Saturday 19 June 2010

:-> Roti Sosej Pintal Mayo Cheese



Bahan-bahan untuk doh:
  • 130 gram (fresh milk + 1 biji telur)
  • 260 gram tepung roti
  • 60 gram water roux
  • 20 gram butter
  • 20 gram gula
  • 20 gram susu tepung
  • 3 gram garam
  • 5 gram dry yeast
Bahan-bahan lain :
  • 12 batang sosej
  • mozarella cheese
  • sos cili
  • mayonis
Cara-cara
  1. Masukkan bahan-bahan doh ke dalam bread maker dan pilih menu 'dough'. (boleh rujuk sini)
  2. Bila selesai keluarkan dari BM dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan udara.
  3. Bahagikan doh kepada 12 bahagian dan bulatkan.
  4. Ambil satu bahagian dan canai. Balut doh pada sosej.
  5. Potong dengan pisau secara menegak sehingga sosej putus tetapi jangan sampai doh di bahagian bawah putus. Potong 8-10 potongan.
  6. Kemudian pintal dengan menarik ke kiri dan ke kanan potongan sosej tadi sehingga selesai.
  7. Ulang langkah 4 sehingga habis.
  8. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda atau selama 40 minit.
  9. Paipkan chili sause, mayonis dan tabur mozarella cheese di atas permukaan doh.
10. Bakar denga suhu 180°C selama 12 - 15 minit atau sehingga perang bergantung kepada

jenis oven.

11. Sejukkan roti dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba!


Note : Doh ini lembut sedikit, boleh kurangkan sukatan susu menjadi 110 atau 120ml jika mahu sedikit keras untuk memudahkan proses memotong. E-na suka sukatan asal di atas.


Untuk Rujukan Klik di bawah :





10 comments:

maz said...

salam e-na...lama xsingah jepung ni...cdpnye..nk mtak wak bkeps la...tu yg mai awal2 ni...hehe..

Artzlizan said...

sedap nampak tu..

E-na Zarina said...

maz : salam maz...sebab dtg awal boleh ambik je yang dah terhidang tu..he he

E-na Zarina said...

prince duyung : memang sedap...kikiki.
tq sudi singgah n tinggal komen...jemput dtg lagi..

Unknown said...

Salam ena :)

Kalau rumah saya kalau inti sosej mesti laku punya! he he..

Selamat Tengahari :)

E-na Zarina said...

Puan Isah : wsalam kak...samalah kat umah ni pun suka kalau roti sosej dgn mayo cheese gini...cepat je habis!

Acik Erna said...

E-na bagi resepi semua guna B.maker..nak cari satu nampaknya ni..roti pintal ni kegemaran anak akak ni..

E-na Zarina said...

Kak Erna: ala kak boleh juga uli dgn tangan cara dia sama jek dgn link yang e-na bagi kat bawah resepi tu, cuma lenguh lah sikit...kalau dapat BM lagi rajin nak meroti kan...kena cari tu...hihi

Seri Bahasa said...

jalan2 risik nuff kalau dah bangun digi live tour shoutbox semua error malam ni

E-na Zarina said...

Seri Bahasa : tq singgah LK...ooo ye ke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...