Mari kita amalkan Doa dan Zikir semasa memasak. Semoga mendapat keberkatan dan ketenangan semasa menyediakan juadah untuk keluarga tersayang. Bila hati tenang kita akan lebih fokus semasa memasak. Masak dengan penuh kasih sayang pastinya masakan akan lebih sedap menepati citarasa keluarga, Insyaallah.
Gambar : Senihias
Doa Masuk Dapur
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَ
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]
Doa Waktu Sukat Beras
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.
Doa Potong Sayur & Buah
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]
Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]
Doa Buka Periuk
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
Zikir Waktu Masak
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)
Doa Simpan Beras
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]
Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x
Source : Facebook dan Toksheikh
7 comments:
terima kasih berkongsi rahsia.. :)
bagus diamalkan ni... insyaalllah
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
satu lagi ilmiu..thanks Kak Ena
selamat hari raya maaf zahir dan batin .. dari bumi malaysia
Assalamualaikum Ena
Salam Aidilfitri
Assalamualaikum Ena Salam Aidilfitri
Post a Comment