Kuih Kaswi Tepung Gandum versi Jepun! Mana nak cari gula merah kat sini, tapi nak juga buat. E-na guna kurosato...dari segi rasa memang lain sikit dari yang guna gula merah. Bolehlaaaa kan kaswi perantau, Resepi guna gula merah boleh tengok kat sini.
RESEPI KUIH KASWI GANDUM VERSI PERANTAU
Bahan A :
- 500ml air
- 100g kurosato
- 100g gula pasir
Cara Menyediakan Bahan A :
- Masak semua bahan-bahan diatas sehingga gula larut dan sejukkan.
Bahan B :
- 100g tepung gandum
- 40g tepung jagung
- 1/2 sudu kecil air kapur
Cara Menyediakan Bahan B
- Panaskan pengukus.
- Alas plastik wrap dalam loyang 20cm (nak tebal guna loyang bersaiz lebih kecil)
- Bancuh semua bahan B dan tapis ke dalam acuan.
- Kukus sehingga masak dengan api sederhana besar lebih kurang 30 minit.
- Tunggu hingga sejuk dan potong menggunakan pisau plastik.
Bahan C
- 5 sudu besar kelapa kering
- 1 sudu besar santan
- 1 sudu besar fresh milk
- sedikit garam
Cara Menyediakan Bahan C
- Satukan semua bahan C.
- Kukus di dalam periuk kukus selama lebih kurang 5 minit.
- Kemudian bolehlah di lumur pada kuih yang telah di potong tadi.
Note :
- Adunan ini lembut sedikit.
- Kelapa tak nak + dengan santan dan kukus pun boleh juga.
TIPS
Untuk mendapatkan 'rasa' lemak2 kelapa pada kelapa kering
- Kukus sebentar kelapa kering bersama sedikit santan. Boleh juga di campur dengan sedikit susu segar. Santan semua pun ok juga.
5 comments:
Bila dah teringin..tak ada jadi ada..tak boleh pun jadi boleh...fav kuih hubby kak cek ni E-na...cuma kekdg akak malas nak buat...penat2 buat mkn seketul dua...hu hu hu...
Assalam E-na..bila dok merantau..kuih pun ikut jadi perantau..
pandai E-na buat kasui.
akak pernah cuba sekali..kurang berjaya..
wahhh...sedappnya kaswi....
mas suka......
salam kak ita suka kaswi mak dulu suka buat.. hihihihi ita nak buat tak leh selalu seisi rumah biasa2 je kuih 2 macam ni nanti ita je kena habiskan..:(
Ena,
kalau dah namanya perantau... kena kreatif & inovatif untuk hasilkan resepi ye.... janji jadi, boleh makan... terubatlah kepingin tu... he hehehhh
Post a Comment