Friday, 4 October 2019

POKOK SAMBUNG NYAWA BATIK





BIODATA SAMBUNG NYAWA BATIK

  • Tarikh Beli : 29 September 2019
  • Harga : RM10 (Asal RM15)
  • Lokasi Beli Pasar Stadium Seksyen 13 Shah Alam
  • Reasons Penulis membeli Pokok Sambung Nyawa Batik
    • Menambah species ulam di mini garden- pucuk sambung nyawa batik boleh di buat ulam mentah, dicampur dengan sayur lain sebagai ramuan kerabu, dicampur dalam ramuan telur dadar.
    • Banyak khasiat sambung nyawa batik.
    • Daunnya berbatik cantik sebagai penambah seri di laman.
  • Cara Penjagaan pokok




Pokok Sambung Nyawa Batik mudah dikenali kerana mempunyai corak tepi daun yang bersegi selain warna ungu yang menarik dan warna hijau pada urat daun. Pokok ini sesuai ditanam dalam pasu atau batas. Ia mudah dibiakkan dengan menggunakan keratan batang atau pucuk. Pokok ini tahan lasak jika dijaga dengan baik.

Kebiasaannya, daunnya boleh dimakan sebagai salad atau boleh juga dicampur dalam ramuan telur dadar. Daun sambung syawa batik juga dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kadar kolestrol dan kencing manis dan dapat mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung. Selain itu, ia juga dikatakan dapat merawat penyakit yang berkaitan bisa, luka bernanah, ubar untuk kayap dan dapat memberhentikan pendarahan.

Credit to : SEGALANYA TENTANG TUMBUHAN

Untuk maklumat lanjut tentang Pokok Sambung Nyawa Batik  boleh rujuk LAMAN IMPIANA

Sunday, 29 September 2019

BAJA AB ELOK UNTUK SAYUR-SAYURAN



BIODATA BAJA AB

  • Tarikh Beli : 28 September 2019
  • Harga : RM8 (set)
  • Tarikh Guna : 
  • Lokasi Beli Pasar Tani Seksyen 17 Shah Alam
  • Reasons Penulis membeli BAJA AB
    • Keberkesanan baja AB yang telah terbukti.
    • Inginkan hasil yang baik.
    • Dengan keberkesanan baja AB dapat memberi kepuasan kepada hang kebun.
  • Cara Menggunkan BAJA AB
    • 1 penutup botol baja A + 1 penutup botol Baja B + 4 Liter AIr.
    • Disiram pada pokok.
    • 2 minggu sekali.

Untuk maklumat lanjut tentang Baja AB boleh rujuk LAMAN IMPIANA.

Sunday, 22 September 2019

POKOK TENGGEK BURUNG, POKOK CINCAU HITAM & POKOK SELASIH


Hari ini menambah lagi koleksi pokok herba di mini garden E-na. Beli di pasar stadium Shah Alam.


E-na beli Pokok Tenggek Burung juga dikenali dengan nama pokok cabang tiga  dengan harga RM10, 


Pokok Cincau Hitam RM10 dan Pokok Selasih RM2.




POKOK STEVIA & LEMON BALM


Bertambah lagi koleksi pokok di mini garden E-na. Sambil beli tanah, jeling-jeling pokok. Dah mengikut 2 pasu. Pokok Stevia dan Pokok Lemon Balm. Keduanya adalah spesis herba.


Thursday, 19 September 2019

POKOK TIN MURAH


Penanaman Pokok Tin semakin mendapat tempat di hati penggemar pokok. E-na pernah cuba beli keratan batang pokok tin dan tanam. Tapi tak menjadi. Kemudian cuba mencari anak pokok tapi melihat harganya yang agak tinggi maka dipendamkan sahaja. Risau juga beli mahal-mahal tapi tak hidup lama.


Murah tak? Bagi E-na terasa murah sangat dah untuk pokok tin sebesar ini.



Isnin lepas E-na pergi nursery untuk beli tanah, ternampak anak pokok tin. Ringan pula mulut bertanyakan harga. RM10??? Uish murah...ambik 2 pokok even variety yang sama.


Murah tak? Bagi E-na terasa murah sangat dah untuk pokok tin sebesar ini.

Wednesday, 18 September 2019

Pokok Pucuk Paku Dalam Pasu


Jalan-jalan dalam FB terjumpa posting tentang pucuk paku. Tanam pucuk paku dalam pasu tepi rumah. Senang kan, nak makan petik je tak perlu ke paya mencari pucuk paku. Ada yang menjual anak pucuk paku...wow best ni. Hati berbunga nak beli anak pokok pucuk paku. Mulalah berangan petik pucuk paku di mini garden..he he...E-na ada share kos beli kat sini.

Proses menyemai anak pokok pucuk paku ke dalam polybag bermula keesokan harinya. Medium yang E-na gunakan untuk pokok pucuk paku adalah tanah kompos (6+1) di campur dengan tanah merah dan sedikit sekam padi. 


