Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.
Kali ini puashati sebab dapat buat lapisan puding tebal sikit dari Kek Karamel sebelum ini. Resepi Kek Karamel yang lapisan pudingnya nipis boleh klik disini. Kalau nak lapisan puding yang tebal boleh ikut resepi di bawah. E-na namakan Kek Puding Karamel Pelangi. Problem yang sama dengan kek karamel sebelum ini, Kek E-na merekah di atas...mungkin ke sebab suhu oven e-na tak sesuai , E-na guna Microwave oven atau terlebih baking powder...tapi rasa dan teksturnya ok je, sedap...
Suka tengok lapisan kek ini menjadi elok je belang pelanginya...bila tengok hasil yang cantik dan kek jadi elok itulah kepuasan tukag masak...
RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Loyang 8 inci / 20cm
Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
- 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
- Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
- Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1.
- Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
- Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
- Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2.
- Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding (Rujuk gambar 3)
- 400ml fresh milk / susu cair
- 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
- 2 biji telur
- 140 gram gula castor
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
- Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil (rujuk gambar 3) dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun(rujuk gambar 6) untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
- Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
- Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
- Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5.
- Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
- Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1 seperti gambar 6.
Bahan-bahan untuk Kek:
Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 6)
- 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
- 70 gram gula castor
- 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
- Pukul putih telur sehingga berbuih.
- Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
- Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. Rujuk gambar 7.
- Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
- Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan 2:
- 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
- 130 ml air
- 50 ml minyak masak
- 70 gram gula castor
- 140 gram tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
- Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
- Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
- Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
- Matikan mixer.
- Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
- Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 8. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 9.
- Warnakan dengan warna pilihan anda.
- Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
- Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
- Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
- Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10.
- Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
- Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
- Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
- Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
- Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
- Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : KAEDAH DOUBLE BOILER / BAIN MARIE
- Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau...
- Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.
- Kalau dah cuba resepi ini boleh tinggalkan message untuk E-na backlink blog anda....
TIPS MEMBUAT KEK PUDING KARAMEL PELANGI DARI LOVELY KITCHEN
- Kek akan basah jika terlalu banyak air gula. Jadi sebaiknya minimakan penggunaan gula untuk gula hangus. 2 sudu besar sudah memadai. Boleh guna 1 1/2 sb sahaja jika tidak mahu air gula meleleh banyak semasa proses terbalikkan kek.
- Kacau adunan puding perlahan-lahan jangan sampai berbuih untuk dapatkan tekstur puding yang licin mulus tidak berlubang-lubang, kemudian tapis.
- Untuk dapatkan meringue yang gebu kental, jangan sesekali termasuk kuning telur ke dalam adunan putih telur walaupun sedikit. Jika bercampur dengan kuning telur, meringue tidak akan menjadi...kesannya kek tidak naik dan tidak gebu. Pastikan semua peralatan untuk meringue kering dan tidak berminyak.
- Segera lap air gula yang turun semasa terbalikkan kek. Sebolehnya jangan bagi kek dibasahi dengan air gula supaya kek kering cantik semasa dipotong.
- Mas Duniaku
- Kak Rosaliza
- TeQah Khaire
- Kerepek Pisang Sedap
- Kak Nor
- Acik Erna
- Nomie's Cake
- MamaNoriz
- Tun Telani
- Soo Hae Daa
- Yana Shaiful
- Azura Rahman
- Chah
- Quinnie
UPDATE 14 OCT 2011
E-na masukkan feedback / perkongsian dari FB LOVELY KITCHEN PAGE untuk rujukan semua.
- Fina Wahab saya byk kali guna SRF..hasilnya ttp sama...memuaskan..mmg tak payah masuk baking powder jika pakai SRF.'
- Fina Wahab kalo ikut pengalaman ..saya dpt kek yg cantik jika saya hanya menggunakan api bwah 160drjh celcius dlm masa 45min - 50min..baru saya tukar api atas bawah dgn suhu 150drjh -140 cel.dgn masa 15-10min shj itupun saya tukar apabila saya sentuh p.mukaan kek sudah m.anjal..jika dsentuh masih tenggelam maka lebey baek kekalkan api bawah dulu..saya pun tkena kek merekah bila saya tukar api atas bawah ttp kek belum masak sepenuhnya..itulah ragam oven saya..dan jika saya guna suhu 170...ianya masak tak sekata..
Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda.
93 comments:
ya Allah.. cantik betol kejadian kek ni.. serius cantik.. and zura sendiri sure kek tu sgt gebu.. tgk tekstur kek dh tau.. wahhh sedapnyer.. biler nk merasa nie.. huhu..
assalamualaiku..wahhh menarik kek keremel ni warna pun megancam...merih tau..akk aje yg x terbuat2 lg....negok pada tekstur pun gebus basah hemmm mcm telekat aje kat tekak
wahh...cantik mengancam kek ena ni...
makin cun la mas tengok kek keremel tu....
sangat cantikkkk..lawa betul kombinasi warne tu
cantik betul belang kek nie..aduih bila la sy nak try buat lak..
sukanya tengok kek berwarna warni...sedap..
