Thursday, 26 September 2013

Moist Pandan Muffin

Moist Pandan Muffin yang sedap! Sangat moist dan wangi bila di bakar.  Kalau guna air daun pandan lagi sedap muffin ni.  Bila banyak masa nanti boleh try dengan daun pandan pula. Buat muffin paling senang dan cepat. Gaul je semua bahan dan bakar. Tak sampai sejam dah siap kemas dapur, muffin dah masak boleh terus makan.


Muffin Pandan ini naik dengan cantik dan teksturnya memang gebu serta sangat lembab. Jika ingin menyediakan hidangan sarapan pagi atau minum petang yang cepat bolehlah mencuba resepi ini. Thanks to Aziekitchen 


E-na tabur gajus cincang diatasnya. Sebahagian dibiarkan kosong untuk memberi pilihan pada anak-anak yang tidak suka kekacang.



RESEPI MOIST PANDAN MUFFIN

Bahan-bahan:

  • 200gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder  (E-na letak 1 sudu kecil shj)
  • 1/2 sudu kecil bicarbonate soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 120gm gula kastor
  • 200ml santan - guna 100 ml santan kotak & 100 ml air
  • 100ml minyak jagung ( E-na guna minyak masak)
  • 2 biji telur
  • 1 sk pandan paste (E-na tak letak ) 
  • 1/2 sk pandan essence - (E-na letak pandan flavor bbrp titik)
  • Sedikit pewarna hijau 
  • Badam hiris atau apa yg disukai - tabur  (E-na letak gajus)

Cara cara:
1.  Panaskan oven pada Suhu 190 C. Sediakan muffin cups. 
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau         rata. 
3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna. 
4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga        sebati. 
5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam. 
6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE : E-na bakar dengan suhu 180 selama 25 minit.


Wednesday, 25 September 2013

PUCUK JENERIH




Ulam ulaman yang di beli di Pasar Stadium Shah Alam pada ahad lalu. Petai, kacang botol / kacang botor / kacang kelisa, pucuk tere / pucuk gajus dan pucuk Jenerih. Inilah salah satu kelebihan tinggal di Shah Alam. Pelbagai jenis ulam mudah didapati. Selain Pasar Stadium Shah Alam, kami juga selalu membeli ulam di Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam. Pucuk Jenerih juga selalunya ada di jual di sana. Dan kadang-kadang ulam-ulam kampung juga boleh di dapati di pasar malam sekitar Shah Alam.

Ulam yang telah siap terhidang untuk di makan pada hari minggu yang lalu. Segarrrr dari ladang kan...kesegarannya teserlah seperti baru petik di keliling rumah je.

Berbalik ke pada Pucuk Jenerih, rasanya sedap lemak-lemak mungkin ada sedikit rasa kelat (x rasa pun bagi yg minat ulam). Pucuh jenerih muda bewarna kemerah-merahan. Jika disimpan lama di dalam peti pucuk ini akan sedikit keras / liat,  tidak rapuh seperti baru beli. Seakan ianya mengalami proses tumbesaran pula.

Menurut blogger yang pakar tentang pokok, En. Adry, pokok jenerih ada 2 jenis.  Satu jenis menjalar dan satu lagi jenis pokok balak. Menurut beliau pucuk dari pokok besar lebih sedap. Jenerih juga ada dua jenis satu pucuknya hijau dan satu lagi pucuknya hijau kemerahan.  

Antara khasiat pucuk jenerih ialah membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan. (kias Fansuri di fb tv3)

Ni ulam pucuk jenerih dan  pucuk gajus sebelum di cuci. Pucuk Jenerih satu ikat RM1 dan Pucuk Tere atau pucuk gajus behaga RM2 seikat. Pucuk Tere / Gajus ada 2 jenis. Nanti E-na cerita di lain masa.

Mari kita tengok rupa pokok Jenerih. Dibawah ini gambar pokok jenerih dari blog kasutVINCCI.




Ini pula gambar pokok Jenerih di taman Ajwadamzar. kredit utk kedua pemilik gambar pokok jenerih.



Ada satu Pokok Jenerih Keramat yang berusia 200 tahun.

Besar sungguh pokok jenerih ni.

