Saturday, 24 July 2010

:-> Telur Dadar Bersayur

Telur Dadar Bersayur versi ala-ala Japanese Rolled Omelet (Tamago Yaki). Sangat mudah untuk disediakan dan tentunya dapat menarik anak-anak untuk makan sayur. Bendi dan Tomato Ceri yang interpreme tu dipetik segar dari mini edible garden E-na. Sedap makan bendi mentah sebagai ulam. Tomato ceri tu pula manis rasanya....

Telur yang di masak begini juga biasanya di buat sushi. Telur untuk sushi u manis2 sikit rasanya. Kepal-kepal nasi jepun, letak telur kat atas dan balut dengan sedikit nori...dah siap sushi yang sedap...Yang E-na buat ni versi tekak melayu yang nak telur dadar masin2 gitu...saja buat dadar yang bergulung...nak buat dadar biasa pun boleh, makan panas2 memang sedap!


Resepi Telur Dadar Bersayur

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur - di cuci
  • carrot - di dadu halus
  • kobis - di dadu halus
  • piman merah dan hijau / capsicum/ cili besar - didadu halus
  • garam dan perasa(jika suka)

Cara Menyediakannya :
  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk, masukkan garam, perasa dan kacau rata.
  2. Masukkan semua sayur dan kacau.
  3. Panaskan pan dengan sedikit minyak.
  4. Tuangkan satu pertiga dari telur tadi.
  5. Bila atanya agak beku gulung telur dan letakkan di tepi pan (masih dalam pan).
  6. Letak sedikit minyak dan masukkan pula separuh dari baki telur tadi.
  7. Biarkan telur melekat/ke bawah telur yang telah siap tadi.
  8. Bila agak beku gulung telur yang mula-mula masak tadi bersama telur yang baru.
  9. Ketepikan di dalam pan yang sama juga.
  10. Seterusnya tuangkan semua baki telur dan buat seperti langkah 7 dan 8.
  11. Angkat dan potong mengikut kreativiti masing-masing.
  12. Sedia untuk dihidangkan. Sesuai di makan dengan nasi putih, pulut kuning, atau sushi.

:-> Agar-agar Laici



Resepi Agar-agar Laici

Bahan-bahan
  • 1 bungkus solid agar-agar (+- 20gram)
  • 170 gram gula
  • 1200 ml air + air laici
  • 1 tin laici
  • Sedikit Pewarna
Cara-cara :
  1. Rendam sekejap agar-agar supaya lembut.
  2. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar hancur.
  3. Masukkan gula, kacau sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan laici yang telah di hiris halus. Kacau dan tutup api.
  5. Jika mahu warnakan boleh dibahagikan mengikut warna kesukaan.
  6. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.
  7. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!

Friday, 23 July 2010

:-> Blog Lawa Gila Award


Macam-macam award ada kat alam maya ni.... kali ini Lovely Kitchen terima award dari Izah yang suka sangat dengan muffin. Blog Lawa Gila Award....he he lawa ke? Tak kisahlah kan lawa ke tak yang penting perkongsian ilmu untuk manfaat bersama. Segan juga nak ambik award ni tapi dah orang kasi tak baik menolak kan...angkut juga bawa balik....seperti biasa E-na tak dapat untuk mengangkut tugasan yang di beri. Harap Izah tidak berkecil hati. Apapun terima kasih atas ingatan ini...E-na amat menghargainya....Thanks so much!!!

:-> Pokok Bendi / Kace Mior / Okra


Bendi atau di kelantan di kenali sebagai 'Kace Miorr', kalau di barat di panggil 'Okra' dan di jepun pula di panggil 'Okura'. Pokok Bendi yang di tanam dari biji benih. Semai dalam 10 bekas tapi adalah 7 pokok yang membesar elok dan berbuah. Kat Jepun ni harga bendi agak mahal. Satu pek dalam 10 biji bendi kiut miut tu 150 yen. Lebih kurang RM5.50. Tapi nak makan beli juga. Yang tanam ni minat suka-suka untuk pandangan mata bila bangun dari tidur tapi dapat juga makan sikit-sikit.

Gambar kat atas tu 5 batang pokok bendi di balkoni depan. Ada 2 pokok lagi dalam pasu. Sebelah kiri tu pokok kesum. Dah banyak membiak tapi sekarang ni sedang diserang hama...banyak sangat...dah try racun organik...ok mati hama tu tapi pas tu ada pulak hama baru...aduiiii nak kena meracun selalu nampaknya...harap kesum tu dapat bertahan....