Waaaaaaaaaaaaaahhh...sangat cantik kek ni Ena...terpukauu akak, maybe gak akak punya sbb akak letak 3 sb gula utk wat karamel...tu pasal byk air leleh...hehe..ok nnt nak buat lagi dan lagi...kasi tomfookk tomfook tahi unta pulak coraknya nnt...hehhehe
wah musim kek karamel pelangi di sana sini...cantek nyer k.e-na harus rasa pow malatop ni
salam kak ena..
terujaa tgk kek puding karamel pelangi nih...cantik sungguh gambar2 kek tuh...dh lama tak buat...
sEDAPNYER KAK....
mmg lawo sgt kaler tu ena.. k.nor suka sgt tengok.. combination colour yg cukup ngam! good job! :)
uwaaaaa~~~~~~~~~~~~~ nakkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! guna api bawah kan. tun nyer oven xleh setting api bawah je, ada option atas bawah, atas, dan roast je.. uhuk uhuk.. masa beli aritu x perasan, duk kagum dia blh pusing2 utk roast ayam.
aduhhhh...spechless.. lawo tol ni e-na... kagum la orang buat cantik2 ni
ari tu penah wat sekali..tp x jd la..karamelnyer jd lembut sgt..pas tu kek nye plak keras skit..hikhikhik..pas ni nak try pkai resepi ni plak la..
Bila la sampai seru kak cek nak buat kek karamel ni...sume org cakap sedap...teringin lak nak merasa...tgk2 gambo dululah...ke mintak sikit kat Ena lah...:D
perfect!
gabungan warna pun sgt cun... sukanyer tengok...
sukanya tengok kaler yg soft & cantik gitu..puas hati kan kalau dpt keremel yg tebal..
belang2 pelangi yg sgt cantikkk....suka tgk dan ida suka dgn kek ni,dh 3x buat...lembut cam span kan
perfect nampak cake tu, cantiknya!
assalamualaikum....sungguh cantik..suka tengok combination color tu..lawooo..
akak tiupkan angin rajin untuk kek karamel saya. ahaha.. berpinar2 mata saya dgn kek karamel org buat sana sini. cantik betul la akk buat! :D
salam kak.. cantik kak warna tu.. ita pun dah buat 3 kali kak.. sebab anak ita suka ..
sounds scrumptiously tasty..
happy following U..:)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite
Woooo.... cantik kaler nya!
wow cantiknyeee belang2 kek akak nih...mcm sayang lak nk makan ehhh
Tengok renungan gambar slice yg last tu buat tak tahan tu...adudududu....
Assalamualaikum ena..
cantiknya kek nie ena... mmg gabungan warna yg sgt cantiik.. sukanya tgk...
Untuk Kak Sabariah Kamis: E-na dah reply e-mail akak tp tak boleh...E-na jawab kat sini harap akak jumpa dan baca...rasanya tak jadi masalah kalau guna tepung naik sendiri(self raising flour) untuk buat kek Puding Karamel Pelangi. Kalau guna SRF tak perlu masukkan baking powder...tapi E-na belum pernah guna SRF utk kek ini...kalau akak try guna SRF boleh share kejadian keknya nanti...
teruja akak tengok hasil kek nih
tak berani nak buat lagi lah e-na..
uiikkkss memang cantekkkkkkkkkkk... cantek giler la... ehehe.. nani memang dok pikior2 nak buat kek karamel ni.. ilmu dlm dada rasa mcm tak cukup plak.. nani tak brapa pasti satu benda.. dah putar2 adunan kek tu.. nak boh atas adunan telur tu terus ek? jadi bila dah masuk adunan kek atas adunan telur tu tak tenggelam ke? tu yg nani musykil sesangat tu..
aaarrgghh...tempting!!!
looks sooo yummy!!
can't wait to make one!!!
thanx for the recipe...
dear...baru first time nakcube wat kek ni...tapi keliru lah camne nak bagi wat warne pelangi tu...cantik je...tak bape nak paham...maklumlah b4 ni tak penah wat....setipa kali masuk satu warne kene pusing ke?ke camne?sori if solan ni agak menyusahkan...heheh... if tak keberatamn leh reply thru mar_tom85@yahoo.com. tqsm
dear ena...nak cuba ya...ada yang order ni...nanti bila dah siap saya bagi tau ya...tengkyu..
salam perkenalan, ena, hurm br cuba buat khamis hr tu, tp sayang ntah mn silap, puding x sume melekat pd kek, terlebih panas kot kat api bawah, then merekah plak kat atas...huhuhu, mmg sedikit leceh, tang nak masak gula pun sampai 3x br adi gula hangusnya...huhuhuuu, penuh kesabaran betul..
memang sangat cantik kek pelangi ena ni.. tentu susah nak buat ni.. saya tengok je lah kot.. sbb mmg tak pandai buat kek....
assalamualaikum....alhamdulillah..jadi gak first try buat kek ni....buat loyang 20cm licin anak2 makan.....sedap..tx ye kak ena....
