Saturday 22 May 2010

:-> Cucur Udang



Cucur Udang

Bahan-bahan :
  • 250 gram tepung gandum
  • 100 gram taugeh di buang ekor
  • 30 gram daun kucai di potong 1 inci
  • 20 ekor udang dibuang kulit
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 3 gram dry yeast
  • 250 gram air (anggaran)
  • sedikit serbuk kunyit
Cara - cara :
  1. Masukkan tepung gandum, taugeh, daun kucai, udang, serbuk kunyit dan dry yeast ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air dan kacau sebati. Doh mestilah tidak terlalu cair dan tidak pula terlalu pekat.
  3. Kemudian masukkan garam dan gaul sebati.
  4. Biarlah adunan naik lebih kurang 40minit - 1 jam bergantung kpd suhu bilik ketika itu.
  5. Panaskan minyak dan sudukan / sendukkan adunan ke dalam minyak panas.
  6. Terbalikkan bila sudah masak.
  7. Angkat dan letakkkan di atas kitchen tissue.
  8. Potong sebelum dihidangkan.
  9. Sesuai di makan bersama kuah kacang, cili sauce, sweet cili sauce atau apa-apa jenis pencicah yang digemari.
  10. Boleh juga di masukkan ke dalam mee goreng mamak. Selamat mencuba!

Tips :
Garam boleh mematikan dry yeast dari mengembang jadi elakkan dari mencampurkan kedua dua bahan ini serentak.


Source : My Mum Recipes

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

8 comments:

Acik Erna said...

salam E-na..tq ..info yang bagus akak sendiri tak tau..garam bolih mematikan yis tu...

Acik said...

salam..
Suka makan cucur udang.. tp selalunya letak telur utk lembutkan bater. Tak pernah guna yis..kena try ni.

cikmanggis said...

cucur ni makanan sepanjang masa tak reti jemu.Jika cm masak tiap-tiap hari pun anak-anak tak kisah.Mesti licin !!

ilahjy said...

salam ena..

petua dari akak...masukkan 2 sudu minyak yg sedang panas dlm bancuhan yg sedia utk digunakan, supaya ia ranggup kalu ena suka ranggup lah..

Unknown said...

Salam E_na :)

Terima kasih kerana share recipe ni. A'ah selalu pakai telor untuk bater, so sekarang nak cuba yeast.

Dah follow E_na, jom follow me! :)

kaksu said...

salam E-na...sedap n tak jemu memangnya makan cucur udang ni... sedapnya...leh wat bekpes esok pagi ni hehe...

Unknown said...

sedapnya.......
ayu suka..tapi dok diet nie...

jom terjah umah CMG.........

Love2cook Malaysia said...

Sedapnye cucur udang tu kak!!! yumm yumm! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...