Bendi kat atas ni baru je petik. Selain dari goreng, singgang , celur atau kari E-na juga suka makan bendi mentah...fresh kan! Makan dengan sambal belacan ke sambal tempoyak ke atau cicah budu pun sedap! Tapi AWAS bendi tak elok sangat diamalkan untuk orang perempuan. Takpe makan bendi makan jamu so balance kan..... he he...

Bunga bendi pun cantik juga. Cuba perhatikan pada batang2 bendi tu terdapat bulat2 putih macam air tu.....E-na tak tahu benda apa tu....tapi mmg banyak pada pokok bendi....bahaya ke? kalau ada masa e-na picit je benda tu...lembut macam gel...

Masa mula-mula nak hidup dulu macam susah je tapi sekarang alhamdulillah dah banyak putih buah yang keluar.....nak makan nasi g ambik bendi dulu dan cili api fresh dari pokok buat ulam...terasa macam kat kampung pulak..;-)

Wednesday, 21 July 2010

:-> Prosperity Burger


Breakfast dengan Prosperity Burger ala-ala Mc Donalds. Namanya pun ala-ala je so rasa burger ni tak delah sebijik macam yang kat Mc D tu.... Kalau dapat buat rasa sama macam Prosperity Burger Mc D tu mesti Lovely Kitchen dah boleh buka Kedai Burger kat Nagoya ni...;-p

Resepi boleh tengok di blog Kak Ina KL, E-na skrg banyak virus M. M---s nak taip resepi. Nanti pandai-pandailah adjust ikut citarasa masing-masing ye....Selamat Menjamu Selera...

Monday, 19 July 2010

;-> Jom Tanam Kobis Bulat


Tiada dalam perancangan nak tanam kobis tapi bila jumpa anak kobis ni terus je beli. Seronok juga tengok perkembangan kobis bulat ni dari hari ke hari. Menjaganya pun senang tak pernah lagi sembur sebarang racun setakat ini sebab tiada serangan serangga yang serius.


Cuma ada ulat berwarna kelabu yang suka makan daunnya semasa kobis ini masih kecil seperti gambar di bawah. Minta hubby je buangkan ulat tu, E-na geliiiii....eeeiiii!!! adalah 2 ekor..lepas tu dah tak de lagi.


Bukan banyak pun pokok kobis ni cuma sepokok je buat pameran..hihiiii...bagi kawan-kawan yang ada tempat dan ruang yang sesuai boleh cuba tanam pokok kobis bulat ini di dalam pasu. Cuma kena selalu siram sebab cuaca panas sekarang.

Mula-mula beli letak dalam planter box...Tu daun kuning sikit kan.. Gambar di atas pada 8 May 2010.

Yang ini pada 10 May 2010...teruja sangat nak tengok kobis ni membesar.;-)


Gambar di ambil pada 27 May 2010. Masa ni dah tukar pasu yang lebih besar.



Dah besar pokok kobis ni, gambar pada 7 July 2010...bilalah boleh di ambil kobisnya.... suspen juga...;-p

Thursday, 15 July 2010

:-> Tuna Eggplant Pizza


Doh pizza yang lembut. Mudah untuk disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang biasanya ada di rumah. Kegemaran seisi keluarga. E-na suka menggunakan resepi doh ini yang sentiasa lembut walaupun sejuk. Resepi yang sama E-na guna untuk buat Roti sosej Mini Gebu.


RESEPI TUNA EGGPLANT PIZZA

Bahan-bahan untuk Doh
(2 keping pizza saiz diatas)
  • 250 gram tepung gandum
  • 140 ml fresh milk
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Bahan-bahan untuk Topping
  • Sos Pizza
  • 1 tin kecil tuna (80g) - dibuang minyaknya / air
  • Terung - dihiris nipis
  • Mozarella cheese

