Thursday 11 August 2011

:-> Nasi Lemak Kukus dan Ayam Goreng Berempah


Menu kegemaran seisi keluarga untuk berbuka semalam, Ramadhan 10. Nasi Lemak Kukus, Ayam Goreng Berempah, Burger Malaysia dan Mango Juice. Anak-anak E-na kalau dapat makan nasi lemak memang laju je. Sedap memanjang... E-na dan hubby pula suka nasi yang dikukus lembut...Bila masak nasi lemak biasanya akan adalah Burger Malaysia...senang kan boleh kongsi je sambal tumis tu...

Masak nasi dengan cara mengukus ni senang sebab tidak perlu risau nasi mentah atau lembik sangat. Kita boleh tengok nak sedang mana lembutnya. Bagi yang tak berani hendak mengukus nasi mari cuba, Insyaallah pasti jadi...

RESEPI NASI LEMAK KUKUS
(4 - 5 orang)

Bahan-bahan :

  • 450 gram beras (E-na guna beras wangi....fuhhh bau diaaa)
  • 150 ml santan tin(pekat)
  • 100ml air
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 hiris halia
  • 1 ulas bawang putih- di hiris nipis
  • 1 helai daun pandan
Bahan-bahan lain:
  • 100ml air panas / suam (jika perlu)
Cara-cara :
  1. Beras di cuci bersih sambil berselawat ke atas nabi.
  2. Kemudian rendam selama 1 jam.
  3. Didihkan air di dalam pengukus.
  4. Masukkan beras ke dalam kukusan bersama sehelai daun pandan. Ratakan kemudian lubangkan dengan jari di beberapa tempat.
  5. Tutup periuk dan kukus selama 15 minit.
  6. Di dalam bekas masukkan santan, air, garam, halba dan bawang putih. Kacau sikit.
  7. Kemudian masukkan nasi ke dalam bekas santan dan kacau rata.
  8. Tuang semula nasi ke dalam pengukus, ratakan dan buat lubang seperti tadi. Kukus lagi 15 minit.
  9. Jika nasi masih keras, angkat dan masukkan ke dalam bekas dan masukkan 100ml air panas / suam (sejuk pun boleh) dan kacau rata.
  10. Kemudian kukus semula selama 10 minit.
  11. Setelah masak angkat dan masukkan ke dalam rice cooker, tekan button warm untuk kekal panas.
  12. Boleh dihidangkan bersama sambal tumis, ayam goreng rempah atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

    NOTE : Sukatan bahan-bahan di atas boleh di gunakan untuk beras sehingga 500gram.

    Resepi Ayam Goreng Rempah dan Sambal Tumis pelengkap Nasi Lemak Kukus ni E-na update kemudian ye... Insyaallah. 

8 comments:

Wanieyra said...

Salam..

Sedapnya....

Mas said...

cantikkknya nasi tu e-na...
menyelerakan betoi nengok nasi lemak e-na ni......

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

baru jer masak 2 hary lepas cuma ayu buat nasik lemak biasa la bukan kukus dan ayam goreng berempah ni mmg laku kat umah sebab sedap gitew...terlioq dah ni ngeee

Asmara said...

akak! terliuq! hehe..
*kak awat tinggal 1 page je ni, kene scroll ke bawah nk tengok lain2. ubah setting eh? tp gambar ichigo tetap mengancam! :D

Ida,Japan said...

nasi lemak feberet sepanjang masa e-na..budak2 kt umah ni pun suka selain tu nasi ayam pun feberet sgt diaorg

Nuwairani said...

waduh! tengok rupe sambal pon dh terliur. mujur semalam dh makan nasik lemak tp bukan kukus la.hihih

inahar ali said...

woww mmg sedap nasi lemak taruh halba kan e-na..rasa cam nasi dagang pun ada kan!

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ena..
wah rajinnya buat nasi lemak kukus.... nampak sedap set nasi tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...