Wednesday 16 June 2010

:-> Burger Malaysia



Resepi asal dari Yani MYR menggunakan 200g tepung. Sebelum ini kalau buat doh agak lembik jadi E-na tambah sedikit tepung menjadikan 250g. Mungkin bergantung kepada jenis tepung. Thanks to tuan punya resepi atas resepi yang sedap ini. Di bawah ini sukatan dan cara yang telah E-na edit untuk rujukan E-na nanti.

Burger Malaysia

Bahan-bahan ( 12 biji )
  • 250 gram tepung gandum
  • 140 ml fresh milk
  • 2 sudu besar butter / marjerin
  • 2 1/2 sudu besar gula halus
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Inti
  • Sambal Tumis Ikan Bilis secukupnya
  • Timun

Cara-cara :
  1. Masukkan tepung gandum, butter, gula, dry yeast dan fresh milk ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan garam halus.
  3. Uli sehingga tidak melekat di tangan selama 15 minit.
  4. Bulatkan doh menjadi sebiji doh yang besar.
  5. Masukkan ke dalam oven yang TIDAK DI ON KAN. Atau tutup dengan plastik cling supaya udara tidak keluar dan doh tidak kering.
  6. Biarkan kembang 2 kali ganda selama lebih kurang 30 minit.
  7. Kemudian tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan udara.
  8. Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Buat bentuk bulat.
  9. Biarkan doh naik 2 kali ganda lagi. Anggaran setengah jam.
  10. Goreng di dalam minyak yang telah di panaskan dengan api sederhana.
  11. Toskan di atas kitchen paper.
  12. Biarkan sejuk barulah dibelah dua roti tetapi jangan sampai putus.
  13. Isikan dengan sambal tumis ikan bilis dan hirisan timun.
  14. Sesuai untuk hidangan sarapan pagi, minum petang atau berkelah. Selamat Mencuba!
Tips
Untuk memudahkan proses menggoreng
  1. Doh yang telah siap di bahagi kepada 12 bahagian kecil di susun di atas plastik.
  2. Saiz plastik lebih besar dari doh untuk proses mengembang dan senang untuk di angkat semasa menggoreng.
  3. Angkat dengan plastik untuk masukkan ke dalam kuali supaya doh cantik membulat.

Boleh juga tengok disini untuk rujukan ...BURGER MALAYSIA SAMBAL SARDIN



Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

5 comments:

ProPiTo said...

sedap la . murah tu, tu bukan kuih ke.. selalu tngk2 pagi2 ada jual kat kedai2 jual kuih ^__^

ain said...

antara mkanan yg akak suka!! buat lum pernah..beli mmg selalu.hehe

E-na Zarina said...

Propito : memang banyak jual pepagi kt mesia kan...kuih lah dik...ni nama tuan punya resepi yang kasi...kalau E-na panggil kuih boom hihi...nway tq singgah LK.

ain : sedap kan kak! try lah buat senang je...

Anonymous said...

oo..kak ima pun suka makan kuih ni...tapi jarang beli,buat pun tak...sebab anak2 tak suka takut pedas...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

hmmmm...

sekali ngap jer ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...