Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts

Wednesday, 25 January 2012

Kek Batik





Antara resepi kek batik yang sedap dan menjadi kegemaran di Lovely Kitchen. Boleh adjust sukatan gula dan susu mengikut citarasa masing2. 


RESEPI KEK BATIK 

Loyang 18cm x 18cm
Bahan-bahan:
  • 250 gram butter
  • 270 gram gula (bole kurangkan sikit)
  • 6 biji telur
  • 240 gram tepung gandum
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1 1/2 cawan milo (E-na letak 77g sebab milo tak cukup)
  • 300 gram susu pekat manis 
  • Biskut Merie secukupnya
  • Chocolate rice untuk di tabur di atas (optional)
Cara Membuatnya:
  1. Alas loyang dengan aluminium foil.
  2. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung gandum, milo dan serbuk koko. Pukul sampai adunan sebati.
  6. Masukkan ke dalam pan dan masak sehingga adunan pekat bewarna lebih gelap. Kacau selalu lebih kurang 12 minit atau adunan betul2 masak. Tutup api.
  7. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian ( supaya lapisan sama tebal)
  8. Masukkan 1 bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
  9. Kemudian susun biskut merie diatas adunan.
  10. Masukkan adunan seterusnya dan susun biskut merie diatasnya.
  11. Ulang sehingga habis. Lapisan adunan, lapisan biskut merie, lapisan adunan, lapisan biskut merie, lapisan adunan, lapisan biskut merie dan akhir sekali lapisan adunan.
  12. Tabur chocolate rice di atas sekali untuk mencantikkannya.
  13. Sejukkan semalaman di dalam fridge sebelum dipotong. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS LOVELY KITCHEN
  • Segera melapis adunan dan biskut merie semasa adunan masih panas untuk mendapatkan lapisan yang melekat cantik antara biskut dan adunan. Jika adunan sejuk, panaskan sekejap dan terus melapis. Hasilnya kek tidak pecah atau bercerai semasa memotong nanti.
  • Sejukkan di dalam fridge sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang licin cantik.

Nota LK:
Guna sukatan ini (milo 77/80g je) utk next project coz suka dgn rasa lemak2 coklat gitu...



Resepi asal dari  kak Diana . E-na sertakan di  bawah untuk rujukan. Tqvm sis...really like it!

Bhn2

6 biji telur
250 gm mentega

2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan gula _ Boleh d kurangkan sebab menggunakan 3 in 1 cereal tu kan )

1 1/2 cawan milo

4 bungkus ( 1 cawan ) Nestle nesvita original 3 in 1 nutritious cereal drink 
4 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat  susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
Biskut marie secukup kegunaan
Choc Rice secukupnya

Cara²

1.             Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
2.             Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
3.             Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
4.             Tambahkan tepung gandum, milo, serbuk koko dan nesvita... Pukul adunan sampai ianya betul² sebati.
5.             Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat. 12minit
6.             Tutupkan api dan masukkan biskut marie dan gaul perlahan.

Friday, 9 September 2011

:-> Kek Lapis Masam Manis Kukus (Haw Flakes)



Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini bersama rakan-rakan anda di Facebook.. Sharing is Caring...TQVM.




Salah satu kek yang E-na buat untuk open house di rumah kami pada petang hari raya pertama. Operasi mengukus Kek Lapis Masam Manis Kukus (Haw Flakes) pada pagi 29 August. Lepas siap mengukus kek lapis sambung pula buat Kek Chocolate Cheese Comei. Nanti E-na akan kongsikan resepi Kek Chocolate Cheese Comei dan Rendang Pedas Ayam Chef Wan. Hari ni akan bz gilerrr...esok p budou gari (petik anggur dalam kebun)...errrmmm bila la nak buat 'bersih 2011'...banyak lagi gambar masakan tersimpan dalam lappy ni...

1st time buat Kek Lapis masa zaman sekolah dulu. Mak yang ajarkan. Tapi E-na memang failed melapis kek...tak cantik macam orang lain buat...Sebelum raya hari tu ada bertanyakan Kak Diana tentang Kek Lapis. Banyak ilmu yang Kak Diana kongsikan. Thanks ye sis...

