Tuesday, 12 February 2013

Bunga Jasmine Penambah Seri Mini Edible Garden

2 polybag pokok bunga jasmine yang di beli pagi semalam (klik disini) terus tanam di taman mini villa5522. Sebelum ini ada pokok kesum, pokok kaduk dan pokok cili tetapi semuanya mati semasa kerja2 renovation depan rumah tempohari. Tinggal pokok betik, pandan, kari dan pokok kunyit hitam sahaja yang dapat bertahan hingga ke hari ini. 

Pokok betik sudah semakin besar dan E-na sekarang menghitung hari menunggu buah betik pertama untuk masak. Cantik betiknya berbentuk panjang. Harap-harap isinya juga cantik manis bila masak nanti. Taman mini ini akan E-na serikan lagi dengan pokok-pokok berbunga sebagai penyambut tetamu yang datang. Pokok-pokok berbunga  masih dalam proses penyemaian. Tunggu hasilnya nanti bersama Container Garden yang masih dalam proses penyelenggaraan. 


6 comments:

  1. Wangilah tamannya tu E-na... lagilah kalau menjelang senja! Semerbak!

    ReplyDelete
  2. Saya suka bunga jasmine. Wangi je halaman rumah..

    ReplyDelete
  3. Cuba cari pokok ytt. Yesterday today tomorrow wangi dan cantik sbb warnya bunganya akan berubah setiap hari

    ReplyDelete
  4. hi, e-na. lama tak singgah sini. dah lama ke e-na balik msia? hobi bercucuk tanam bersambung kt msia yer. ada laman lg syok kan bercucuk tanam.

    ReplyDelete
  5. tangan sejuk...mesti menjadi tanaman :)

    ReplyDelete