Showing posts with label PIZZA. Show all posts
Showing posts with label PIZZA. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Big Box Pizza Hut and FREE Pizza


Teruja dengan kecantikan Big Box Pizza Hut Delivery (PHD) ini. Jakun ke? Memang jakun sebab 1st time tengok depan mata. Walaupun kami adalah antara regular customer Pizza Hut Delivery tapi ini kali pertama try Big Box Pizza. Jom layan gambar order untuk dinner on 19 October lepas.




Yang bawah ni regular pizza FREE dari Pizza Hut sebab lambat sampai. Inilah kelebihan Delivery Service. Jika pizza tidak sampai dalam masa 30 minit dari masa order, kita akan dapat kupon untuk FREE PIZZA for next order. Untung kan...order 30 minit, dah sampai tak perlu susah payah keluar. Jimat minyak kereta,  order pun cepat sampai dan paling penting kurang risiko di luar rumah seperti kemalangan, ragut, dan save SKII...;p

Nak order telefon je no yang tertera di kotak tu ye..


Selepaas 30 minit order tak sampai, akan dapat 1 kupon regular pizza Free untu next order. Untung juga kalau selalu lewat kan...jimat order boleh top up dengan pizza free.


Tapi tak semua menu pizza hut boleh delivery. Ada masa kena juga pi lepak kat Pizza Hut.

Thursday, 3 November 2011

Pizza Mudah dari Bun Burger dan Sos Pizza di Jepun



Hari ini public holiday di Jepun. Cuti sempena Bunka Ni Hi or Culture Day. Nak tahu apa itu culture day klik kat sini dan di sini.

Hari cuti, E-na pun cuti masak untuk breakfast. Kasi peluang student yang bercuti dari lab menyediakan breakfast. Kat atas tu  breakfast yang di taja oleh insan kesayangan E-na pagi tadi...Pizza Mudah dari Bun Burger. Siap dengan Teh o panas. Oishii!!! thanks dear buatkan breakfast untuk kami...:) muaahhhs!!

Pizza mudah macam ni adalah menu favorite dan tak pernah jemu di Lovely Kitchen. Asalnya hubby yang ajar e-na buat pizza menggunakan roti. Ini makanan yang selalu hubby buat masa dia student undergrade dulu-dulu. Senang, cepat dan sedap di makan panas2. Stok sos pizza dan mozarella cheese mmg tak pernah putus dalam fridge. Senang bila-bila nak makan buat je. Kalau ada leftover lauk ayam, daging, sardin, tuna, salmon pun boleh di jadikan topping pizza. Resepi boleh tengok kat sini Pizza Roti Sardin.


Sos pizza di atas yang kami gunakan di sini. Susah juga nak dapat sos pizza yang boleh di makan di Jepun. Inilah satu-satunya yang kami jumpa. Ada di Tachiya dan beberapa supermarket. Jenis ini juga ada pack refill 100 gram dengan harga 105 yen. Biasanya sos pizza di jepun di masukkan ekstrak daging, itu yang tak boleh makan. 

Pizza Mudah untuk anak-anak cuma belah dua bun burger, sapu sos pizza dan tabur mozarella cheese, bakar dah cukup. Dan untuk mama dan papanya mesti campur sos cili sekali dengan sos pizza dan gaul rata kemudian tabur cheese dan bakar...Baru terasa pedas2 gitu. 

Thursday, 15 July 2010

:-> Tuna Eggplant Pizza



Doh pizza yang lembut. Mudah untuk disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang biasanya ada di rumah. Kegemaran seisi keluarga. E-na suka menggunakan resepi doh ini yang sentiasa lembut walaupun sejuk. Resepi yang sama E-na guna untuk buat Roti sosej Mini Gebu.


RESEPI TUNA EGGPLANT PIZZA

Bahan-bahan untuk Doh
(2 keping pizza saiz diatas)
  • 250 gram tepung gandum
  • 140 ml fresh milk
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Bahan-bahan untuk Topping
  • Sos Pizza
  • 1 tin kecil tuna (80g) - dibuang minyaknya / air
  • Terung - dihiris nipis
  • Mozarella cheese

Cara-cara:
  1. Untuk penyediaan doh pizza, masukkan semua bahan KECUALI garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sehingga rata.
  2. Kemudian masukkan garam dan uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin elastik dan tidak melekat ditangan.
  3. Buatkan sebiji bulat besar dan tutup mangkuk dengan plastik cling / plastik wrapping atau kain lembab.
  4. Biarkan doh naik dan mengembang dua kali ganda lebih kurang 30 -45 minit.
  5. Seterusnya keluarkan angin di dalam doh dengan menumbuk doh. Bahagikan kepada 2 bahagian. Bulat-bulatkan.
  6. Di atas tray pembakar yang di alas cooking sheet, ambil satu bahagian dan tekan doh menjadi bulat leper seperti gambar di atas. Ulang langkah ini pada satu bahagian lagi.
  7. Biarkan doh naik sekali lagi selama lebih kurang 30 minit atau 2 kali ganda.
  8. Sapukan sos pizza di atas permukaan doh.
  9. Tabur Mozarela cheese, susun terung dan tuna.
  10. Kemudian tabur mozarella cheese sekali lagi di atasnya.
  11. Bakar dengan suhu 180 selama 15 minit atau sehingga masak.
  12. Keluarkan dari oven dan potong untuk di makan. Sedap di makan bersama sos kesukaan anda atau makan begitu sahaja. Selamat Mencuba!

