Menu-menu sebegini memang susah nak muncul dalam entry Lovely Kitchen. Kenapa? Salah satu sebab utama E-na tak pernah sukat bahan-bahan untuk masak segala jenis masakan panas yang biasa di buat. Main masuk sahaja sesedap rasa. Yang penting hasilnya sedap di lidah semua isi rumah LK.
Belum pernah jumpa lagi ikan siakap di Nagoya. Tak tahu la kalau kat tempat lain di jepun ni ada ikan siakap. E-na guna ikan hitam kat bawah ni untuk masak tiga rasa. Nama yang di register dlm surat beranak ikan tak tahu la pulak...;p
Sedap juga isinya dan sesuai buat masak tiga rasa.
Kali ini cuba sukat bahan-bahan yang di gunakan dan hasilnya seperti di bawah...
RESEPI SIAKAP MASAK TIGA RASA LK
Bahan-bahan :
- 1 ekor ikan siakap
- 1 ulas bawang putih - ketuk/ mayang
- 2 ulas bawang merah- mayang
- 1 keping nenas - di dadu kecil
- 1 batang serai - di potong serong
- 2 biji tomato saiz sedang (+-100g sebiji)
- 1 sb sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sk nampla / sos ikan
- 50ml air
- 2 helai daun limau purut
- 3-5 biji cili padi thai di titik
- 1/4 biji bawang besar - dipotong kasar
- Capsicum hijau - optional
- Sedikit cauliflower /carrot - optional
- Garam, kunyit dan perasa
Cara Memasak:
- Ikan dibersihkan dan di lumur garam dan kunyit.
- Goreng Ikan sesedap rasa. Kalau nak macam kat kedai siam tu goreng dengan api besar. Hasilnya isi ikan akan garing di luar lembut di dalam.
- Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan.
- Panaskan sedikit minyak goreng ikan tadi.
- Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
- Masukkan sebiji tomato yang di potong dadu kecil.
- Kacau dan masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan/ nampla.
- Masukkan serai, cili padi, daun limau purut, cauliflower/carrot dan air.
- Bila carrot/ cauliflower dah hampir masak masukkan capsicum dan bawang besar.
- Perasakan masin, masam dan pedas (3 rasa) dan curahkan ke atas ikan tadi.
- Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Update :
bahan-bahan :
- 1/2 inci halia di hiris halus panjang - masukkan masa tumis bawang (langkah 5)
* baca komen ida baru perasan terlupa taip halia...E-na pun kalau masak lauk pauk mmg suka letak halia, selain bau sedap dpt hilangkan hanyir/ bau ikan, ayam.
5 comments:
Salam kak ena! ingatkan kita akak masak malam2 buta gini hihihi... sana dah kul 2 pagi ya kak sini dah kul 12 lebih :D kita tunggu ninja kita balik pastu nak hidang makan mlm dia yg dah terlebih lewat nii hihii... mcm pernah nmpk ikan ni kat supa tp tak pernah beli, sedap ya kak?
kita pun kalau msk lauk-pauk ni, pakai campak2 jer...skrg ni jer rajin sikit pegang pen & kertas, sbb apa bila nk n3, jenuh nk pikir brp sukatan nk tulis...gambar dh amik, laaa...sukatan bahan dh lupa daaaa, dh satu problem
sini pun ada ikan itam ni...pernah beli, sedap gak kn..Siakap belum jumpa lagi, ikan merah mmg banyak dan mahal heeee
ida kalau msk ikan cam ni halia tak tinggal...
assalamualaikum...best, kan..masak2 camni kalau ada makan2 untuk family..boleh jadi antara salah 1 menu ni..
meriahnya lauk Ena tu..kalau sayala..ank2 akn kuis2 yg meriah2 tu kat tepi..kdg2 smpai keluar pinggan, ceduk kuah & ikan je..hehe
cantiknya gambar :D
Post a Comment