Thursday, 1 April 2010

:-> Laksam


Biasanya my mum and my MIL kukus laksam menggunakan tudung periuk. Tapi E-na guna loyang kek sebab tak ada tudung periuk yang sesuai untuk mengukus laksam.... Pusing juga cari di supermarket kalau2 ada jual...errmmm mmg tak ada!

Kalau nak tengok laksam yang menggunakan tepung beras sahaja klik kat sini.

Inilah wajah laksam sebelum dipotong...
Laksam (4 orang )
Bahan-bahannya:
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air suam (bergantung pd jenis tepung beras, kalau cubaan pertama keras tambahkan air dalam bancuhan)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 tudung periuk / loyang kek
  • Sedikit minyak masak untuk di sapu pada tudung periuk.

Cara membuatnya :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Sapukan sedikit minyak masak pada permukaan tudung periuk. Bila air kukusan telah mendidih, masukkan tudung periuk tadi dan tutup tudung periuk kukus.
  3. Didalam mangkuk masukkan air, tepung beras, tepung gandum dan garam. Kacau sebati.
  4. Jika berketul, tapis adunan sebelum di kukus.
  5. Masukkan 1 1/2 senduk adunan ke atas tudung periuk yang telah panas tadi.
  6. Kukus sehingga masak. Apabila laksam gelembung2 itu tandanya sudah masak.
  7. Angkat dan sandarkan tudung periuk dan dibiarkn sebentar sebelum di gulung supaya laksam licin dan kelihatan cantik.
  8. Sambil itu panaskan tudung periuk lain di dalam kukusan. Ulang langkah 5 sehingga habis.

Kuah Laksam
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan selayang/ kembong bersaiz besar direbus dgn garam dan asam keping. (Bg yg berada di Japan boleh guna ikan Aji)
  • 1cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit lada hitam/ serbuk lada hitam
  • 200ml santan pekat - anggaran shj
  • 500ml air-anggaran shj
  • Garam dan perasa

Cara Membuat Kuah :
  1. Ikan di buang tulang dan dikisar bersama dengan halia, bawang merah, bawang putih, dan lada hitam.
  2. Masukkan kedalam periuk bersam dengan bahan2 lain.
  3. Masak sehingga agak pekat.

Note : sukatan air dan santan bergantung kepada saiz ikan dan selera masing-masing. so pandai-pandailah adjust ye...


Bahan untuk Cili :
  • cili merah / cili kering
  • cili padi
  • sedikit belacan
  • garam
  • gula
  • limau nipis

Cara membuatnya :
  1. Blend semua bahan.
  2. Perasakan pedas, masin dan masam.
  3. Sedia di hidangkan.
  4. Buat sambal sehari lebih awal lagi sedap. Simpan dalam fridge.

Bahan-bahan ulam :
  • Taugeh di buang ekornya
  • Timun dipotong sebesar btg mancis
  • Kacang panjang dihiris halus
  • Daun kesum dihiris halus
  • Bunga kantan dihiris halus

Satukan semua jenis ulam yg di hiris tadi dan gaul rata. Boleh lah dihidangkan.

Cara Menghidang :
  1. Potong laksam di dalam mangkuk.
  2. Masukkan ulam-ulaman.
  3. Siram kuah di atasnya dan masukkan sambal.
  4. Gaul dulu sblm mkn...yummy yummy sedapnya. Selamat mencuba!

Tips : Untuk mendapatkan Laksam yang cantik dan tidak melekat
* Panaskan tudung periuk yang telah disapu dgn sedikit minyak masak di dalam periuk
kukus sebelum memasukkan adunan ke atas tudung periuk.
* Biarkan laksam yang baru di masak seketika dengan menyandarkan/ dirikan tudung
periuk sebelum di gulung.
* Sukatan air bergantung pada jenis tepung beras, jika kukusan pertama keras tambahkan air kedalam adunan.


UPDATE :
Rakan yang sudi berkongsi ilmu dengan Lovely Kitchen
1) k.ilah (23 april 2010)
2) kak am (28 April 2010)


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...