Hari per 1(28/08/2019)


7 pokok anak pucuk paku berbaris untuk posing.


Anak-anak pokok pucuk paku siap ditanam dan disiram. Hiduplah kamu dengan subur dan memberi manfaat kepada semua.


 Hari ke 9 (6/9/ 2019)


 Pucuk yang pertama mula menonjolkan diri. Masya Allah...



Hari ke 15 (12/09/2019)


Pucuk telah berkembang menjadi daun paku. Anak paku bersaiz kecil menghasilkan daun selari manakala anak paku bersaiz besar menghasilkan daun yang bercabang2.


Ketujuh-tujuh anak pucuk paku telah mengeluarkan pucuk pertama dan berkembang.


Geram jerr tengok! Macam mimpi pun ye...pokok pucuk paku berada di dalam kebun mini E-na...teruja sangat!!!


Agak-agak Baja apa yang sesuai untuk pokok pucuk paku...organik / AB atau baja kimia? Kena buat research dulu...wish me luck!

Tuesday, 17 September 2019

BELI POKOK ONLINE



First time beli pokok secara online. Order banyak juga, tawakkal je. Alhamdulillah pokok tiba pada 28 Ogos 2019 dengan selamat dan seller packing dengan teliti.

Inilah pokok-pokok yang E-na beli online dan pokok di pos menggunakan perkhidmatan J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd.

1. Pokok pucuk paku 10 x RM 2 
2. Kelapa pandan       1   x RM16
3. Halia bara               1  x RM8 
4. Kedongdong           1 x  RM10
5. Asam gelugor         1 x  RM16

Kos pos                              RM20
Total                                   RM90

Monday, 26 August 2019

POKOK BEKO & POKOK GAJUS aka POKOK KETEREH


Anak Pokok Gajus dan anak pokok Beko dari keratan batang pemberian rakan sejawat jumaat lepas. Dah lama nak tanam sendiri Pokok Beko akhirnya dapat juga. Kat rumah mak ada pokok Beko tapi setiap kali balik kg tak berkesempatan nak ambil buat benih. Bila dapat yang dah siap semai gini memang happy sangat.


Anak Pokok Gajus. Boleh buat teman pokok gajus yang besar sedia ada dalam pasu. Pucuk gajus sedap di buat ulam mentah.


Anak Pokok Beko baru keluar pucuk. Pucuk Beko boleh di buat ulam mentah atau dicelur. Buah Beko juga sedap dibuat ulam dan kerabu. 

Sunday, 25 August 2019

POKOK BETIK SEKAKI


Biji benih betik sekaki E-na beli dari FB Tangan Hijau. Semai pada 6 April 2019. Ia dinamakan betik sekaki kerana pokok yang rendah dan mampu berbuah sekaki dari aras tanah. Pokok betik sekaki akan mengeluarkan bunga pada bulan ke 4, berbuah dan boleh dipetik pada bulan ke lapan.

Pokok betik sekaki pada 24 Ogos 2019.


Pokok Betik Sekaki sudah mengeluarkan putik bunga. Bunga jantan atau betina? Kita tengok nanti ye.


11 jun2019

Pokok Betik Sekaki di alihkan ke atas tanah pada 3 Jun  2019. Berkongsi tanah dengan pokok bunga kemuning, pokok kari dan pokok cili api. Bersempit di atas tanah seluas 4 x 2 kaki...dah macam setinggan. Moga kalian boleh intim dan berbuah lebat.


Anak pokok Betik Sekaki yang telah dipindahkan ke dalam poliybag pada 15 May 2019.

Saturday, 24 August 2019

POKOK BUAH NONA



Cuti sekolah baru ni balik klate umah pak sedara di machang kenduri kahwin sepupu dapat merasa buah NONA yg masak. Isinya seakan buah durian belanda tp rasanya sangat manis. Sedap! Teruja dengan rasanya yang sedap E-na simpan bijinnya untuk disemai.


Ni biji buah nona...ada dalam 15 butir biji dalam sebiji buah yang kami makan...dah buang 2/3 biji kot. E-na dah semai seminggu tp belum nampak tumbuh lagi.


 Ni pulak anak pokok nona Pak sedara bagi bawa balik. Jauh tu perjalanan anak pokok ni, dari machang ke Jertih, balik pahang dulu then baru sampai shah alam. Moga membesar sihat dan berbuah lebat ye.

Tuesday, 20 March 2018

BAJA KULIT BAWANG


Kulit bawang boleh dijadikan baja untuk pokok-pokok yang di tanam di halaman rumah. Selain tidak memerlukan sebarang kos ia juga dapat memberi manfaat kepada pokok. 


Antara manfaat kulit bawang kepada pokok adalah dapat menyuburkan pokok, menggalakkan pertumbuhan daun baru dan mempercepatkan proses pengeluaran buah dan bunga. Seeloknya daun bawang direndam semalaman dan disiram disekeliling pokok bersama kulitnya sekali. 


Tapi E-na nak senang tanam je dalam tanah di pangkal pokok macam dalam gambar di atas. 