Cara-cara:
  1. Untuk penyediaan doh pizza, masukkan semua bahan KECUALI garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sehingga rata.
  2. Kemudian masukkan garam dan uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin elastik dan tidak melekat ditangan.
  3. Buatkan sebiji bulat besar dan tutup mangkuk dengan plastik cling / plastik wrapping atau kain lembab.
  4. Biarkan doh naik dan mengembang dua kali ganda lebih kurang 30 -45 minit.
  5. Seterusnya keluarkan angin di dalam doh dengan menumbuk doh. Bahagikan kepada 2 bahagian. Bulat-bulatkan.
  6. Di atas tray pembakar yang di alas cooking sheet, ambil satu bahagian dan tekan doh menjadi bulat leper seperti gambar di atas. Ulang langkah ini pada satu bahagian lagi.
  7. Biarkan doh naik sekali lagi selama lebih kurang 30 minit atau 2 kali ganda.
  8. Sapukan sos pizza di atas permukaan doh.
  9. Tabur Mozarela cheese, susun terung dan tuna.
  10. Kemudian tabur mozarella cheese sekali lagi di atasnya.
  11. Bakar dengan suhu 180 selama 15 minit atau sehingga masak.
  12. Keluarkan dari oven dan potong untuk di makan. Sedap di makan bersama sos kesukaan anda atau makan begitu sahaja. Selamat Mencuba!

NOTE : Boleh buat sos pizza sendiri guna resepi sos bolognese.

Wednesday, 14 July 2010

:-> Inspiration Award

Yeay! Dapat Award lagi....Terima award yang colourful dari Sweetsal. Thank you sis atas ingatan ini....terharu weh!

Seperti biasa kepada pengunjung LK yang berminat dengan award ini boleh angkut bawa balik dan tinggalkan mesej di ruangan komen untuk E-na link kan blog anda.

:-> Kuih Lopes

Sape suka makan kuih ni? Dibuat dari beras pulut bersalut kelapa parut muda dan disiram dengan air gula. E-na buat untuk breakfast pagi tadi, resepi campak-campak sesuka hati dan sesedap rasa. Alhamdulillah sedap...(Sape lagi nak puji kalau tak sendiri puji kan..kikiki)

Seperti biasa kuih macam ni Kakak Damia memang suka sangat...Adik Shasya tak layan dia manis-manis. Lebih suka makan pulut dengan telur dadar je....Hafiy pula lopes makan, pulut telur dadar pun makan...senang.

Dari mana pulak asalnya nama Lopes ni sape tahu????

Tuesday, 13 July 2010

:-> Halba


Gambar halba E-na upload untuk pengunjung yang bertanya masa E-na publish Nasi Lemak Harum Halba. Banyak kegunaan halba dalam masakan bagi yang suka akan baunya. Boleh digunakan untuk memasak nasi lemak, asam pedas, kari, putu halba dan macam-macam lagi. Boleh rujuk Wikipedia untuk info selanjutnya dan boleh juga tengok gambar halba di sini.

:-> Roti Sosej Save Budget


Resepi ini tidak menggunakan Bread Maker dan juga tidak menggunakan tepung roti. Juga tanpa penggunaan telur, water roux, bread softener dan bread improver tetapi roti tetap lembut dan gebu walaupun sudah sejuk.

RESEPI ROTI SOSEJ MINI GEBU

Bahan-bahan :
  • 250 gram tepung gandum
  • 140 ml fresh milk
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 - 2 sudu kecil dry yeast (Biasa E-na letak 2sk, ada masa dry yeast nak abis dpt 1 lebih sikit je, tapi jadi lembut gak)
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Bahan sampingan:
  • 12 batang sosej direbus, toskan dan dipotong dua (24 batang)
  • Sedikit marjerin untuk di sapu pada roti (optional)

Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan KECUALI garam ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan garam dan uli sehingga doh menjadi licin elastik dan tidak melekat ditangan atau selama 15 minit *E-na uli 15 minit*. (Kadang-kadang 10 minit pun dah dapat doh yang cantik)
  3. Buatkan sebiji bulat besar dan tutup mangkuk dengan plastik cling / wrapping atau kain lembab.
  4. Biarkan doh naik dan mengembang dua kali ganda lebih kurang 30 -45 minit.
  5. Seterusnya keluarkan udara di dalam doh dengan menumbuk doh. Bahagikan kepada 24 bahagian. Bulat-bulatkan.
  6. Ambil satu bahagian dan buatkan panjang kemudian lilit pada sosej. Selitkan kedua-dua hujung ke dalam dengan kemas supaya tidak terbuka semasa proses pengembangan doh. Tinggalkan sedikit ruang dihujung sosej dengan tidak berbalut dengan doh supaya bila doh mengembang doh tidak terkeluar dari sosej.
  7. Ulang langkah 6 sehingga selesai.
  8. Biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 30 minit.
  9. Bakar dengan suhu 180 degree sehingga masak selama 12-18 minit bergantung kepada jenis oven.
  10. Sapu marjerin di permukaan roti untuk mengilatkannya. Kalau tak sapu pun tak apa rasa tetap sama. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

NOTE :
  • Doh ini juga boleh di gunakan untuk membuat pizza atau bun berinti.

