Friday 30 September 2011

:-> Kek Chocolate Cheese Comel


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Kek Chocolate Cheese Comel untuk hidangan penambah seri meja semasa open house kami 1 syawal lepas.  E-na buat kek ini sebagai teman Kek Lapis Kukus Masam Manis Kukus (hawflakes). Kesian kalau seketul je tak berteman, tentu sunyi kan.hiks!


Asalnya kek ini menggunakan tepung gandum tapi e-na buat guna tepung kek. Akibatnya kek naik cantik memenuhi loyang....huwaaaa macam mana nak letak cheese! E-na potong dan keluarkan separuh loyang kek chocolate kemudian baru masukkan adunan cheese. Dalam resepi asal juga tidak di tulis temperature dan tempoh membakar kek. Juga tiada saiz loyang dan sukatan yang di beri tidak sama....ada  metrik dan ada sukat dalam tin.

Resepi di bawah telah E-na simpulkan hasil dari ekperimen pertama ini. Kek ini menjadi pujaan hubby dan anak-anak. Resepi kek ini juga yang E-na guna untuk buat Lighning Mc Queen Cake untuk my little son.


RESEPI KEK CHOCOLATE CHEESE COMEL
Loyang 18cm segiempat

Bahan-bahan untuk Coklat
  • 150 gram butter
  • 150 gram gula halus
  • 125 gram tepung gandum
  • 30 gram serbuk koko
  • 50 gram milo
  • 2 biji telur 
  • 70 gram susu pekat manis 
Cara-cara:
  1. Pukul butter dengan gula sehingga putih dan kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata.
  3. Kemudian masukkan tepung yang sudah di ayak, milo, serbuk koko dan susu, gaul rata.
  4. Panaskan oven 170 degree.
  5. Sapu dasar dan keliling loyang 18cm dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan cooking sheet.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170 degree sehingga masak.
  7. Setelah kek  hampir masak, sediakan pula bahan-bahan untuk adunan cheese.
Bahan-bahan untuk Cheese:
  • 400 gram cream cheese
  • 120 gram gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Pukul Cream Cheese dan gula sampai menjadi krim.
  2. Masukkan telur satu persatu, esen vanila pukul sebati.
  3. Ambil sedikit adunan cheese dan warnakan dengan warna merah dan hijau. Ketepikan.
  4. Tuang adunan cheese ke atas kek coklat dalam loyang tadi.
  5. Titikkan 1 titik adunan merah dan 2 titik adunan hijau selari denga titik merah tadi.
  6. Tarik pengcungkil gigi dari atas titik warna merah hingga  melepasi titik warna hijau untuk menghasilkan lorekan seperti setangkai bunga. Buat mengikut citarasa anda.
  7. Bakar menggunakan kaedah double boiler di dalam oven dengan suhu 170 degree. Bakar sehingga cheese tidak melekat di hujung jari apabila disentuh. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE : 

  • Double boiler untuk membakar kek ini adalah seperti berikut:
  1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar. Atau...
  2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar.

Klik link link di bawah untuk melihat hasil dari rakan-rakan yang telah mencuba resepi ini:



Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/10/susu-pekat-manis-di-japan.html

17 comments:

Mas said...

hmm..gabungan yang terbaik...
sedapppp tu..he3

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ena..
comelnya... tgk pun dah tau sedap... nie mesti kena cuba nnt nie.. dah mengoda akak dah nie.. hehehehe

Kak Sam said...

wowwww. nak buta breakfast pagi ni boleh tak

Ida,Japan said...

nak mintak pun dh lama abiss.huhuu..tgk gambo jer la..sedapnyer

Anna Qawina said...

telur 2 biji je ye..jimat gak ni..sedap tu gigit kek coklat campo keju..hehe

Anonymous said...

kak e-na... mane nak dapat susu pekat manis kat nagoya ni?? ade ek kt aeon? -fatin

onedurrani said...

Salam kenal kak ena....sedap ye kek chocolate cheese ni...tb2 teringin pulak...hehehe...manta copy ye resepi nk try...hehehe

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

oishii sou...
berseni tangan akak lukis atas tue
dah lama bonar kat buat cheese cake since ai diet ni

Amie said...

sedapnya.... terliur tengok! yang ada cheese tu memang kita suka sangatttt...

Ayu said...

Assalam ena,
lama akak tak singgah sini..cantik betul kek mc lighting ena tu..memang creative betullah ena ni..suka akak tengok..salute to u dear..

Soo Hae Daa said...

wahhhh....meleleh aa gini...msuk sini asek tgk kek lawa2 dan menyelerakan aje..huwaaaa....nk mkn jugak...tp, mls nk buat..boleh?wakakkaka =p

Jayanthy Kumaran said...

wow..I'm incredibly impressed..:P
Tasty Appetite

LiNa_Pg said...

Mmg kena betul ngan nama kek ni..sungguh chumel dan kompom sedap.Nmpk moist jer tuh

izahdaut said...

dah masuk dlm list dah resepi ni. tq t..comel sungguh

NMR said...

assalamualaikum kak,
kek coklat tu nak dibakar berapa lama?
yang cheese tu pulak, sampai tak melekat kat hujung jari, agak2 berapa minit ye? tq..
:)

NMR said...

assalamualaikum kak,
kek coklat tu nak dibakar berapa lama?
yang cheese tu pulak, sampai tak melekat kat hujung jari, agak2 berapa minit ye? tq..
:)

weezana said...

E-na terima kasih ye.. Saya dah cuba buat kek ni memang comel, cantik dan sedap.. Kalau sudi datanglah melawat saya.. http://emiliaputeri.blogspot.com/2011/12/step-by-step-kek-chocolate-cheese-comel.html.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...