Resepi Kek Lapis dari Puteri Manja. E-na dah olah cara membuat untuk memudahkan pemahaman dan bahan juga ada yang di tambah dan dikurangkan. Menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama. Sesuai untuk perantau terutama yang susah untuk dapatkan biskut marie. 


RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)

Bahan A

  • 5 biji telur
  • 200 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil ovallette
  • secubit garam
Bahan B
  • 220 tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Bahan C
  • 150 ml fresh milk / susu cair
  • 100 ml minyak masak
Bahan D
  • Pewarna kuning, hijau, purple
  • Haw Flakes secukupnya (15 ketul)
  • Loyang bulat 20cm 

Cara-cara:
  1. Masukkan semua Bahan A ke dalam bekas adunan.
  2. Pukul sehingga kembang dan gebu berkrim.
  3. Kemudian masukkan Bahan B dan Bahan C berselang-seli ke dalam Bahan A.
  4. Pukul sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kegemaran anda.
  6. Sapu sedikit marjerin di sekeliling loyang.
  7. Alas loyang dengan cooking sheet.
  8. Masukkan 1 senduk ++ adunan bewarna kuning dan ratakan. Kukus sehingga masak.
  9. Kemudian angkat dan masukkan  1 senduk ++ adunan berwarna purple, ratakan dan kukus semula sehingga masak.
  10. Susun hawflakes , kemudian masukkan 1 senduk ++ adunan bewarna hijau dan ratakan. Kukus lagi sehingga masak.
  11. Ulang langkah 8 sehingga adunan habis. 
  12. Hasilnya akan jadi begini lapisan kuning + lapisan purple + lapisan hawflakes + lapisan hijau + lapisan kuning + lapisan hawflakes + lapisan purple + lapisan hijau + lapisan Hawflakes + lapisan kuning + lapisan purple + lapisan hawflakes + lapisan hijau.

TIPS MEMBUAT KEK LAPIS DARI LOVELY KITCHEN
  • Terlalu lama masa mengukus setiap lapisan boleh menyebabkan lapisan kek lapis tidak melekat antara satu sama lain / tertanggal.
  • Pastikan kek sudah masak sebelum melapis lapisan seterusnya. Jika tidak adunan akan bercampur dan lapisan tidak cantik.
  • Sentuh sedikit dengan hujung jari untuk mengetahui lapisan kek sudah masak atau belum. Jika kering dan tidak melekat di hujung jari, bolehlah di lapiskan lapisan seterusnya.
  • Tempoh masa mengukus kek tidak sama antara lapisan pertama dgn lapisan seterusnya. Mesti selalu check. 
  • Seeloknya sebelum melapis tekan lembut lapisan kek dengan sudu plastik. Supaya kek padat dan tiada lubang udara (Kak Diana).  
  • Cara menyimpan kek lapis : balut dengan aluminium foil dan simpan di dalm peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama. (kak Diana)
  • Setiap kali memotong kek lapis, lap/ bersihkan pisau pemotong dengan kitchen tissue supaya hasilnya tidak comot.
NOTE : E-na try tekan lapisan pertama dengan sudu plastik untuk resepi ini tapi mcm tak mampat juga lapisan tu, pastu taklah tekan lagi dah......mungkin sbb menggunakan ovallate dan tepung gandum. Kalau yang guna biskut marie rasanya sesuai guna kaedah tekan dengan sudu plastik.


Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM.

Thursday, 4 August 2011

:-> Kek Pandan Lapis Seri Kaya







Kek yang lembut dan sedap. Bertambah seri lagi dengan corak di atas kek. Sesuai untuk hidangan hari raya atau sebarang majlis keramaian. Resepi masih sama dengan resepi Kek Rose Lapis Jem Strawberry cuma kali ini E-na kurangkan kuantiti ovalette. Kek tetap lembut dan gebu.

Suhu membakar juga E-na naikkan sedikit sesuai dengan suhu bilik sekarang, tidak panas berbahang seperti sebelum ini. Tak pasti suhu bilik mempengaruhi oven atau tidak tetapi pengalaman yang lepas bakar kek ini dengan suhu 180 degree di dalam cuaca yang panas berbahang, kek menjadi gelembung sedikit. Jadi pandai-pandailah adjust suhu dan masa mengikut kesesuaian semasa.



