Showing posts with label Swiss Roll. Show all posts
Showing posts with label Swiss Roll. Show all posts

Thursday, 9 February 2012

Rainbow Roll Cake



Seperti yang di janjikan dalam entry Roll Cake Decoration Step by Step, E-na sertakan di sini resepi Rainbow Roll Cake. Resepi Roll Cake ni lembut, gebu dan memang sedap. Resepi dari Mama Iyta dan cara membuatnya e-na olah ikut yang e-na buat seperti dalam gambar. Thanks so much pada pemilik resepi yang mabeles ini...:))

RESEPI RAINBOW ROLL CAKE
Loyang roll cake saiz 25cm x 25cm

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 85 gram gula castor
  • 50 gram tepung gandum
  • 8 gram tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 30 ml air sejuk 
  • 40 ml minyak masak

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk adunan.
  2. Putar menggunakan kelajuan maxima sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan putar sebati.
  4. Bahagikan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna pelangi. (6 color lebih senang)
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang satu persatu secara berjalur.
  6. Bakar dengan suhu 200 darjah celcius selama 15 minit.
  7. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
  8. Sapu whipped cream dan hirisan strawberry. Kemudian gulung kek.
  9. Sejukkan dalam fridge sebelum dipotong. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.



RESEPI WHIPPED CREAM
(untuk 2-3 biji roll cake saiz 25cm x 25cm )

Bahan-bahan:

  • 200 ml whipped cream
  • 25 gram gula
Cara membuatnya
  1. Masukkan whipped cream dan gula ke dalam mangkuk adunan.
  2. Putar sehingga gebu dan ringan (terbalikkan bowl , cream tidak tumpah)
  3. Siap untuk di gunakan.


Note: 
Dalam gambar tu e-na guna color merah, pink, kuning, hijau, biru, purple dan putih...next time bahagi 6 warna je...x muat nak letak 7 adunan, color putih terpaksa curah keliling acuan, tu yg nampak sikit je dlm gambar.



TIPS LOVELY KITCHEN

  • Hiris sedikit bahagian dalam kek sebelum sapu cream supaya kek tidak pecah semasa menggulung.

Lagi entry Roll Cake klik link di bawah:




Wednesday, 8 February 2012

Roll Cake Decoration Step by Step


Cara mudah menghias  roll cake atau swiss roll menggunakan whipped cream dan fresh strawberry. Disini E-na sertakan gambar langkah demi langkah dan nombor decorating tips yang e-na guna.

Roll Cake yang telah siap deco.


Gulung roll cake yang telah di sapu whipped cream, sedikit jem jika suka dan fresh fruit.


 Decoration tip number 98 (wilton) untuk patern di bawah.


 Untuk membuat daun E-na guna wilton tip nombor 70.


 Patern berlubang ni guna wilton tip no 136.


 Untuk bunga kecil-kecil e-na guna wilton tip no 30.


 Kemudian letakkan fresh strawberry di atasnya....dah siap! Sesuai untuk di hidangkan pada tetamu dan untuk majlis hari jadi serta open house. Resepi  Rainbow Roll Cake ini akan menyusul nanti.


Lagi entry Roll Cake klik link di bawah



Monday, 30 January 2012

Roll Cake Deco



Chocolate Roll Cake yang di hias dengan whipped cream dan chocolate di atasnya. Ditambah sedikit daun sup sebagai penyeri. Sesuai di jadikan kek birthday, hidangan open house atau sebarang jamuan. Kepada yang ingin mendeko roll cake atau swiss roll cake mungkin gambar-gambar di bawah  dapat memberi sedikit idea  dan mencetus idea baru yang lebih menarik.



Pandangan bahagian atas kek...


Lagi entry Roll Cake klik link di bawah...

