Showing posts with label Taman Bunga. Show all posts
Showing posts with label Taman Bunga. Show all posts

Saturday, 6 May 2017

Kos Berkebun


Free gift...happy  ;-)




Tanah Merah Bakar 12 packs RM20 
Tanah hitam RM1.90 x 10 packs RM19
Tanah Organik 28L RM11
Pokok Mandevilla Putih RM15
Pokok Mandevilla Merah RM15
Pokok Air Mata Pengantin RM15 x 2 RM30
Pokok Alamanda kuning menjalar RM10
TOTAL                                                    RM120






Thursday, 27 April 2017

BAJA AB DAN BROGARD LISA DALAM KEBUN ADA TAMAN



Baja AB dan racun Brogard yang di beli dari Puan Lisa FB dalam Kebun Ada Taman telah sampai pd 18 april 2017. Ada free gift biji kangkung. Thanks a lot ye Lisa. Kos Baja AB dan Brogard RM60 termasuk postage. Jika ada yang berminat bole contact puan Lisa di Fb Dalam Kebun Ada Taman.

Wednesday, 25 January 2017

BUNGA KERTAS ORKID


New member in my mini garden...bunga orchid bougainvillea or bunga kertas orchid. Beli warna oren dan peach. RM7 sepokok.




Saturday, 15 October 2016

BUNGA KERTAS KUDUP KE MANGKUK?



Si Bunga Kertas yang jarang-jarang kita jumpa...bunganya bebentuk kudup atau seakan-akan mangkuk. 


E-na beli di Nursery Batu Belah dengan harga RM8. Hidup subur ye preety!

Wednesday, 12 October 2016

BELI POKOK LAGI


Kali ni ke Nursery Batu Belah pulak. Apa lagi yang di cari ye...E-na suka jalan-jalan cuti mata kat nursery. Seronok tengok pokok-pokok subur menghijau. Berbual dengan owner nursery boleh tambah knowledge about plants and gardening.  Sambil tengok-tengok jumpa pokok yang berkenan dengan harga mampu milik terus sambar.


Pokok Apple Vietnam atau buah bidara.


Pokok Bunga kertas ini bunganya seolah-olah seperti mangkuk.


Rak pasu 7 biji
Baja untuk pelebat pokok berbuah.

Tanah lagi 14 beg.

KOS HARI INI

POKOK APPLE VIETNAM                 RM25
POKOK BUNGA KERTAS                   RM 8
RAK PASU BERTINGKAT (7 PASU)  RM55
TANAH HITAM RM1.80 X 7               RM12.60
TANAH MERAH BAKAR RM2 X 7   RM14
TOTAL                                                   RM114.60

Friday, 7 October 2016

BENIH POKOK GREEN WORLD DAN PASU PUTIH


Shopping ke nursery lagi...Hasil tangkapan semalam di Nursery Seksyen 18 Shah Alam. Pasu putih, Benih Kacang Buncis, Petola dan Pak choy.



KOS 
1. Pasu putih RM3 x 6 RM18
2. Benih Pokok 3 pcks RM10
             TOTAL           RM28

HARGA TANAH NAIK LAGI


Dah lama tak membeli tanah. Masa pergi nursery Sungai Buloh aritu harga tanah RM1.20 dan RM1.50...errmmm sama dgn s.alam n klang so tak belilah. Rupanya kat nursery area s.alam dah RM2 untuk tanah merah bakar dan tanah hitam. Ada juga nursery yang jual RM1.80 tanah merah bakar. Tanah merah biasa RM1.50.

Misi mencari pokok yang berbunga wangi. Dapatla pokok kenanga dan pokok bunga Yesterday Today Tomorrow (YTT). Hati pun turut berbunga..

Pokok Bunga Kenanga. Mula keluar putik bunga bewarna hijau. Bila beberapa hari akan bertukar ke warna kuning. Harum wangi bau bunga kenanga.

Yang ini pula pokok bunga YTT Yesterday Today Tomorrow. Mula-mula bunga akan bewarna purple, kemudian bertukar ke light purple dan bila hampir layu ia akan bewarna putih. Unik dan bunganya juga berbau wangi tapi awas pokok ini beracun.


KOS
1. TANAH HITAM RM2 X 7                      RM14
2. TANAH MERAH BAKAR RM1.80 X 7 RM12.60
3. POKOK BUNGA KENANGA                  RM25
4. POKOK BUNGA YTT                             RM8
5. MALATHION                                          RM6
                                       TOTAL                  RM65

Wednesday, 5 October 2016

POKOK RERAMA MERAH



Pokok rerama merah pemberian rakan sejawat. Asalnya anak pokok setinggi ibu jari. Ada rezeki kita cari rerama hijau dan rerama batik pula.