NOTE : Boleh buat sos pizza sendiri guna resepi sos bolognese.

Monday, 4 January 2010

:-> VEGE Mini Pizza


Doh yang sama E-na guna sebelum ni untuk buat Pizza Sosej...kat atas ni gmbar pizza yang belum dipaipkan mayonis dan belum tabur cheese.

VEGE MINI PIZZA
Bahan-bahan untuk doh:
  • 180ml air
  • 240g tepung roti
  • 40g tepung gandum
  • 8g gula (1tbs)
  • 5g garam (1tsp)
  • 12g shortening
  • 3g dry yeast (1tsp)
Bahan-bahan untuk topping:
  • Piman / capscicum
  • Bawang besar
  • Nenas dalam tin
  • Sos Pizza
  • Mozarella cheese
  • Mayonis
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air ke dalam BM diikuti dengan shortening, gula, garam, dan tepung.
  2. Buatkan sedikit lubang pada tepung dan masukkan dry yeast.
  3. On kan BM dan pilih menu 'doh'.
  4. Bila dah selesai keluarkan dari BM dan tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  5. Bahagikan doh kpd 12 bahagian.
  6. Biarkan naik 2 kali ganda.
  7. Bila dah kembang, leperkan dan sapukan dengan sos pizza.
  8. Letakkan topping, paipkan mayonis dan tabur mozarella cheese.
  9. Bakar dengan suhu 220 selama 15 minit atau sehingga masak.
Vege Mini Pizza yang dah masak.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Monday, 28 December 2009

:-> Pizza Sosej



Pizza sebelum di bakar dan belum ditabur dengan cheese.
Dah masak! Sekejap je licin kena serbu...
Tak sempat nak posing cantik2 semuanya dh x sabar nak ngap!

PIZZA SOSEJ
Bahan-bahan untuk doh:
  • 180ml air
  • 240g tepung roti
  • 40g tepung gandum
  • 8g gula (1tbs)
  • 5g garam (1tsp)
  • 12g shortening
  • 3g dry yeast (1tsp)
Bahan-bahan untuk topping:
  • Sosej
  • Piman / capscicum
  • Bawang besar
  • Sos Pizza
  • Mozarella cheese
  • Mayonis
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air ke dalam BM diikuti dengan shortening, gula, garam, dan tepung.
  2. Buatkan sedikit lubang pada tepung dan masukkan dry yeast.
  3. On kan BM dan pilih menu 'doh'.
  4. Bila dah selesai keluarkan dari BM dan tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  5. Bahagikan doh kpd 2 bahagian.
  6. Canai doh menjadi saiz yg diingini.
  7. Sapukan sos pizza, letakkan topping dan mozarella cheese.
  8. Bakar dengan suhu 210 selama 15 minit atau sehingga masak.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Wednesday, 21 October 2009

:-> Pizza Roti




Ni ler makanan favorite kat umah ni...kalau x buat breakfast, buat utk supper...klu x minum petang dan utk lunch ke dinner ke memang x pernah jemu...stok pizza sos and mozarella cheese memang x putus dalam fridge.

Resepi ni asalnya dari my beloved hubby, makanan sempoi masa bujang2 dulu...skrg dah jadi makanan wajib lak kat umah ni....nak tau ape sebabnya???? Ha ha pizza ni cukup senang nak buat, cepat dan yang paling penting RASANYA! memang x akan menghampakan....SEDAAAPPPP!

Dah tu pulak bole ikut citarasa dan bahan ape je yang ada kat dlm rumah janji bahan utama ROTI, PIZZA SOS dan MOZARELLA CHEESE ada yang lain tu ikut sedap mulut ler...nak wat hawaiian pizza ke, tuna, vege, or ape2 je la....


PIZZA ROTI SARDIN

Ni Bahan-Bahannya :-)

*Roti sandwich
*Sos Pizza (Ena guna yang dah ada campuran Italian Herbs)
*Mozarella Cheese
*Mayonis (klu suka)

Antara bahan utk Topping
-Tuna dalam tin
-cendawan dalam tin
-nenas
-capscicum
-bawang
-tomato
-sardin
-kari daging pun bole
-jagung
mcm2 lagi ler...bukannya letak semua serentak...suaikan dgn rasa anda k.Ni cuma sebagai panduan jer...

Ni yang E-na buat untuk breakfast pagi semalam...ada lebihan sambal sardin buat Kuih boom tu so jadikan lak topping pizza ni...

CARA MEMBUATNYA:


Sapukan roti dengan sos pizza, kemudian letakkan sambal sardin di atas lapisan sos td.


Kemudian taburkan bawang besar yang telah di potong dadu kecil.


Seterusnya paipkan mayonis.


Kemudian taburkan mozarella cheese. Kalau nk letak cheese ni di atas lapisan sos sebelum topping pun boleh juga...

Akhir sekali masukkan ke dalam toaster oven selama 7 minit.


Ni dia dah masak pun...Sedap di makan panas2...
Bg yg suka pedas bole letak tabasco dan chilli sauce sebelum makan...yummy yummy
Selamat mencuba yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...