Sunday 29 August 2010

:-> Agar-agar Laici Susu



Resepi Agar-agar Laici Susu

Bahan-bahan
  • 20 gram solid agar-agar
  • 1000ml air + air laici dalam tin
  • 200 gram gula
  • 600 ml fresh milk
  • 1 tin laici
Cara-cara :
  1. Rendam sekejap agar-agar supaya lembut.
  2. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar hancur.
  3. Masukkan gula dan air laici. Kacau sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan fresh milk dan laici yang telah di hiris halus. Kacau dan bila mendidih tutup api.
  5. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan beku.
  6. Sejukkan di dalam peti ais.
  7. Semasa menghidang letakkan beberapa biji laici yang bulat di atas agar-agar sebagai hiasan. Selamat Mencuba!

7 comments:

anie,Nagoya said...

putih berseri agar2 mu itu.....sejukkan lam peti ais...ummmm, nyaman tekak.nak cuba..tapi laici tak de...eh..jap..jap...laici buah ada jual..nnt nak beli kat amica

LENDANUAR said...

wah..suci gitu agar2 laici kak ena ni....smooth yer tekstur dia...nanti nak cuba jugaklah....

Mas said...

cantik la agar2 laici e-na....dah terasa sejuk tekek bila makan agar2 laici ni, sedapnya....

ijayuji said...

Salam kak ena!!! waduuhhhhhhh, kita pun dah lama tak menyinggah ni main singgah2 pastu balik hihihi.... kita tak raya kat mesia lah kak raya kat siam lagi insyaALlah tahun depan baru balik mesia raya kat mesia :D bukan balik mesia terus taww! raya jer kat mesia :D kalau boleh baliklah, kalau tak boleh balik nak buat mcm mana raya lglah kat siam :D akak sihat ke? sure sibuk niii kan kan kan..

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaikumwbh e-na....sedap nampak agar2 ni, lemak2 and mesti sejukkk tekak makan ni bila iftar kan.......

MiErA said...

salam kak...mira pnah try wat agar2 laici..sgt mudah!! tp mira x gune fresh milk..replace dgn susu cair..sdap jg..tp klo masuk fridge..lg sdap!!!

MEKAR said...

AGAR2 "SOLID" tu yg mana pula kak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...