TIPS :
  • Elak dari mencampurkan dry yeast sekali dengan garam kerana garam boleh mengurangkan keaktifan dry yeast.
  • Jika menggunakan BM , garam di masukkan dahulu dan dry yeast di atas sekali (buat lubang atas tepung).
  • Simpan roti yang telah disejukkan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan dari menjadi keras kerana terkena udara.

( My friend leen , sorry tak sempat nak publish resepi ni last night...;-)



Friday, 9 July 2010

:-> Puteri Ayu Lompang


Baru je beberapa hari lepas buat Kuih Puteri Ayu. Rasa tak puas lagi menikmati kelembutan sang puteri, tu yang merajinkan diri buat lagi...kali ni 2 bancuhan terus...puas hati melantak!

Kuih Puteri Ayu telah di lompangkan. Pinjam baju mek lompang untuk siapkan 2 bancuhan Puteri Ayu. Acuan Puteri ayu tak cukup tapi hati geram nak makan banyak so pakai kan baju lompang kat puteri ayu...nasib baik puteri sorang ni tak pandang darjat...elok je dia naik gebu walaupun dalam acuan lompang. Sungguh mulia hatimu tuan puteri...;-p

Jadi kepada yang nak mencuba resepi ini tapi tiada acuan boleh guna acuan lompang atau cuba acuan jelly mungkin boleh guna loyang besar curah je semua bila dan masak sejukkan, potong je (yang ni cadangan, e-na pun lum try lagi...kalau x jadi sendiri tanggung ek...hihii)

Memang lembut, gebu, moist dan secukup rasa kuih puteri ayu ni...tidak rugi mencuba.

RESEPI PUTERI AYU

Bahan-Bahannya

(20-25 biji)


Bahan A:

  • 1 biji telur gred A
  • 80 g gula halus
  • 80 ml santan dalam tin
  • 90 g tepung gandum*
  • 1/2 camca besar tepung ubi* (*disatukan dan diayak)
  • 1/2 camca teh ovallate
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Bahan B:

  • 3/4 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan santan dalam tin (agak2 tau, rasanya tak perlu habiskan, agak2 lembab je)
  • 1 camca besar tepung jagung (kali ni E-na guna tepung ubi)
  • 1/4 camca teh garam halus ( jangan habiskan, rasa dulu)

Cara membuatnya:

  1. Gaul semua Bahan B sehingga rata.
  2. Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa yang telah dicampur garam & tepung tadi.Tekan sampai padat. Ketepikan.
  3. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan perisa padan, pewarna hijau dan gaul rata.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati.
  5. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. Kukus atas air mendidih selama 7 minit. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan. Selamat Mencuba!
NOTE : 2 bancuhan di atas menghasilkan lebih kurang 20 biji acuan puteri ayu dan 18 biji acuan lompang


TIPS
  • Pastikan acuan di sapu minyak dengan RATA supaya tidak melekat.
  • Kelapa kering di gaul dengan santan supaya rasa lemak-lemak kelapa, tak lah rasa macam kelapa kering sangat kan..;-p


Thursday, 8 July 2010

:-> Banana Pancake aka Lempeng Pisang


Banana Pancake nama glamor...Lempeng Pisang, Kakak Damia kata nama tak best tapi makan sedap! Sedap-sedap pun lambat je surut lempeng tu... Bila siram chocolate syrup hershey's dan tabur coloured chocolate rice baru laku... tapi sampai petang juga nak habis kan 3 keping lempeng...


Lempeng pisang yang lembut walaupun dah sejuk. Kalau ada daun pisang masa melempeng tu letak daun pisang atas pan dan adunan dia tas daun pisang lagi wangi lempeng ni kan...sebenarnya tak bagi lempeng melekat pada kuali. Maklumlah orang dulu-dulu mana mampu nak beli non-stick pan semua tu kan. Sekarang sapu minyak sikit pada non-stick pan dah boleh dapat lempeng yang licin jelita gitu....Mari kita tengok resipinya...

