Friday, 31 August 2012

Merdeka Raya Anniversary Celebration


Hari ini 31hb Ogos 2012 bersamaan 13 Syawal 1433H seluruh rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 55 dengan tema Janji Ditepati. Selamat hari Merdeka. Masih di bulan Syawal dan belum terlewat rasanya untuk E-na ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pengunjung Lovely Kitchen yang beragama Islam. Ampun dan maaf untuk komen dan e-mail yang belum sempat E-na balas. Sekarang ni masa untuk mengadap blog begitu terbatas. 


Banyak perkara yang perlu di selesaikan apabila menjejakkan kaki ke Malaysia. Keadaan rumah yang sedang dibaiki dan ubahsuai memerlukan perhatian sepenuhnya. Tapi dalam keadaan dapur yang sedang direnovate E-na sempat juga buat 6 jenis biskut raya tetapi tak sempat untuk publish di Lovely Kitchen...:p


Hari ini juga merupakan hari Ulangtahun Perkahwinan E-na dan hubby yang ke 12. Semoga kasih sayang antara kami bertambah erat, terus cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran hidup berumahtangga dan dipermudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat....Amin. For my dearest husband, I love U more than words can say...

Sedikit perkembangan renovation dapur. Pintu, tingkap, wayering dan syiling telah siap. Sekarang proses membuat tabletop untuk kitchen kabinet. Lepas ni tinggal lagi pasang tiles lantai dan dinding...jika tiada halangan next week boleh siap. Lepas tu bolehlah tempah kitchen kabinet pula. Tak sabar nak tunggu dapur siap....Petang tadi pergi beli exhaust fan dan untuk diletakkan di dapur. Harap lepas ni  kuranglah haba panas di dapur dan kerja-kerja memasak dapat dilakukan dengan lebih selesa dan nyaman. Hubby beli exhaust fan model KDK 12 inci. Klik di sini.


4 comments:

Ina Haireina said...

selamat hari merdeka.. selamat hari raya.. :)

Lokman said...

salam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.

http://muslimbazaar.mnmall.me/

UNAI said...

Happy Anniversary! dan Selamat hari raya··

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Ena..

Raya tahun di dah di Malaysia ye. Selamat hari raya ye. Salam merdeka dan happy ulangtahun perkahwinan.. wah tarikh merdeka tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...