Bahawasanya dipertuturkan dari mulut ke mulut sejak dahulu kala lagi ( Generasi ke generasi) dikatakan Pokok Jenerih Keramat ini dijadikan tempat pemujaan, jampi serapah dan tempat Pemasongan jin, iblis, syaitan serta hantu jembalang yang jahat dan khianat kepada manusia.


     Pemasongan makhlok halus ini dengan menggunakan paku panjang oleh bomoh-bomoh yang masyhur setelah sehari mengubati pesakit. Paku Panjang adalah senjata utama untuk Pemasongan.


     Kesan tikaman pada pokok ini telah membentuk bengkak-bengkak dan bonggol-bonggol dibatang pokok yang mana dapat dilihat sehingga sekarang.


Info ini dari blog My Home Town. Terima kasih atas perkongsian.




Inilah serba sedikit info tentang pucuk jenerih yang sedap di makan sebagai ulam mentah. Tapi awas basuh bersih-bersih sebelum makan ya!



Tuesday, 24 September 2013

Lamanya Bercuti

Pada saat dan ketika ini, bibik menguli sedang gigih menjalankan kerjanya di Lovely Kitchen. Setelah bercuti tanpa gaji (oppss selama ni dibayar gaji ke?) selama 1 tahun 6 bulan dan hanya menjadi pameran di wet kitchen.

Sejak balik ke Malaysia, belum pernah membuat roti sendiri. Bukan malas tapi takut Kilang Roti Gardenia tutup kalau E-na rajin sangat meroti. Tengok gambar di bawah menunjukkan BM ini siap menguli pada pukul 23:42. Masih lagi waktu di Jepun. Sepatutnya 22.42 waktu malaysia siaplah doh yang diuli oleh Mr. Bread Maker yang perkasa. Tunggu kemunculan roti pertama di Malaysia ye. Itupun kalau menjadi. Kalau senyap je tak jadilah tu...huehuehue


PANCAKE BUTTERMILK PISANG DAN TIPS

Buttermilk Banana Pancake untuk sarapan pagi atau sebagai hidangan minum petang. Buttermilk Pancakes ini sangat lembut dan sedap di makan bersama Chocolate Hershey's Syrup, Madu, Pancake Syrup, Blueberry Syrup, Maple Syrup, butter, Caramel sauce, Jem, atau Ice-Cream. Kalau nak rasa kemelayuan boleh makan dengan sos cili. Rasa pedas-pedas sedap juga. Atau melayu + western boleh campur mayonaise dan sos cili makan bersama pancake. Pilihlah yang mana suka.


E-na buat mini pancake untuk minum petang anak-anak. Dengan hirisan pisang dan dimakan dengan susu pekat manis. Mama n papa makan pancake ddengan ice cream. Alhamdlillah. Hirisan pisang tulip, hirisan 6 keping dan hirisan 3 keping pisang untuk 3 orang kanak-kanak ribena di Lovely Kitchen. Shasya pilih hirisan 3 keping pisang, katanya ' Adik nak yg 3 ni  sebab pisang dia sikit'. Alahai anak semua tu sama banyak je pisangnnya. Mama letak sebiji pisang untuk sepiring pancake. Oklah tu secara tak langsung dia dah makan sebiji pisang..hihiii (depa ni dah jemu dgn pisang coz masa kat Jepun dulu boleh dikatakan hari-hari mesti makan pisang disamping buah-buah lain)


RESEPI BUTTERMILK PANCAKES

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 200 ml buttermilk (jika tiada guna alternatif di bawah)
  • 4 sudu besar susu segar/ susu cair
  • 2 sudu besar butter (dicairkan)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara Membuatnya:
  1. Kacau telur dengan whisk sekadar bergaul rata. Masukkan susu, butter cair, esen vanila, buttermilk, gula dan gara. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonate. Kacau rata.
  3. Panaskan pan. Sendukkan ke dalam pan. Tutup pan dengan tudung periuk.
  4. Masak sehingga ada buih-buih udara dan selepas buih-buih tu pecah terbalikkan pancake.
  5. Angkat dan hidangkan dengan syrup kegemaran anda. Selamat  Mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Jika tiada BUTTERMILK boleh buat begini : 200ml susu segar + 1 sudu besar cuka. Biarkan selama 10 minit atau sehingga susu menjadi agak pekat/ berketul.