RESEPI BANANA PANCAKE aka LEMPENG PISANG

Bahan-bahan
  • 350 gram pisang masak - dilenyek (3 biji pisang besar)
  • 30 gram gula
  • 120 gram tepung gandum (1 1/4 cawan)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Pisang dibunag kulit dan di lenyek sehingga hancur.
  2. Masukkan gula, tepung gandum, garam dan baking powder. Gaul rata.
  3. Dengan menggunakan api perlahan, panaskan non-stick pan dan leserkan sedikit minyak masak.
  4. Sendukkan bancuhan ke dalam pan dan leperkan menjadi bulat.
  5. Biarkan sehingga nampak berlubang-lubang di atasnya dan terbalikkan.
  6. Angkat bila sudah masak.
  7. Ulang langkah 4 sehingga habis. Adunan ini menghasilkan 3 keping lempeng seperti saiz diatas.
  8. Boleh di makan begitu sahaja atau di siram dengan madu, cake syrup, chocolate syrup atau apa-apa jem kesukaan anda. Selamat Mencuba!
Note : Sedap juga di tambah dengan sedikit kelapa parut jika suka.


TIPS

UNTUK MENDAPATKAN PERMUKAAN PANCAKE YANG LICIN SEKATA WARNANYA DAN TIDAK BERTOMPOK-TOMPOK
  • Sapu minyak masak pada pan dengan menggunakan KAIN atau TISU dan pastikan TIADA MINYAK yang berkumpul di permukaan pan.


:-> Laksam MIL


Laksam Kelantan memang antara makanan kegemaran di Lovely Kitchen. Buat laksam menggunakan tepung beras yang MIL kirim dari Malaysia masa hubby balik sekejap ke kg end of may baru ni. Ulam-ulam dalam gambar kat atas tu my husband yang hiriskan dan katanya timun tu hiris cara dia, cepat sikit siap, ;-p...dapat makan bunga kantan fresh kiriman mak...complete segala ulam, ada daun kesum, bunga kantan, taugeh...cuma kacang panjang tak ada....nanti kalau pokok kacang panjang berbuah boleh makan dengan laksam...he he berangan!

Laksam ni sensitif sikit kalau tak kena tepungnya lamalah nak adjust supaya menjadi cantik dan rasa sedap tidak 'berselut'.

Masa buat laksam yang sebelum ini guna tepung yang ada di jepun so terpaksa tambah dengan sedikit tepung gandum untuk jadi cantik...boleh tengok disini...tapi kalau guna tepung beras yang biasa MIL e-na guna ni tak perlu tambah tepung gandum dan insyaallah memang akan jadi laksam tu nanti.

Tapi kan bila nak taip resepi kat sini E-na dah confuse sukatan air yang e-na guna ari tu. Selalunya kalau bancuh adunan laksam dgn MIL, dia kata agak2 je sukatan airnya...so nanti bila E-na buat lagi E-na bagi resepi yang tepat dan gambar tepung beras yang biasa MIL E-na guna ....kepada yang ingin mencuba tak perlu risau laksamnya tak jadi. Sabar ye...;-)

Tuesday, 6 July 2010

:-> Pokok Cili Hijau


Pokok Cili Hijau di Kebun Mini Lovely Kitchen.

Bunga cili yang masih belum kembang.


Putih berseri kan?


Dah keluar buah cilinya..tapi masih kecil...


Yang ini dah boleh di petik. Sape nak angkat keyboard!

Sukanyaaa tengok cili-cili yang bergayut... setiap masa dok mengadap pokok-pokok ni...tak perlu nak pakai selipar pun kalau nak petik. Buka je sliding door dah boleh capai cilinya. Kerja-kerja menyiram dan menjaga pokok-pokok semua di lakukan dari dalam rumah. He... he... 'besar'kan kebun kita...;-p

Nak Tengok Pokok lagi?

*Kacang Buncis

*Tomato

*Timun Jepun

*Pokok Terung

*Pokok Daun Sup

*Pokok Daun Kesum

Monday, 5 July 2010

:-> Puteri Ayu

Kuih favorite E-na! Thank to Aymy sebab masa E-na dalam dilema nak cuba resepi mana dulu Aymy buat n3 tentang kuih Puteri Ayu. Bila baca komen peribadi Aymy tentang resepi ni terus hati terpaut untuk mencuba.

