Tuesday 15 June 2010

:-> Kuih Lapis Perisa Ros


Resepi asal dalam sukatan cawan oleh Kak Yatie US. E-na tambahkan dalam unit gram untuk rujukan E-na lain kali. Terima kasih Kak Yatie...

Kuih Lapis Perisa Ros
E-na guna loyang 20cm

Bahan-bahan

  • 160 gram tepung gandum (1 1/2 cawan)
  • 30 gram tepung beras (3 sudu besar)
  • 15 gram tepung jagung (2 sudu besar)
  • 150 gram gula ( 1 cawan)
  • 5 cawan santan ( 400ml santan tin + air)
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah
  • perisa rose
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 2 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 2 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis.
  8. Kukus selama 20 minit.
  9. Sejukkan, bolehlah di potong dan di hidangkan. Selamat Mencuba!

TIPS
UNTUK MENDAPATKAN POTONGAN KUIH LAPIS YANG LICIN CANTIK
  1. Pastikan kuih lapis telah betul-betul sejuk sebelum dipotong.
  2. Balut pisau dengan plastik bersih atau guna pisau plastik untuk memotong kuih lapis.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

6 comments:

Ibu Mifzal said...

hmmm...sedapnya makan kuih lapis

JaSSNaNi said...

wahhhh... sedapp nyer kuih lapis ni.. nampak sweet je color dia.. cantekkkk.... pandai wat yer... :)

Mummy Nana said...

Salam... thanks for the wish and for droping by. Sedap betul makanan2 dlm blog nie... mesti cuba nie.... duduk jauh kat tempat org mesti ada jek yg terasa nak makan... betul tak???

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

hmmmm ...Along suka kuih ni

lama tak buat..setahun sekali jer buat.. hehe..

MamaFaMi said...

Sweetnya kaler kuih lapis E-na!

Yatie said...

Salam E-na,
cantiklah kuih lapis ni...thanks kerana sudi mencuba resepi ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...