Friday 24 June 2011

:-> Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang


Tu diaaa kerabu Pucuk paku jepun! Rupa nak sama, bau nak sama tapi rasa memang tak samaaa...Sedap Pucuk Paku yang kat Malaysia lagi! Pahit sikit rasa pucuk paku jepun ni...patutlah orang jepun kutip pucuk-pucuk sahaja untuk dimakan, daun muda yang dah kembang tak di ambil. Terjawablah sudah persoalan E-na dalam n3 sebelum ini.

Bahagian batang tu laaaagi pahit! Nasib baik E-na buat kerabu jadi rasanya oklah sikit sebab ada rasa masam2 dan pedas. Kalaulah di goreng kicap agaknya tak ter makan kami.... Habis juga 2 ikat pucuk paku yang e-na buat kerabu. Bahagian batang tu je buang sebab dah tak tahan sangat pahitnya. Pada E-na sedap lagi rasa pucuk mengkudu muda makan mentah buat ulam. Pahit-pahit tapi sedap.

Tapi tak apalah itu semua pengalaman. Kalau tak cuba tak tahu...Untuk as, ita, umie, dah terjawab rasa pucuk paku ni, kalau berani boleh try tapi kalau tak suka sayur-sayur pahit, lupakan saja...hihiii.

Kerabu di atas e-na buat guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja. Kerang kat sini saiznya besar-besar sangat, sampai takut nak beli buat makan... Insyaallah balik Malaysia nantilah makan pucuk paku kerang sedap!

Di bawah ini E-na masukkan resepi kerabu pucuk paku yang biasa di buat masa kat Malaysia dulu. Resepi dari bonda tercinta. Sedap tau! Rasanya dah tak de bahan yang terlupa taip. Sukatan tu E-na agak-agak je, biasalah masa masak main campak-campak, takde guna resepi bagai... Sesiapa yang nak mencuba pandai-pandailah ejas kesesuaian rasanya. Insyaallah jadi...

RESEPI PUCUK PAKU KERANG BONDA ZAINUN

Bahan A
  • 2 ikat pucuk paku
  • 300g kerang
  • 1 ekor ikan saiz sedang( kembong / selayang/ selar)
  • 2 keping asam gelugor/keping
  • Garam
  • Air untuk merebus ikan
Bahan B:
  • 4 ulas bawang merah
  • 4-6 biji cili api
  • 7-8 biji lada hitam @ 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
Bahan C :
  • 50ml pati santan
  • 30g kerisik
  • 1 biji lada besar merah dipotong nipis
  • Garam dan gula/perasa
  • Air asam jawa secukupnya
Cara Membuatnya :
  1. Ikan di rebus dengan garam dan asam gelugor. Tos dan sejukkan.
  2. Ikan di buang tulang dan di ambil isinya. Ketepikan.
  3. Kerang dicuci dan di rebus dengan sedikit garam.
  4. Ambil isi kerang. Ketepikan.
  5. Pucuk paku di ambil bahagian yang lembut sahaja (selagi boleh patahkan dgn tangan tu ok boleh diambil), cuci, celur sebentar.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Tumbuk semua bahan B, masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
  8. Satukan kerisik kedalam bahan isi ikan dan gaul rata.
  9. Pucuk paku di perah sedikit untuk mengeluarkan air rebusan. Masukkan pucuk paku, kerang, cili besar, semua bahan tumbuk, air asam jawa,santan, garam, sedikit gula/perasa dan gaul rata.
  10. Perasakan cukup masam, masin, pedas. Sedia untuk di hidangkan. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.

Note :
  • Jika ingin tahan lama kerabu pucuk paku ini tidak perlu letak santan.
  • Boleh gantikan air asam jawa dengan perahan limau nipis.

TIPS MENCUCI PUCUK PAKU
  • Rendam Pucuk paku yang telah dipotong dalam bekas yang airnya tidak tenggelam pucuk paku. Selepas 5 minit boleh nampak ulat-ulat daun di daun/batang pucuk paku yg tidak tenggelam dengan air. Buang ulat-ulat tersebut. Tips ini berkesan untuk pucuk paku yang masih fresh (ulat-ulat pun masih hidup ;p). Elakkan dari mengisi garam di dalam air kerana ulat-ulat akan mati dan terperangkap di dalam pucuk paku.

TIPS SUPAYA PUCUK PAKU KEKAL WARNA HIJAU BERSERI
  • Masukkan ais ke dalam bekas pucuk paku yang baru diangkat dari periuk rebusan. Gaul dan kemudian baru perah buang airnya.

9 comments:

Ida,Japan said...

wahhh...sedapnyer e-na, belah2 sini lum jumpa pucuk paku ni...kalau ida buat kerabu pesen ni, mesti letak serai sama...ikut bonda juga

dedetea66 said...

very very nice,,I like it hehehe....

Sheila Shafeareen said...

Salam
sdp ni kerabu2 mmg fv..baru je semlm buat kerabu jantung pisang....ingat cuti ni leg lah buat resepi kerabu ni pulak...

Amie said...

assalam e-na,
kak amie pun nak masak kerabu pucuk paku petang ni...sebelum ke dapur bw dulu...terbau kerabu kat dapur e-na, he hehe... kak amie buat style kg je nanti...jemputlah dinner ye...

Mas said...

lain yerk 2-na rasa pucuk paku jepun tu..
nampak sama jerk kan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kat Jepun pun ada pucuk paku ye Ena.. ngapalah pulak pahit rasanya.. mungkin berlainan jenis kan... lamanya tak jenguk Ena.. dulu masuk asyik senyap aje.. hehehe..

Asmara said...

aaa... pahit ke kak! kalau masak kicap xleh makan la eh. haha.. kene wat resepi cam akk la kan baru hilang rasa2 pahit tu. akan difikirkan nak beli ke tak ni. hihi.. anyway tq kak. percubaan menjadi jugak la ni. agak2 nak beli lagi ke tak tu? ;D

Juwita Jamaludin said...

ye ke kak .. pahit baru ucadang nak beli.. hihihhihi nampak nya kena tangguh la misi cari paku ni.. makan kat sia balik nanti la.. huhuhuhu

Zaira said...

Kena cuba gak yang ni..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...