Monday, 12 April 2010

:-> Macaroni Chicken Guratan


Guratan? Jangan terkejut ye.... di sini gratin di kenali sebagai guratan... E-na buat untuk minum petang. Plan nak buat seafood guratan tapi tengok dlm fridge tak ada stok udang dan crab stick... yang ada hanyalah daging burger dan sosej, maka terhasillah Macaroni Chicken Guratan.

Bagi yang sukakan creamy memang sesuai untuk mencuba resepi ini. Kalau nak pedas boleh makan dengan tabasco or chilli sauce.

MACARONI CHICKEN GRATIN (Casserole 20cm)

Bahan-bahan :
  • 150g macaroni
  • 1 keping daging burger ayam - dipotong kecil
  • 2 batang sosej ayam - di hiris kecil2
  • 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu halus.
  • 2 sudu kecil butter
  • 150g mozarella cheese
  • Sedikit olive oil atau minyak masak utk digunakan semasa merebus macaroni.
  • Casserole 20cm

Cara Menyediakannya :
  1. Rebus Macaroni sehingga lembut. Masukkan sedikit olive oil atau minyak masak ke dalam periuk merebus macaroni untuk mengelakkan macaroni dari melekat.
  2. Setelah lembut, angkat dan toskan.
  3. Panaskan butter. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga layu.
  4. Masukkan daging burger dan gaul rata.
  5. Masukkan sosej dan kacau lagi.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
  7. Masukkan macaroni dan gaul rata. Matikan api.
  8. Sapu sedikit butter pada mangkuk gratin.
  9. Masukkan macaroni tadi.
  10. Tuangkan white sauce.
  11. Taburkan cheese di atasnya.
  12. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 25 minit atau sehingga cheese bewarna perang. Selamat Mencuba. Sedap ni...ngeee
Bahan-Bahan White Sauce :
  • 400ml fresh milk
  • 2 tsp tepung gandum
  • 2 tsp butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara membuat white Sauce
  1. Panaskn butter.
  2. Masukkan fresh milk, tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.
  3. Kacau sehingga semuanya sebati dan mendidih.
  4. Setelah mendidih tutup api.


TIPS : Supaya macaroni tidak melekat antara satu sama lain - Masukkan sedikit olive oil atau minyak masak semasa merebus macaroni.

Note for me : Hidangan ini untuk 2 kali makan

UPDATE 26/04/2010 :
Rakan yang sudi berkongsi ilmu dengan Lovely Kitchen
1) K. Sheila
2) Kak Aidah



Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^



Source : Kak Zai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...