2 polybag pokok bunga jasmine yang di beli pagi semalam (klik disini) terus tanam di taman mini villa5522. Sebelum ini ada pokok kesum, pokok kaduk dan pokok cili tetapi semuanya mati semasa kerja2 renovation depan rumah tempohari. Tinggal pokok betik, pandan, kari dan pokok kunyit hitam sahaja yang dapat bertahan hingga ke hari ini.
Pokok betik sudah semakin besar dan E-na sekarang menghitung hari menunggu buah betik pertama untuk masak. Cantik betiknya berbentuk panjang. Harap-harap isinya juga cantik manis bila masak nanti. Taman mini ini akan E-na serikan lagi dengan pokok-pokok berbunga sebagai penyambut tetamu yang datang. Pokok-pokok berbunga masih dalam proses penyemaian. Tunggu hasilnya nanti bersama Container Garden yang masih dalam proses penyelenggaraan.
