teghe) yang E-na tanam dalam pasu. Tak lama lagi bole kutip pucuknya buat ulam....sedap!!! Rasanya seakan-akan ulam buah keladan. Besar sikit lagi boleh ubah ke atas tanah. Hidup subur ye...

Tuesday, 26 February 2013

Daiso Japan di Mid Valley Megamall


Daiso and Seria adalah tempat favourite E-na shopping di Nagoya dulu. Kalau pergi Daiso yang besar boleh habis 3k or 4k yen. Macam-macam barang  ada di sini, dari barangan keperluan dapur, toilet, gardening, stationaries, food,   penjagaan badan dan macam-macam lagi. Semuanya berharga 105yen dan 215yen.


Last Sunday kami terjah Daiso Mid Valley. Terletak di aras 3 dan 4 ( 2 tingkat). RM5 bagi setiap item. Objektif utama nak cari KITCHEN GARBAGE NET untuk sink tapi kehabisan stok di Daiso. Nampaknya kena kirim dengan member di Jepun juga ni. Betul-betul rasa tak bebas membasuh pinggan mangkuk bila ketiadaan MR Garbage net. 

Kitchen Garbage Net (shallow type)

Net ini di pasang untuk menapis sisa-sisa makanan yang kecil. Sink kurang bau yang tidak menyenangkan dan risiko untuk tersumbat dapat dikurangkan.

Paling berbaloi shopping kali ini adalah planter box putih. Saiz hampir sama dengan yang di jual di Malaysia tapi harga hanya RM5. Terus ambil 4 biji. Material lain sikit dengan keluaran Baba tapi boleh sangat dah untuk berkebun. Made in Japan lagi! 

Hasil rembatan di Daiso Mid Valley

Monday, 25 February 2013

Window Garden


Klik button Share di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini dengan rakan-rakan di facebook...Sharing is Caring.

Projek pepagi ahad sebelum keluar ke Daiso Mid Valley Megamall. Menanam pokok-pokok bunga yang di beli di Nursery Sungai Buluh. Tak lupa million thanks to my hubby coz sudi temankan E-na ke Nursery Sungai Buluh. Ada masa lain kali temankan lagi ye...:-)  E-na letakkan hanging planter di tingkap dapur 2 daun. Tingkap 3 daun sebelahnya belum di hias kerana ada awning yang belum di pindahkan. Window Garden ini sebagai penyeri Taman Dapur di belakang rumah. Ada pokok bunga berwarna warni taklah hijau je semua kan. . Dibawahnya ada anak pokok Pak Choy yang baru berusia hampir 3 minggu.

Cantik tak? Sape suka taip  'I like' kat Comment box...ngeeee

Gambar di bawah adalah  tapak semaian untuk Taman Dapur. E-na semai biji benih Kacang panjang, bendi, terung, ketumbar, basil dan biji golden honey dew. Beli buah Golden Honey Dew di Tesco, manis sangat isinya terus semai biji...ingatkan tak tumbuh so letak banyak-banyak bijinya dalam satu polybag,,,tengok-tengok semua mencanak naik...tu kalau hidup semua nak pindah kan ke mana la pokoknya nanti....tanah tak mandang, jawabnya bawa balik kampung bagi mak dan mak mertua yang tanam.


Biasanya bila mula berkebun setiap kali balik ke kampung akan ambik  benih-benih pokok di rumah mak. Kali ni dah pesan minta mak semaikan pokok kesum, pegaga kampung, benih ulam raja, cekur dan batang ubi kayu. Bebila balik nanti angkut bawa ke Shah Alam.

Sebelum ni dah subur elok pokok kesum di Taman Mini Edible(klik). Tapi mati akibat kerja-kerja renovation rumah. Subur menghijau daunnya boleh tengok di sini. Pokok Kesum juga boleh hidup subur di Jepun. E-na pernah tanam dalam pasu(klik) dan di atas tanah di balkoni rumah (klik). Pokok kesum juga mengeluarkan bunga. Sweet light purple warnanya. Boleh tengok di sini(klik)

Benih Kangkung belum jumpa lagi...Di Cameron Highlands hari tu ada tapi mahal sangat RM5 sepeket. Dah cari di Giant and Tesco tapi tiada stok benih kangkung. Antara pokok lain yang E-na sedang cari adalah pokok tenggek burung/ pokok cabang tiga, Pokok Jenerih, dan  pokok gajus / pokok ketereh. Kalau ada sesiapa tau di mana nak dapatkan pokok-pokok tersebut boleh tinggalkan comment ye...rasanya Pasar Tani Stadium Shah Alam mungkin ada tapi belum sempat pergi lagi.

Nursery Sungai Buluh





Sejak balik ke Malaysia, belum pernah e-na kongsi resepi di Lovely Kitchen. Bukan tak pernah masak tapi kekangan masa untuk potoshot gambar makanan. Di tambah pula dengan pelbagai urusan untuk 'menyiapkan' rumah jadi E-na perlu singkatkan masa di dapur. Bila semua kemas dan tersusun baru enjoy nak main masak-masak.

Sebenarnya sebelum ke Jepun E-na ada menanam di depan dan belakang rumah dengan pokok-pokok hijau dan tanaman untuk dapur. Bila tiba masa berhijrah ke Jepun pada tahun 2009, semua pokok-pokok dan pasu e-na hadiahkan pada kawan-kawan dan selebihnya bagi kat mak di kampung. Sekarang sedang giat berkebun semula setelah kerja-kerja renovation rumah selesai. Usaha menambah pasu dan menanam semula pokok-pokok yang biasa di gunakan di dapur dan pokok-pokok bebunga sebagai penyeri taman edible. Bermula dengan Taman Mini Edible, kemudian berhenti sekejap bila renovate bahagian depan rumah. Sekarang projek Window Garden dan Taman Dapur di belakang rumah pula. Untuk merealisasikan impian ini Sabtu 23 Februari ajak hubby ke Nursery di Sungai buluh. Hasilnya seperti di bawah....


Shopping di Nursery Sg. Buluh Sat 23 February 2013

1. Hanging Planters RM38 x 4 = RM152
2. Pokok bunga 6 polybag       = RM20
3. Tanah Merah Bakar 10 bag = RM12
4. Benih Celery                       = RM3
5. Pasu putih                           = RM18

TOTAL                                  = RM205
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...