Sunday, 2 October 2016

POKOK BUNGA MURAH DI NURSERY SUNGAI BULOH


Salam Maal Hijrah 1438h.

Terapi minda di hari minggu jelajah kebun bunga di jalan Kg Orang Asli Sg. Buloh, berhampiran dengan Hospital Sungai Buloh. Hasil tangkapan di pagi tahun baru dapat 2 pokok bunga Akar Dani, 3 pokok bunga kertas kawin, 1 pokok b
unga raya putih dan 1 pokok bunga melur. Alhamdulillah happy sangat. Tqvm Mr handsome sudi teman jelajah nursery ari ini.





Bunga Raya putih jenis renek. Sesuai di tanam dalam pasu.


Bunga Kertas kawin 3 color.


Kos hari ni :
1. Pokok Bunga Akar Dani (besar dah berbunga) RM10 x 2 pokok
2. Pokok Bunga Kertas kawin saiz sedang            RM20 x 1 pokok
3. Pokok Bunga Kertas kawin saiz besar               RM35 x 2 pokok
4. Pokok Bunga Raya Putih Renek                        RM13 x 1 pokok
5. Pokok Bunga Melur                                           FREE GIFT
TOTAL  SELEPAS DISKAUN RM5                  RM118

Tuesday, 21 April 2015

RJ Berlapis Kuning dan Peach


Ros Jepun lagi!!!!Kali ni Ros jepun berlapis-lapis warna kuning. Semakin banyak berkembang.

 

Ros Jepun berlapis bewarna peach...peach ke oren??? ikutla pandangan mata masing-masing nak decide peach ke oren...


Dalam Hati Ada Taman



Layankan aje gambar-gambar  ros jepun yang berkembang mekar di taman mini E-na.






Lagi kisah bunga ros jepun boleh tengok ros jepun berlapis, ros jepun sudah kembang, ros jepun koleksi ke 4,5,6 dan ros jepun 3 RM10

Monday, 20 April 2015

Kembar Tak Seiras


Bunga pukul 10 aka bunga ros jepun kembang berkembar. So sweet!! Ros jepun batik pink putih. Nampak manja-manja gitu...



Yang ni pula si kembar pink dan putih rintik yg menawan...


Friday, 17 April 2015

Ros Jepun berlapis



Di tapak semaian...Menambah koleksi Ros Jepun atau
 bunga pukul 10.

Ros Jepun berlapis warna putih.


 Ros Jepun berlapis pink purple.



Ros Jepun berlapis warna merah.


Yang ni ros jepun  warna pink putih


Thursday, 16 April 2015

Ros Jepun Sudah Kembang


Pokok-pokok bunga ros jepun atau bunga pukul 10 yang telah di ubah ke dalam pasu mula mengeluarkan bunga. Cerita RJ sebelum ni boleh klik kat sini dan sini.


Bunga Ros Jepun berlapis peach dan pink.



Ros Jepun berlapis warna kuning.



Ros Jepun berlapis warna putih.



Ros Jepun Rintik pink putih dan Ros jepun kuning jambul orange.



Ros Jepun Pink.


Wednesday, 15 April 2015

Aloe Vera beranak



Pokok Aloe Vera sudah mengeluarkan anaknya. Nak buat apa ye dengan pokok ni...sape ada pengalaman guna aloe vera sbg mask muka...boleh share...

Sunday, 12 April 2015

Ros Jepun- koleksi ke 4, 5 dan 6



 Beli RJ lagi!!! Tambah koleksi Ros Jepun on 16/03/2015.  RM2 untuk 1 polybag. Ambik 3 polybag RJ berlapis warna kuning, peach dan pink terang minta RM5 dan free lagi RJ putih berlapis. Saya suka! Saya suka!

Ros Jepun 3 RM10


Pokok  Bunga Ros Jepun koleksi pertama untuk musim berkebun kali ini. Kirim pada kawan yang ke Sungai Buloh. 3 Pokok RM10. Pokok bunga ros jepun atau bunga pukul 10 ni mudah hidup dan senang di jaga.



Anak-anak yang turut membantu menggaul tanah untuk menanam pokok bunga pukul 10 ke dalam pasu. Cerita Ros Jepun klik sini.


Tuesday, 7 April 2015

Bunga Bawang Putih / Zephyranthes Candida




Semalam bunga bawang warna kuning berkembang. Hari ni pokok bunga bawang putih pula berbunga. Nama lain bagi pokok bunga bawang ni ialah Rainflower, Rain Lily, Fairy Lily. Pokok-pokok ni E-na semai untuk projek taman bunga mini di villa 5522. Buat sikit-sikit harap sempat siap sebelum raya puasa.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...