Saturday, 5 November 2011

Peach Roll Cake




Masih mencuba resepi roll cake dari buku masakan jepun. Kali ini cuba untuk mengurangkan pembaziran telur seperti yang E-na pernah buat sebelum ini. Tapi cubaan kali ini gagal. Corak yang di buat di atas kek tidak terletak cantik, semuanya terkeluar dari tempat asalnya. Tapi tetap tak putus asa, lepas ni E-na akan cuba satu lagi cara untuk mendapatkan lukisan yang kekal cantik diatas kek seperti yang E-na buat dulu (klik) tanpa ada pembaziran dalam penggunaan telur. Mesti boleh, Insyaallah.


Walaupun rupa mu tidak cantik tapi rasa dan kelembutan kek ini tetap mantain sedap dan lembut sangat. Paling seronok sebab kali ini roll cake E-na tidak pecah atau retak...satu kejayaan bagi beginner macam E-na. Bagi E-na membuat roll cake memang senang tapi nak menggulung tu yang mencabar...susah nak dapat gulungan yang cantik dan tak pecah. 



Japanese Roll Cake permukaannya keknya tidak berkulit. Biasanya di masukkan buah-buahan segar di dalam cream. Antara buah yag digunakan seperti ichigo/ strawbery, kiwi, peach, pisang, dan lain-lain buah yang sesuai.



Peach Roll Cake di atas jika di buat warna kuning lagi sesuai dengan namanya kan.  Sebenarnya nak buat kek lain tapi terpaksa ubah ke lain sebab lukisan atas kek tak jadi. E-na share resepi yang telah di olah untuk rujukan. 

RESEPI PEACH ROLL CAKE
( acuan roll cake 25cm x 25 cm)

Bahan A :

  • 3 biji putih telur
  • 30 gram gula halus / castor
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Bahan B:
  • 3 biji kuning telur
  • 30 gram gula halus / castor
  • 60 ml air
  • 40 ml minyak sayur / masak
  • 80 gram tepung gandum di ayak
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Buat adunan untuk bahan-bahan A. Pukul putih telur sehingga berbuih. Pastikan kuning telur tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit. 
  2. Masukkan gula dan tepung jagung dan pukul lagi sehingga gebu dan kental. Bila di terbalikkan mangkuk adunan, ia tidak tumpah. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk lain masukkan kuning telur, gula dan pukul sehingga putih menggunakan mixer tadi tanpa perlu di basuh.
  4. Kemudian masukkan air, minyak dan esen vanila dan kacau sebati menggunakan senduk kayu / spatula.
  5. Masukkan perwarna kuning dan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Satukan adunan A ke dalam adunan B dan kacau rata.
  7. Alas loyang dengan cooking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 minit atau sehingga kek masak.
  9. Keluarkan dan terbalikkan kek. Biarkan sekejap sebelum menggulung.


Bahan-bahan untuk cream:
  • 200 ml whipped cream
  • 25 gram gula
  • Yellow peach secukupnya (E-na guna dalam tin)
Cara-cara:
  1. Goncang kotak whipped cream sebelum dibuka.
  2. Tuang whipped cream ke dalam mangkuk dan masukkan gula.
  3. Pukul sehingga ringan dan kental.
  4. Sapukan ke atas kek.
  5. Susun buah peach dan gulung kemas.
  6. Sejukkan di dalam fridge sebelum dipotong. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS MENGGULUNG ROLL CAKE SUPAYA TIDAK PECAH
  • Toreh / hiris sedikit permukaan dalam kek sebelum di sapu cream. (kawan kat sini bagitau tapi E-na belum cuba lagi...nanti bole try)

Monday, 3 October 2011

Strawberry Roll Cake



Update lelaju. Minggu yang agak sibuk. Lepas ni nak kemas umah bagai dan masak sikit untuk tetamu dari Malaysia petang nanti.

Semalam kami family Nagoya buat sedikit jamuan makan di taman meraikan kejayaan kawan yang telah tamat study dan akan pulang for good 10 Oktober nanti. E-na bawa bihun sup siap stove bagai sebab nak makan sup panas dalam kedinginan autumn, kek Karamel (Klik sini untuk resepi dan TIPS), roti sosej dan  Strawberry Roll Cake Special untuk Dr. Yusmeeraz...Congrates Dear Friend! Menu lain yang kawan-kawan bawa Nasi Lemak 'ganu sambal ikan, cik mek molek, donut choco, muffin, cekodok pisang, keledek goreng, roti telur, keropok ikan, sandwich dan ada sebiji bigggg roti!