Hua...hua... Frust lek tu tak jadi gebu. Color dia jd mcm bercampur. Lapis kurang jelas. Mungkin sebab merigue dia tak jadi kut... Nanti nak try sekali lagi....
kak, bole tak nk tempah kek ni? please email me ololieta@gmail.com
Saya baru cuba buat cake ni siang tadi and it is AWESOME~!! thank you for the recipe kak. :)
aduhai sedihnyerrr,,, kenape adunan kek tu tenggelam dlm puding,,, ape yg kurang ni
huhu cantik giler kek tuh..beria kot buat...nampak cm ok je..tgk kek pun cantik je..da masak elok..tp bila time balikkan kek tu rupanya puding tu separuh je yg masak...nape ek jadi cmtu?
ni emel saya :cactus_azreen84@hotmail.com
salam e-na.sy dh try resepi ni.tp knape ek karamel sy xmengeras?dh tmbh masa tp tetap juga xmengeras karamel nya..lapisan keknya jd cuma lapisan karamel jelh cair..xkeras langsung..apa ek sy dh silap?sy guna api atas bawah
Comey benar kek ini. Berulang2 kali baca nak pahamkan cara buat, TQ kongsi resepi ...
salam akak...br jer try buat mlm tadi...tapi x berapa cantik sebab kek jadik kering...air gula byk...puding lak x berapa mengeras....mcm mana nk bg puding tue mengeras ngan elok yek
salam kak.. mohon share bleh? dh wat smlm n mmg sedap.. melt in mouth, x puas mkn.. cam kene wat lg je.. ;p
Salam. Kak Ena, hari ni baru Nur sempat jengah entri2 dalam blog akak. Bagusnya ada step by step.. Mudah utk Nur yang memang tak pandai nak membuat ni.. Mohon izin opy resepi ye.. TQ kak..
bila tengik resepi ni, sy terus buat, but puding cair kek ok sedap dan cantik, so saya makan keek w/out puding le, ngape ye, saya guna api bawah, kalau masak lagi mesti kek akan hangus dan kering...
nyummy
nyummy
nyummy
nyummy
saya baru first time try buat kek ni dan saya alami masalah sama seperti komen2 di atas. puding sy x mengeras tapi kek ok. kenapa ya?
Salam,
tumpang lalu ye.. nak tanya sikit, pudding yg diletak tepi tu tak perlu di bakar sebelum masuk kan adunan kek tu ye? tak berape faham part ni.. terima kasih
dah buat tp amat kecewa... puding xmengeras.. k.ena help me!!!
dah buat tp amat kecewa... puding xmengeras.. k.ena help me!!!
thanks utk resipi....alhamdulillah menjadi...gula die meleleh gk kt tepi2 tp nasib xbyk la...=)
salam kak ena..mohon share ye...
assalam kak ena...sy dah buat kek tuk raya haji...ikut je step y akak bg...alhamdulillah...dah 2 kali buat...smua menjadi...tq very much kak...
salam..
cantiknya belang2 kek ni. puding tu manis sgt tak?
assalam..
akak da cuba kek ni...
alhamdulillah menjadi...
mmg sedap kalau dimakan sejuk..
tq ena...:)
Cantiknyer kek...sedapnyerrrrrrrrrrr
salam sis2
saya da cuba jgk..tapi saya pnya air byk sgt..smpai separuh banjir kabinet dapo ..hehehe..so sis ena so sis2 lain baley tlg komen skit asal ek jdi separuh banjir camtuh???