TIPS PANCAKE GEBU CANTIK MENAWAN DARI LOVELY KITCHEN
  • Guna nonstick pan. Tidak perlu isi minyak masak. Pancake akan sekata warnanya tidak bertompok-tompok. 
  • Bancuhan dibiarkan sekejap sebelum di masak. Dalam 10 minit supaya ianya mesra gitu.
  • Masak dengan hati girang ceria penuh kasih sayang...jangan stress...baru masakan menjadi lebih sedappp!!! :-)

Monday, 23 September 2013

Kuih Lapis Pelangi Yang Gorgeous!

Sayang nak makan. Sungguh cantik dan kemas sekali kejadian Kuih Lapis Pelangi ni. Terpegun dengan kepakaran si pembuatnya. Pada E-na ianya sungguh perfect. Gabungan warna-warna pelangi yang indah. Rasanya juga sedap!


Ada yang berminat? Boleh dapatkan Kuih Lapis Pelangi ini di Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam. Sebelum ni satu pack berharga RM3.00. Tapi selepas harga minyak naik 20 sen, kuih ni pun naik 20 sen. Jadi RM3.20 satu pack. Mahal ke...kalau di nilai dengan kesenian, ketelitian, kekemasan dan paling penting kesedapan yang ada pada kuih lapis pelangi ni tak lah rasa mahal. Bukan mudah untuk menghasilkan kuih secantik ini. Tahniah pada pembuatnya. E-na sungguh kagum. Sebelum makan puas dok belek-belek sambil memuji keindahannya. Subhanallah.


Sunday, 22 September 2013

BEPANG BADAM / FLORENTINE COOKIES/ ALMOND CARAMEL / CRUNCHY ALMOND BAR

Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Bepang Badam yang sangat ranggup ditambah dengan rasa lemak sunflower seeds dan pumpkin seeds serta bijan hitam sebagai penyeri menjadikan biskut ini disukai ramai. Ada yang memanggilnya Florentine Cookies sempena dengan nama tepung khas yang digunakan untuk membuat bepang ini. Ia juga dikenali dengan nama Chrunchy Almond Bar, Almond Caramel, Nutty Thins, Nutty Crispy, dan Mix Crispy Nuts Cookies. Uisssh macam-macam nama di beri pada Bepang Badam ini


Membuatnya tidak susah cuma kos bahan mentah untuk biskut florentine ini agak tinggi. Jadi tidak hairanlah jika Bepang Badam ini dijual dengan harga lebih mahal berbanding dengan biskut-biskut lain di pasaran. Terima kasih pada kak Azlita Masam Manis yang telah berkongsi resepi Florentine Cookies. Resepi di bawah telah E-na sesuaikan mengikut sukatan bahan yang dibeli supaya tidak berlaku pembaziran bahan.


E-na buat Almond Caramel ni untuk Hari Raya Aidilfitri yang lalu tapi baru sekarang berkesempatan publish resepi. Di bawah ini E-na sertakan gambar bahan-bahan yang digunakan untuk memudahkan pencarian pengunjung Lovely Kitchen yang ingin mencuba.


RESEPI CRUNCHY ALMOND BAR

Bahan-bahan:
  • 600 gram tepung Bienetta
  • 500 gram badam keping
  • 250 gram biji bunga matahari / kuaci
  • 250 gram biji labu
  • 60 gram bijan hitam ( E-na tak letak)
Cara Membuatnya:
1. Badam dan biji labu di bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit, Kuaci selama 5 minit.             Biarkan sejuk.
2. Satukan semua bahan-bahan di atas dan gaul rata.
3. Panaskan oven 160 darjah celcius. Alas tray/ loyang dengan baking paper.
4. Tuangkan adunan ke dalam tray/ loyang. Ratakan.
5. Bakar selama 10 minit.
6. Angkat dan terus potong dengan pisau semasa masih panas.
7. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara. 
8. Ulang langkah 4 hingga 7 sehingga campuran bahan habis di bakar. Selamat Mencuba dari Lovely                 Kitchen.

ATAU boleh guna kaedah di bawah:

Taburkan tepung ke dalam tray/ loyang diikuti badam, biji labu, kuaci dan bijan hitam.Kemudian tabur lagi tepung di atasnya. Kemudian bakar seperti biasa.


Gambar sebelum di potong.



