Thursday 29 September 2011

:-> Biskut Red Pearl


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.





Lagi Koleksi Biskut Raya 2011. Biskut mudah tidak memerlukan acuan. Sudukan adunan di atas tray pembakar letak ceri boleh terus bakar. E-na isi dalam papercup. Sedap rasa keranggupan bahan-bahan dalam biskut Red Pearl.

Resepi dari Noorma , antara biskut yang mendapat sambutan di Cendana Kasih. Sesuai juga dijadikan kudapan anak-anak. Nak buat pun senang. 



RESEPI BISKUT RED PEARL
(50biji)

Bahan-bahan:

  • 150 gram butter
  • 150 gram tepung gandum
  • 75 gram gula kastor
  • 60 gram cornflakes diramas sedikit
  • 50 gram coklat cip
  • 20 gram ceri kering merah dan hijau
  • 25 gram gajus / badam /hazelnut -bakar dulu dan cincang sedikit (E-na guna gajus sedap rasa lemak2, tak bakar sebab gajus dah ranggup)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil emplex (E-na tak letak, takde stok)
  Hiasan :
  • ceri merah, dihiris halus dan memanjang
  • sedikit kuning telur (E-na tak sapu pun)
Cara-cara:
  1. Pukul butter dan gula hingga sebati. Guna whisker pun boleh sekadar sebatika gula dan butter sahaja.
  2. Campurkan semua bahan-bahan kering. Kacau rata.
  3. Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga bulat-bulatkan seperti bola dan letak di atas tray. Bila bakar biskut akan leper sendiri.
  4. Sapukan kuning telur di atas biskut dan letak potongan ceri merah.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 160 degree selama 30 minit (bergantung pd oven masing-masing)

NOTE : EMPLEX digunakan untuk merangupkan biskut.


Nak biskut lagi? Klik di bawah...

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

9 comments:

ady said...

as-salam
npk sedap aje biskut red pearl tu..blh cuba next year raya...

Mas said...

nak sebalang ena..
ada lagi ke..he3

izahdaut said...

sekut ni mmg best. saya pun buat ikut resepi kak noorma ni

Cendana Kasih said...

waaa... red pearl dalam paper cup..lagi la lawa... sedap kan sekut ni, dan kerana sekut ni la akak takleh control diet... hehehe...

Unknown said...

sedapnye!!!!!!!!!!!!

MamaFaMi said...

Wah Ena, mood raya masih ada lagi ke? Hehehe...

Mulan said...

saya suka makan biskuts & cookies tapi malas buat sbb kecik2 & banyak sangat.. hehehee, kalo kek tu boleh la sikit2.. kalo dekat, boleh tumpang sekaki order biskuts tu..

Malay-Kadazan girl said...

Seronok tengok. Sebab lama kami tak buat kuih macam ni. Bertuahnya siapa yang dapat rasa kuih ni. OISHISOU!

jul said...

looked yummy, nak cuba resepi ni utk kawan yang saya masih hutang biskut nak bg dia..thanks Ena

cheers
jul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...