Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.
Ada pelbagai cara memasak Pulut Kuning dan Pulut Pagi. Antaranya pulut direndam dengan kunyit dan asam keping, dikukus dan digaul dengan santan kemudian dikukus semula. Mengukus pulut cara tradisional seperti ini akan menghasilkan pulut kuning yang cantik berkilat dan masak lembut sekata dan tidak lembik. Boleh tengok disini cara memasaknya.
Selain itu Pulut Kuning juga boleh di masak menggunakan rice cooker. Kaedah ini agak senang cuma memerlukan banyak kali percubaan untuk mendapatkan sukatan air yang sesuai dengan beras pulut. Jika tidak kemungkinan pulut akan menjadi lembik dan tekstur beras pulut akan hancur. Tengok disini cara memasak pulut kuning menggunakan rice cooker.
Lagi satu cara menggunakan periuk dan di masak di atas dapur. Biasanya cara ini digunakan mak E-na untuk memasak pulut pagi untuk di makan bersama kelapa(agak muda) parut diagaul dengan sedikit garam dan di makan dengan ikan masin/kering. Sedap ni!.
Kali ini E-na nak kongsikan cara paling mudah mengukus pulut kuning juga pulut pagi atau apa2 jenis pulut. Cara ini juga yang E-na guna untuk mengukus pulut untuk di buat Lemang Tanpa Buluh, Lemang Pulut Kuning Special dan Pulut Kuning Sambal Ikan Bilis
RESEPI PULUT KUNING KUKUS MUDAH
(6-8 orang)
Bahan-bahan:
- 500 gram beras pulut
- 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
- 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
- 1 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu kecil garam
- 1-2 sudu besar gula (2 sb gula pulut terasa manis2 sesuai untuk pulut semangat)
- 5 inci daun pandan / sehelai
- beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (tidak perlu pewarna jika mahu pulut putih, boleh letak warna lain yang di sukai/ mengikut kesesuaian kuih)
- Loyang 20cm / 8 inci
Cara-cara:
- Panaskan peiuk kukus yang telah diisi air.
- Cuci beras pulut seperti biasa.
- Masukkan ke dalam loyang. Rujuk gambar 1.
- Kemudian masukkan santan, air, pewarna kuning, garam, daun pandan dan minyak masak ke dalam loyang yang berisi pulut tadi. Kacau rata. Rujuk gambar 2 dan 3.
- Bila air di dalam periuk kukus telah mendidih, masukkan loyang ke dalam periuk kukus lapisan atas. Tutup kukusan. Rujuk gambar 4.
- Set timer selama 30 minit.
- Kacau pulut setiap 10 minit. Rujuk gambar 5.
- Selepas 30 minit, juka pulut masih tidak masak masukkan 1-2 sudu besar air panas, kacau dan kukus semula 10 minit.
- Bila pulut sudah masak, masukkan ke dalam rice cooker dan warm kan sahaja.
- Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama rendang, serunding, sambal tumis, dan apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Sukatan diatas untuk beras pulut jepun yang E-na guna. Klik di sini untuk gambar beras pulut Jepun.. Adjust sukatan cecair dengan beras pulut anda.
TIPS KUKUS PULUT MUDAH DARI LOVELY KITCHEN
- Kacau pulut setiap 10 minit untuk mendapatkan pulut yang masak sekata.
- Lebihkan santan, kurangkan air (tetapi jumlah cecair masih sama) jika mahu pulut lebih rasa lemak.
- Tambah sedikit air panas jika pulut masih belum masak sekata selepas 30 minit , kacau dan kukus lagi.
- Masukkan pulut yang telah masak ke dalam rice cooker dengan function'warm' untuk kekalkan kepanasan pulut.
- Boleh gunakan pewarna lain jika mahukan pulut bewarna merah / biru/ hijau dan sebagainya.
- Cara ini juga sesuai untuk buat pulut panggang, lopes, pulut pagi, atau apa sahaja kuih yang mernggunakan pulut yang dikukus.
Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!
aduh...sedap giler......
ReplyDeletenak balik umah suruh mak masakkan lah..
cun awk cun..!!
xyz4mir.blogspot.com
kalau buat 1/2 kg boleh la ikut cara e-na ni...ida selalu buat 1kg...tak muat la loyang tu....pengukus pun kecik ja..tu yg terpaksa kukus 2x pakai rak pengukus
ReplyDeleteTerliur tengok pulut nie..cara buat pun dah mudah yer..tak payah nak guna buluh lagi..Thanks for sharing
ReplyDeletepulut kuning....
ReplyDeletemas suka..
sedapp tu makan ngan rendang .....
maceh atas2 tips2 tu yerk ena....
tq E-na cantik warna pulutnya tu
ReplyDeleteteringin nk try yg msk dlm rice cooker tu bb xde pengukus.tapi bila tah nk buatnya..huhuu
ReplyDeletecantik nye pulut kuning akak...teringat kat mak kt kg..die suke buat ni dan pulut pagi gaul kelapa muda dan mkn ngn ikan tu..besh2...teringin nk buat...tp nk try dlm rice cooker...sng, cpt n mudah..tp, ntah bile nk smpai seru nih...ahhahaha
ReplyDeletesedapnya pulut, pulut ni memang my favourite..pekena dengan rendang, perghhh!
ReplyDeletethanks for the tips
Sedapnya pulut kuning....Tapi tak pernah buat sndiri...takut tak mnjdi.Tapi tgk resepi E-na tu,rsa macam senang jer nak buat...
ReplyDeletepulut kuning sedap tu kak. tambah makan dengan rendang ayam..:)
ReplyDeletewahh good idea..tak terpikir pun leh masak pulut kuning cara tue,,,tqvm 4 sharing...
ReplyDeleteSalam ziarah dan ukhwah,
ReplyDeleteselalu ke sini sebenarnya tp jd silent reader jer...
lama dah teringin nak buat pulut nih..huhuhu sedapnya..
ReplyDeletemacam nak try jerr...
ReplyDeleteThanx beb...dalam banyak2 cara cara yg u bagi paling berkesan!tqvm;)
ReplyDeleteTq sgt2.... nk cube lh mcm niyy....
ReplyDeleteNyum2x like palu2...
ReplyDelete1st time try buat n guna cara yg paling simple ni, alhamdulillah jdi.. n Lembut + sedap.. Terbaek la.. Tq e-Na..
ReplyDelete1st time try buat n guna cara yg paling simple ni, alhamdulillah jdi.. n Lembut + sedap.. Terbaek la.. Tq e-Na..
ReplyDeleteKalau kukus pulut dlm kyanite yg lebih banyak contoh nya 1kg brp lama masa memasak?
ReplyDeleteKalau kukus pulut dlm kyanite yg lebih banyak contoh nya 1kg brp lama masa memasak?
ReplyDeletethanks awak... sy nk try buat mengidam ni..
ReplyDeletefullamekk boleh lena kepuasann cam ni... pawerr
ReplyDelete