TIPS MEMBUAT CRUNCHY ALMOND BAR DARI LOVELY KITCHEN
  • Tutup adunan yang sudah di gaul dengan plastik wrap sementara menunggu proses membakar untuk mengelakkan ianya melekat-lekat.
  • Mesti alas dengan BAKING PAPER supaya tidak melekat.
  • Potong bepang yang sudah masak semasa masih panas menggunakan pisau. Bepang akan pecah jika dipotong apabila sudah sejuk.
  • Sejukkan sebelum di simpan.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerapuhannya.

Resepi di atas dapat menghasilkan 6 balang di bawah.



Ini  Tepung Bienetta yang E-na guna. Beratnya 600 gram berharga RM26.90.




Baking Paper yang E-na gunakan untuk membuat Bepang Badam ini. Terdapat pelbagai jenama baking paper atau cooking paper di pasaran. Baking paper ini juga e-na guna untuk alas kek atau biskut di Lovely Kitchen.


Badam Keping 500 gram berharga RM16.90




Biji Bunga Matahari aka kuaci 250 gram berharga RM3.85


Biji Labu 250 gram berharga RM7.80. Semuanya di Kedai Bakery Bagus Seksyen 13 Shah Alam.


Di bawah ini gambar tepung yang boleh digunakan untuk membuat Crunchy Almond Bar. Florenta berharga RM19.90. Gambar dari blog masam manis. Kredit to k.Azlita.


Yang di bawah ini pula tepung Bee-sting Mix dari blog Ada Apa dengan AidaDewie. Gambar kredit to Aida.



Wednesday, 18 September 2013

Kenny Rogers Roasters Vanilla Muffin

Minum petang dengan Vanila Mufin ala-ala Kenny Rogers. Tapi kalau nak manis seperti Vanilla Muffin di Kenny Rogers kena lebihkan sukatan gula. Resepi di bawah ni ngam-ngam je rasa manisnya.


RESEPI VANILLA MUFFIN
8 - 12 biji bergantung kepada saiz papercup

 Bahan-bahan:
  • 125 gram buttercup (dicairkan)
  • 80 gram gula kastor
  • 50 ml whipping cream
  • 2 sudu besar susu segar
  • 2 biji telur saiz sederhana
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 125 gram tepung naik sendiri Blue Key (Blue Key Self Raising Flour)
  • Paper Cups secukupnya
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan oven 180 darjah celcius.
  2. Cairkan butter di atas dapur. Biarkan sejuk.
  3. Satukan gula kastor dan semua bahan-bahan cair. Kacau sekadar sebati.
  4. Masukkan tepung dan gaul rata.
  5. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Tuesday, 17 September 2013

PULUT KUNING SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Pulut Kuning Kukus di makan bersama Sambal Tumis Ikan Bilis, Telur Rebus dan hirisan timun untuk lunch anak-anak 11 September 2013. Ini sahaja menu yang sempat E-na sediakan. Itupun Baby Qischa dah berbunyi-bunyi memanggil nak mama. haissh tak boleh berenggang lama sikit anak mama ni...mulalah bising jerit-jerit.

Pulut kuning yang sedang di kukus. Cara kukus boleh tgk disini. Atau cara kukus traditional disini. Atau masak guna rice cooker di sini


Kalau ada rendang ayam lagi ummmph! Tapi kalau tak de orang tolong jaga baby memang tak boleh nak masak kat dapur lama-lama. 

Di bawah ini gambar2 semasa bulan puasa 2013. Yang mana sempat di snap.

Rendang Pedas Ayam Chef Wan.


Lemang biasa dan lemang pulut kuning bersama rendang untuk jiran.


Buah Melaka aka ondeh ondeh atau buah kekoh cha di klate.


Sekadar kenangan...

Monday, 16 September 2013

Dulu BUAYA sekarang ZEBRA

Cerek cap Buaya yang telah berkhidmat selama 13 tahun telah diberhentikan perkhidmatannya dengan rasmi petang semalam. Sebagai ganti Cerek Cap Zebra menyambung tugas di Lovely Kitchen. Ada 3 pilihan warna Dark Grey, Red and Maroon. Tapi colour merah dah sold out, hubby pilih2 yang ok colour dark grey. Maximum Capasity 3.5 liter. Harga RM89.90. Whistling Kettle untuk dapur gas ini kami beli kat AEON Bukit Raja, Klang. Moga Cerek Cap Zebra boleh berkhidmat dengan lebih lama lagi.


