Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Tuesday, 17 September 2013

PULUT KUNING SAMBAL TUMIS IKAN BILIS



Pulut Kuning Kukus di makan bersama Sambal Tumis Ikan Bilis, Telur Rebus dan hirisan timun untuk lunch anak-anak 11 September 2013. Ini sahaja menu yang sempat E-na sediakan. Itupun Baby Qischa dah berbunyi-bunyi memanggil nak mama. haissh tak boleh berenggang lama sikit anak mama ni...mulalah bising jerit-jerit.

Pulut kuning yang sedang di kukus. Cara kukus boleh tgk disini. Atau cara kukus traditional disini. Atau masak guna rice cooker di sini


Kalau ada rendang ayam lagi ummmph! Tapi kalau tak de orang tolong jaga baby memang tak boleh nak masak kat dapur lama-lama. 

Di bawah ini gambar2 semasa bulan puasa 2013. Yang mana sempat di snap.

Rendang Pedas Ayam Chef Wan.


Lemang biasa dan lemang pulut kuning bersama rendang untuk jiran.


Buah Melaka aka ondeh ondeh atau buah kekoh cha di klate.


Sekadar kenangan...

Thursday, 12 August 2010

:-> Salam Ramadhan


Masih belum terlambat rasanya untuk E-na ucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia untuk semua keluarga, kawan-kawan dan pengunjung Lovely Kitchen. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya, Insyaallah.

Terima kasih kepada pengunjung LK yang sudi singgah walaupun telah lama tidak bersiaran.
Alhamdulillah kami sekeluarga sihat cuma agak sibuk dengan aktiviti untuk cuti sekolah Damia dan aktiviti kami sekeluarga sempena musim panas di Japan. Insyaallah ada kesempatan nanti E-na akan balas kunjungan rakan-rakan pula....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...