Monday, 9 October 2017

BIJI BENIH TANGAN HIJAU


Biji Benih yang di order dah ada di tangan. 28 jenis semuanya....huhuuuu jenuh nak cari tanah nih...Untuk yang minat menanam dan ingin membeli pelbagai biji benih bolehlah intai FB BIJI BENIH TANGAN HIJAU. Semua benih beharga RM2 sepeket + kos poslaju RM7.

Benih kacang botor, bendi panjang, terung ungu, timun mini, kacang buncis kuning, kacang buncis hijau, kacang buncis ungu dan asparagus.

Biji benih bayam merah, daun ketumbar, kailan jepun, daun sup, kailan hong kong dan ruby pak choy,

Biji benih capsicum oren, capsicum hijau,capsicum merah, capsicum kuning, tomato pink king, tomato golden balcony, edamame (2 packs)

Ini pula biji benih buah-buahan...Gojiberry, strawberry spinach dan betik sekaki.

Benih bunga matahari, cosmos dazzler red, cosmos candy stripe, cosmos shells mixed dan Mexican giant sunflower.

Free gift dari Biji Benih tangan hijau: Ya Allah Alhamduliallah 3 jenis benih untuk freegift. Sukanyaaaaa...Tq Pn. Ainon

Saturday, 6 May 2017

Kos Berkebun


Free gift...happy  ;-)




Tanah Merah Bakar 12 packs RM20 
Tanah hitam RM1.90 x 10 packs RM19
Tanah Organik 28L RM11
Pokok Mandevilla Putih RM15
Pokok Mandevilla Merah RM15
Pokok Air Mata Pengantin RM15 x 2 RM30
Pokok Alamanda kuning menjalar RM10
TOTAL                                                    RM120






Friday, 28 April 2017

BUNGA RAYA PURPLE 2 LAPIS


Pokok Bunga Raya Singapore kata penjual di nursery bukit kuda. Masa beli pokok belum berbunga. Bila dia kata bunga raya ni warna purple terus nak beli. Ni dapat tengok bunganya kembang, wow cantik bunga raya purple dua lapis.



Harga RM12 sepokok masa beli aritu. Bena putih suka sangat menumpang kat pokok ni. cepat je datang semula selepas sembur racun...minat betul dia.


Thursday, 27 April 2017

BAJA AB DAN BROGARD LISA DALAM KEBUN ADA TAMAN



Baja AB dan racun Brogard yang di beli dari Puan Lisa FB dalam Kebun Ada Taman telah sampai pd 18 april 2017. Ada free gift biji kangkung. Thanks a lot ye Lisa. Kos Baja AB dan Brogard RM60 termasuk postage. Jika ada yang berminat bole contact puan Lisa di Fb Dalam Kebun Ada Taman.

Wednesday, 19 April 2017

Sungai Buloh Syurga Peminat Pokok


Hasil tinjauan bersama hero cilik ke Nursery Sungai Buloh pada cuti sekolah bulan Mac yang lalu. Memang penuh si hijau miniku dengan pokok-pokok dan batu-batu kebun.





Harga Pokok di Nursery Sungai Buloh

4 pokok bunga kertas RM27.50
     *Pokok Bunga Kertas mix 2 colour pink and putih RM7
     *Pokok Bunga Kertas daun batik orkid pink RM7
     *Pokok Bunga Kertas daun batik orange merah RM7
     *Pokok Bunga Kertas kawin purple maroon+ orange RM6.50
5 pokok bunga raya  RM64
     *Pokok Bunga Raya Merah RM14
     *Pokok Bunga Raya Merah berlapis RM10
     *Pokok Bunga Raya orange stripes RM14
     *Pokok Bunga Raya Pink putih RM14
     *Pokok Bunga Raya purple berlapis RM12
2 Pokok tokeng RM20
3 bag batu putih RM12 x 3 = RM36
5 stepstones corak kayu RM17 x 5 = RM85
10 small stepsons RM5 x 10 = RM50
6 pokok kaktus mini  RM20

JUMLAH RM302.50

Tuesday, 14 March 2017

POKOK BUNGA RAYA PINK BERLAPIS


Habis keje ptg tadi sempat singgah nursery pokok di Bukit Kuda. Dapat 2 pokok bunga raya kuning besar RM10 dan bunga raya pink berlapis RM15 serta 3 biji pasu warna biru dengan harga RM7 sebiji. Total RM45. Cash ada RM30 hutang lagi RM15. Dah kenal punya pasal, percaya je bagi hutang. Esok on the way balik meeting kena singgah bayar hutang pulak. Errmmmm silap-silap sangkut pulak pokok lain.

Wednesday, 8 March 2017

BUAH TOMATO DARI TAMAN KEBUN MINI



Ada beberapa pokok tomato dalam pasu di taman kebun mini E-na yang sedang mengeluarkan hasil dan sudah mula dipetik beberapa minggu lepas. Hari ini baru sempat snap sekeping gmbr buah tomato untuk di abadikan dalam alam maya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...