RESEPI KEK PANDAN LAPIS SERI KAYA
Bahan A:
  • 60g butter dicairkan
  • 60g gula halus / gula kastor
  • 60g tepung gandum
  • 3 biji telur gred A (+-200g)
  • 1/2 sk ovallete
  • 1/2 sk baking powder
  • Sedikit Perisa pandan
  • Sedikit Pewarna hijau
Bahan B:
  • Seri Kaya Secukupnya
  • Loyang 8" x 11"

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan A KECUALI butter cair ke dalam bekas.
  2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
  3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
  4. Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna hijau, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
  5. Panaskan oven dengan suhu 180 degree.
  6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
  7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
  9. Paipkan secara bulatan bermula dari bahagian tengah adunan sehingga ke penuh permukaan adunan.
  10. Dengan menggunakan lidi sate/ pengcungkil gigi/ hujung chopstik tarik hujung lidi di atas adunan secara lembut dari bahagian tengah ke tepi loyang sebanyak 8 garisan (4 penjuru dan 4 di antara penjuru).
  11. Kemudian tarik pula hujung lidi diantara setiap bahagian lorek tadi dari hujung loyang ke bahagian tengah(berlawanan arah pula). Maka akan terhasil bentuk lorekan di bawah.
  12. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pd oven masing2).
  13. Sejukkan dan belah dua.
  14. Sapukan seri kaya, potong kecil untuk di hidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


UPDATE
Klik Link  di bawah untuk melihat hasil dari rakan-rakan yang telah mencuba resepi ini...

Tuesday, 28 June 2011

:-> Kek Ros Lapis Jem Strawberry



Hari sabtu dan ahad lepas ada 2 undangan makan tengahari dari 2 family kat sini. E-na buat Kek Pandan Lapis Seri Kaya dan Fried Tuna Pizza untuk di bawa pada hari Sabtu dan Kek Rose Lapis Jem Strawberry dan Kuih Kaswi Gandum untuk makan-makan pada hari ahad.

Untuk Cik anie, manyak rugi wooo tak datang...makanan banyak, sedap2! Antara menu pada 2 hari tu mee kari, nasi ayam, laksa penang, meehoon goreng, nasi goreng, black forest cake, cheese cake, kek pisang, pelbagai jenis agar-agar, popia goreng, kuih lapis, keropok ikan dan beberapa jenis menu lagi. Meleles tak? xpe u dah puas makan kat malaysia kan...kan...

Kek ini versi nak cepat, pagi sebelum majlis baru buat sambil kukus kaswi, gambar pun mana yang sempat je.

Kek Ros Lapis Jem Strawberry ini lembut dan senang di potong sesuai untuk majlis keramaian dan party.


RESEPI KEK ROSE LAPIS JEM STRAWBERRY

Bahan A:

  • 60g butter dicairkan
  • 60g gula halus / gula kastor
  • 60g tepung gandum
  • 3 biji telur gred A (+-200g)
  • 1/2 sb ovallete
  • 1/2 sk baking powder
  • Sedikit Perisa Ros / vanila
  • Sedikit Pewarna merah
Bahan B:
  • Jem Strawberry Secukupnya
  • Loyang 8" x 11"

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan A kecuali butter cair ke dalam bekas.
  2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 - 10 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
  3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
  4. Ambil 2 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna merah, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
  5. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
  7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
  9. Paipkan garisan seperti dalam gambar 1.
  10. Ambil lidi sate atau hashi (chopstik) dan lorekkan seperti dalam gambar 2.
  11. Bakar dengan suhu 170 degree selama 20 minit.
  12. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan seperti Gambar 3.
  13. Menggunakan pisau kek potong kepada 2 bahagian.
  14. Sapukan nipis jem strawberry secara lembut di permukaan kek lapisan bawah.
  15. Letakkan lapisan yang bercorak di atas sapuan jem tadi.
  16. Buang cooking sheet, potong kecil kek dan susun di atas dulang hidangan.
  17. Sedia untuk di hidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Note :

  • Boleh juga di hias dengan paipkan whipped cream di atas potongan kecil kek ini dan di letakkan hirisan strawberry.
  • Boleh dipelbagaikan dengan perisa-perisa lain seperti pandan, coklat, blueberry, oren, kiwi, nenas dan sebaginya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...