Inilah cerek Cap Buaya pemberian Mak E-na selepas kami kawin tahun 2000. Elok lagi cuma bocor di bahagian tepi penyambung antara badan dan bawah cerek. Bila masak air banyak yang keluar atas dapur. Jadi kenalah tukar cerek baru. Terima Kasih atas service yang tip top cerek cap buaya!


Friday, 13 September 2013

Pencuci Pinggan Sunlight SALE

3 singgit! 3 singgit! 3 singgitttt! (baca ikut nada Mail dalam Upin dan Ipin ye..)  Tak percaya? Tolonglah jangan percaya...mana dapat Sunlight 3 botol RM1 kan. 

E-na nak bagitau kepada pengguna Sunlight TEGAR sekarang GIANT sedang memberikan harga promosi untuk Sunlight Lime, Sunlight Lemon atau Sunlight Cucumber (baru). RM4.49 sebotol limited 3 bottles per customer bermula 12 - 18 September 2013. 

E-na memang peminat TEGAR Sunlight. Kalau ada promosi harga murah bawah RM5 memang akan grab 3 or 4 botol. Pernah sebelum pergi Jepun, sampai 10 botol stok Sunlight kat rumah...tersusun cantik macam kat kedai. Dulu harga Sunlight lagi murah. Sekarang dah RM5.49 ke harga sebenar.


Tu ada Cucumber Sunlight...ambil satu nak try best tak. E-na suka guna LIME compare dengan LEMON. Sunlight LEMON baunya sedap tapi E-na rasa cepat je habis...mungkin kerana ianya sedikit cair atau hanya perasaan sahaja tak taulah..Sumlight LIME tahan lebih lama. Nanti kita tengok pula Sunlight CUCUMBER ni camna...OK jom cepat2 beli buat stok..:p

Monday, 9 September 2013

KREATIFNYA ANAK-ANAK YANG PERNAH TINGGAL DI JEPUN

Hari ini anak-anak tidak bersekolah  cuti sempena UPSR yang akan bermula esok 10 september 2013.  Bila bertiga ada la agenda yang mereka buat bersama-sama. Pagi-pagi lepas sarapan depa dok dalam bilik. Belum pun sempat siap apa yang depa adik beradik nak buat, Hafiy turun bagitau mama 'Mama tau tak ari ni birthday mama? Hafiy tengah buat hadiah untuk mama. Hafiy tulis HAFIY SAAAYANG MAMA. Kakak dengan adik pun tengah buat hadiah untuk mama.'

hihiiii Hafiy punya excited tak tahan nak simpan rahsia. Tapi mama diamkan je. Tunggu masa depa bagi kad di bawah baru bgtau,,Beginilah ajaran di sekolah jepun, semuanya homemade untuk diberi pada kawan keluarga sebagai hadiah birthday. Selain kad biasanya pelbagai bentuk origami yang dibuat sendiri sebagai hadiah.

Bila Papa balik kerja bawa balik kek birthday dan Mc D baru semua keluarkan kad-kad dan bagi pada mama. E-na abadikan gambar-gambar kad homemade dari anak-anak tersayang...


Kad dari Kakak Damia...


Lirik lagu Kalau Aku Kaya yang ditulis berdasarkan apa yang dia dengar...ada yang salah tu, tak pe la kakak yang penting tulisan warna merah tu kan...BUNGKUSKAN SEMUA HADIAH PADA MAMA...best tu LV ka MK ka


 Yang ini Kad dari Shasya...bersama hadiah Bottle Cap Art.

Tengok kat bawah tu tulis MAMA BUKA INI..Gambar yang dilukis tu adalah Shasya dan Mama dengan kek birthday.


Dah buka...


Yang ini kad dari Hafiy...gambar papa dan mama katanya. Hafiy dah jadi HAHIY...salah tulis la mama..;p

Ni yang Hafiy bagitau pagi tadi dia tulis  SAAAYANG MAMA!

SAAAAAAAAYANG anak-anak mama juga! Thanks so much atas kad-kad yang creative. Untuk my beloved husband, thanks for d birthday cake..hadiah boleh pilih kan kan...muaaahhhh love U!!