Friday, 8 March 2013

Membina Junjung Kacang Panjang


Pagi ini sempat menyiapkan junjung atau penyokong untuk pokok kacang panjang. Kesian tengok dah berbelit di pagar taska (klik). Semalam E-na beli batang paip PVC untuk di jadikan tiang dan penyokong di bahagian atas. 2 batang paip PVC sepanjang 90inci dan 1 batang 95 inci dengan harga RM9 di kedai Hardware. Hasilnya seperti gambar di bawah.


Bantuan tangga diperlukan untuk mengikat net pada batang PVC di awning. Memanjat la pepagi tadi...Alhamdulillah semua selamat...he he.


Sekarang pokok kacang panjang sudah ada junjung sendiri. Lepas ni bolehlah hidup lebih subur dan berbuah lebat ye. Awning skylight biru tu akan dipindahkan...perlu berhati-hati semasa mengangkatnya nanti....tempat sempit ada pulak pasu-pasu pokok....harap tidak mencederakan pokok-pokok kesayangan E-na.







4 comments:

tun_telani said...

Seronok tgk pokok2 kak ena.. tun teringin nk tanam macam2, tp selalu mati pokok2 nih.. haha

Amie said...

Terbayang dah buah kacang panjang berjintai... sedapnya, segarnya rasa kacang panjang yang baru dipetik... direbs aje pun dah rasa manisnya!

Liza said...

bestnya kalau dpt mkn sayur hasil tanam sendiri kan, puas hati rasanya...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Ena..wah,rajinnya tanam menanam ya.Lps ni tak yah dah beli kcg panjang...sbb dah ada tanam sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...