Akk kalau guna pengukus untuk msk kek leh x cz x oven...hhhehehh
Salam..kak e-na tq resepi nye.jd
tp kek nye xtebal pon? corak nye pon xwavy mcm akak pnye
Alhamdulillah....kek sy pn merekah...tp rasa n tekstur mnjadi...:)
Tq tuan rmh 4 d resepi..:))
Terima kasih kongsi recipe.. nak share gambar tah kali keberapa buat
... sedih kali pertama buat perfect.. caramel pudding keluar dengan berjaya...
lepas tu tak tau mana silap... dah kali ke 6 masih ada sikit yang fall off at the end nak hadiah kat orang tak jadi.. siapa leh bagi tips nak keluarkan dengan perfect amatlah di hargai... BTW ni link gambar dah berapa kali try..
http://aliciouskitchen.blogspot.com/2013/05/test-123.html
p.s recipe ni sangat sangat sangat sangat x 456789846484 sedap
saya guna self raising flour
dan api atas bawah 160C
problem cuma masa nak keluarkan je... yang lain semua perfect..
Alhamdulillah kek sy mjadi ikut semua step yg ditunjuk kn,terima kasih atas pkongsian resepi kek karamel ni,kepuasan memasak apabila benda yg kt buat mjd dgn baik..
Salam, sangat teruja tgk color pelangi tu..nk cuba utk raya nanti la..dpt link drp fb kwn sy yg dh mencuba...
Thank 4 sharing :)
Http://nikmathidupsihat.blogspot.com
Assalam..da lama jatuh hati ngan kek ni dan saya pernah cuba bwat dua kali tpi mngecewakan.Hari ni saya mmberanikan diri bwat sekali lgi guna resepi akk ni harap2 berjaya..hehe..sya mohon share resepi ni kat blog saya yer..tks..
terima kasih bnyk2 sbb share resepi ni, first time tgk dh jatuh hati ...blik keje trus buat....Alhamdulillah, menjadi..pagi2 lg anak2,suami, adik n emak bwk bekal...satu adunan dah licin..MEMANG SEDAP..
sy bru buat kek ng tp mcm y byk mgadu puding x keras. rasanya resepi terlalu panjang n mgelirukn. part kta asing kn 3 tlur utk buat maringue n tlur kuning ingtkn cmpur skali dlm adunan pding tp bila skrol bwh kta cmpur tlur kuning dlm adunan kek. rugi je. mohon btulkn. tq
Alhamdulillah menjadi...
setelah hampir bertahun menyimpan resepi kek ni,akhirnya baru dapat buat..
alhamdulillah :)
sedap sangat^^
nyesal tak cuba cepatcepat..
salam kenal kak ena
Assalamualaikum kak ena, terima kasih untuk resepinya ye..saya dah cuba buat..alhamdulillah menjadi,gebuss je keknya..cuma puding tu ada bintik2,mungkin masa pukul tu kuat sangat kot so ada buih sikit yang kak ena buat cantik licin je..hihi..dah lama usha2 resepi ni, baru hari ni tertunai hasrat di hati nak buat..
saya kongsikan hasil kek saya dari resepi kak ena.ni link facebook
https://www.facebook.com/nurulhuda.mahmud.5/media_set?set=a.10201701085622268.1073741831.1033922642&type=3
masa nak keluarkan kek tu memang mencabar, risau puding melekat kat loyang @ pecah..tapi, berkat kesabaran berjaya juga keluarkan..saya bakar guna kaedah bain marie & masa, suhu & api guna kaedah seperti feedback dari Fida Wahab yang kak Ena letak kat bahagian resepi bawah sekali.tq semua..
Alhamdulillah...br lepas buat kek ni sbb kawan ofis mengidam nk makan..
Tp lom kuar dr oven...nmpk perfect...insyaAllah menjadi...thanks for the resepi...
salam boleh saya tau tak untuk adunan ni sebenarnya sesuai loyang saiz apa ye..saya guna saiz 8 melimpahla
assalam. nk tnya cara membuat layer pelangi.. dah buat habis 4 sudu setiap warna lps tu kna buat sekali lg 4 sudu setiap warna tu ke? klu yg 3 sudu kna ulang 3 kli la ye. sllu guna sudu besar mna ye?
assalam. nk tnya cara membuat layer pelangi.. dah buat habis 4 sudu setiap warna lps tu kna buat sekali lg 4 sudu setiap warna tu ke? klu yg 3 sudu kna ulang 3 kli la ye. sllu guna sudu besar mna ye?
As salam kak ena kek ni leh kukus x
Assalamualaikum...sis 140gm tpung tu 2cwan ker...?
Assalamualaikum, saya nak cuba buat la resepi ni.....Tengok kek awak cantik dan gebu je....tapi saya nak buat cara kukus je....
Thank you for your recipe ! Love it ><
Puding tu perlu masak dulu or x??
Sedapnya....
Tq, sy suka sgt resepi kek ni..mmg menjadi..sy siap bt jualan lg...terima kasih sekali lg
Salam
Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.
Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.
2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻
3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain
5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:
▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................
▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.
.................................................................
▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
..................................................................
▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.
Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.
...............................................................
Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :
En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570
Post a Comment