Tuesday 1 December 2009

:-> Satay Ayam



Malam ni baru berkesempatan post kan menu hari raya aidiladha. Rasanya hari ini baru semuanya sihat walaupun masih ada batuk sket2 lagi.

Walaupun x berapa sihat tapi semangat nak beraya punya pasal masaklah juga untuk makan kami sekeluarga. Malam raya tu buat rendang hitam daging, nasi impit, kek coklat kukus dan kuah kacang. Satay bangun pepagi raya tu baru perap...sempat lah 2 jam jer.

Satay Ayam (25 batang)
Bahan-bahannya:
  • 5oog dada ayam / isi ayam
  • 50g gula
  • Garam secukup rasa
  • lidi sate secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus:

  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk halia
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
Bahan untuk merenjis :
  • 1 biji buah keras(ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Kacau gula dengan air hingga hancur dan masukkan buah keras dan minyak kemudian kacau sebati. Serai yang diketuk sedikit dan diikat bersama sehelai daun pandan sebagai perenjis. Celup ke dalam bahan renjis dan renjis ke atas satay yang sedang di bakar.

Cara membuatnya :
  1. Ayam dibersihkan dan di toskan.
  2. Potong mengikut citarasa masing- masing. Selepas di potong tidak perlu dicuci lagi.
  3. Gaul ayam tadi dengan semua bahan kisar, gula dan garam secukup rasa.
  4. Perap sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman supaya rempahnya meresap.
  5. Kemudian baru dicucuk dengan lidi satay.
  6. Bakar di atas pembakar sambil renjis dengan bahan renjis menggunakan serai yang diikat dengan daun pandan.
  7. Boleh juga di bakar di atas tudung periuk yang diletakkan diatas dapur gas. Sapu sedikit minyak pada tudung periuk.
  8. Bakar sehingga daging masak.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

3 comments:

Anonymous said...

Salam Kak E-na,
harap2 akak cepat sembuh yer... cedappp ler satey. buat sendiri lak tue.kite selalu beli yg frozen jer.ehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

tak sihat masa raya eh...tp sempat gak masak sumer bagai... thumbs up !..

Satay ...hmmm ..dah duk jauh kena buatlah kann..kat sini beli kat pasar malam jer...

tunggu gak n3 2-3 hari ni...hehe..

fzi said...

Salam E-na....sedapnya satay....
rajin E-na ni....
satay ayam takpe perap sekejap kan, isi ayam pohu....kalu satay daging memang ya, kena lama sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...