Resepi asal dari Cik Mat Gebu tapi bila selongkar Dapur Tanpa Sempadan tak jumpa pulak resepinya jadi tak dapat nak link kan kat sini.. Sorry ye Cik Mat pepagi dah bersepah dapur kena geledah...he he kalau CMG terbaca n3 ini dan ada resepi puteri ayu dalam Dapur Tanpa Sempadan bagitahu E-na nanti boleh E-na link kan...A Million thanks to CMG and Aymy. (Happy giler sebab kuih favorite menjadi dengan jayanya...puashati sangat dengan percubaan pertama ini) Lain kali boleh try resepi lain pula...ada cadangan tak resepi puteri ayu mana lagi yang sedap???

Seperti biasa resepi di bawah telah di sesuaikan dengan keadaan dan tempat semasa Lovely Kitchen... kira macam Puteri Ayu di Perantauan....semua bahan segera je...;-)

Bagi yang bekerja juga rasanya sesuai guna bahan-bahan segera macam ni...senang kan ada stok kelapa kering dan santan dalam tin di rumah. Nak buat kuih tengah2 malam pun boleh...beza ke rasanya? Guna bahan semulajadi dengan bahan2 segera mmglah tak sama tapi percayalah tetap sedap jika pandai mengolahnya...


RESEPI PUTERI AYU

Bahan-Bahannya

Bahan A:

  • 1 biji telur gred A
  • 80 g gula halus
  • 80 ml santan dalam tin
  • 90 g tepung gandum*
  • 1/2 camca besar tepung ubi* (*disatukan dan diayak)
  • 1/2 camca teh ovallate
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Bahan B:

  • 3/4 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan santan dalam tin (agak2 tau, rasanya tak perlu habiskan)
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 1/4 camca teh garam halus ( jangan habiskan, rasa dulu)

Cara membuatnya:

  1. Gaul semua Bahan B sehingga rata.
  2. Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa yang telah dicampur garam & tepung tadi.Tekan sampai padat. Ketepikan.
  3. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan perisa padan, pewarna hijau dan gaul rata.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati.
  5. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. Kukus atas air mendidih selama 15 minit (E-na kukus 7 minit je). Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan. Selamat Mencuba!

TIPS
  • Pastikan acuan di sapu minyak dengan RATA supaya tidak melekat.
  • Kelapa kering di gaul dengan santan supaya rasa lemak-lemak kelapa, tak lah rasa macam kelapa kering sangat kan..;-p

Sunday, 4 July 2010

:-> Agar-agar Roti

Musim panas ni sedap makan dessert sejuk. Minggu ni tak putus agar-agar dalam fridge. Kali ini try resepi Mas Duniaku, menggunakan roti. Sebelum tu nampak kat umah Mamafami, bila mama mention resepi dari rumah Mas, terus terjah dapur Mas pula.

E-na terlepas pandang step yang ke 8 so dah jadi rainbow pulak agar-agar E-na. Sepatutnya tuang habis satu2 bahagian tapi E-na buat selang seli...minta ampun tuan resepi ye...he he

Resepi asal boleh tengok kat blog Mas dan blog Mamafami pun ada. Di bawah ni sukatan yang e-na buat untuk rujukan lain kali. Thanks Mas for the nice recipe. Thanks to MamaFami juga...wink! wink!


RESEPI AGAR-AGAR ROTI

(Loyang 4 segi 20cm)

Bahan :
  • 20 gram solid agar - agar ( 1 bungkus)
  • 1000 ml air
  • 200 gram gula
  • 200 ml fresh milk
  • 150 gram roti sandwish
  • 1 biji telur
  • 3 jenis pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Di dalam mangkuk masukkan telur dan fresh milk, kacau rata.
  2. Masukkan roti yang di koyak-koyakkan, gaul rata.
  3. Apabila roti kembang, blender hingga halus.
  4. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan.
  5. Masak agar, agar dengan airsehingga hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  6. Masukkan gula, apabila gula telah hancur masukkan bahan - bahan yang diblender tadi dan esen vanila. Kacau sekejap dengan api perlahan.
  7. Bahagikan ke 3 bahagian dan masukkan warna setiap bahagian. Kacau rata.
  8. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras. ( E-na terlepas pandang, tu yang jadi rainbow pulak)
  9. Sejukkan di dalam peti sebelum dipotong. Selamat Mencuba!