1st time try resepi dari buku masakan jepun. Walaupun kurang memuaskan tapi Alhamdulilah jadi juga roll cake ini dan E-na suka akan rasanya. Paling suspen part lukis bunga tu takut tak jadi. Resepi perlu di ekperimen lagi dan edit sana sini untuk memudahkan pemahaman dan tidak membazir bahan. Kali pertama cuba E-na ikut semua bahan yang di cadangkan tetapi terdapat sedikit pembaziran untuk penggunaan telur. Walau apapun rasa dan strukturnya memang mantop! Thanks untuk penulis buku.

Bila dah jadi ekperimen di Lovely Kitchen, resepi akan E-na publish...Insyaallah. 

Tuesday, 7 June 2011

:-> Kek Kucing Miaw! Miaw!




Malam sebelum majlis Damia kata dia nak karakter kucing sebagai topi. E-na pun dapat idea buat kek bentuk kucing sesuai dengan topinya. Kira tema alam haiwan lah...

Bakar 2 biji kek swiss roll chocolate untuk buat kek kucing ni. Pagi esoknya sebelum majlis baru deco kek. Masa tu dengan badan tak berapa sihat dan suara pun tak keluar langsung berjaya juga siapkan kek ni.

Inilah hasil kerja last minute...pagi tu minta hubby carikan chocolate M & M yang warna biru kat Lawson (Convenient Store) untuk buat mata kucing tapi tak ada la pulak. Bahan yang ada kat rumah masa tu cuma chocolate chip dwi colour...itu je yang sesuai jadi mata kucing! Adeiiii asal boleh je...;p


Gambar pun tak sempat nak snap banyak...kelam kabut! hihiiii
Di bawah ni resepi yang E-na guna untuk badan dan ekor kucing...miaw!!

Resepi Chocolate Swiss Roll Cake

Bahan-bahan
  • 3 biji telur gred A
  • 40g gula
  • 13g serbuk koko van houtan
  • 30 g tepung gandum
Cara membuatnya :
  1. Alas acuan 30 cm x 22cm dengan cooking sheet.
  2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko.
  3. Asingkan putih dan kuning telur.
  4. Panaskan oven sehingga 180 degree.
  5. Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit.
  6. Pukul sehingga kembang. Apabila terbalikkan mangkuk, telur tidak tumpah.
  7. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sebati.
  8. Masukkan tepung yang di ayak tadi. Kacau rata dengan spatula.
  9. Tuang ke dalam acuan yang di alas tadi. Ratakan.
  10. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga masak dengan suhu 180 degree.
  11. Kemudian sejukkan.
  12. Sapukan dengan cream atau jem kesukaan anda dan gulung.
  13. Bolehlah deco mengikut kreativiti masing masing. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Friday, 1 January 2010

:-> Chocolate Roll Cake (Cream Cheese Filling)


Kek gulung yang simple tapi lembut dan sedap. Untuk filling E-na kurangkan sukatan lemon juice...tu pun dah masam...lain kali kena kurangkan lagi... Hasil pertama membuat roll cake.

CHOCOLATE ROLL CAKE WITH CREAM CHEESE FILLING
Bahan-bahan untuk kek ( 30x30 cm )
  • 4 biji telur
  • 35g tepung gandum
  • 15g serbuk koko
  • 50g gula halus
Cara Membuatnya:
  1. Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang, bila terbalikkan bowl, telur tidak jatuh/tumpah.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
  4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
  5. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.

Bahan-bahan untuk Cream Cheese
  • 125g cream cheese
  • 150g fresh cream/ whipping cream
  • 30g gula halus
  • 1 tsp lemon jus
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
  2. Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Yani 

UPDATE
Klik Link  di bawah untuk melihat hasil dari rakan-rakan yang telah mencuba resepi ini...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...