Thursday, 29 April 2010

:-> Pokok Daun Sup aka Pokok Saderi


Pencarian berakhir di Nabana No Sato... jumpa juga dengan pokok daun sup! Memang setiap kali pergi home centre (di sini home centre menjual semua jenis barangan keperluan rumah termasuk pokok bunga, benih, pasu, tanah segala bagai) akan jenguk cari pokok daun sup tapi tak ada, biasanya pokok saderi yang banyak.

Punyalah belek setiap ceruk kedai yang ada kat situ, dengan misi mencari daun sup! E-na jumpa ni pun dah di letak kat bahagian pokok2 yang menunggu masa je nak menghabiskan riwayatnya. Ada 3 pokok je, daun dah kekuningan dan tanah pun dah kering....kesian...terus cakap dgn pokok tu "takpe nanti ikut E-na balik kita duduk dalam bekas besar sikit dan minum puas-puas ye, biar cepat sihat dan hidup subur!"


E-na beli 2 pokok..on the way back rasa kesian pulak pada pokok yang satu lagi tu., huhuuuu..kalau ambik je semua pun ok...68yen je sepokok!

Setelah hampir 2 weeks di belai, nampaknya daun sup dah bertambah hijau dan segar. Yang E-na tau daun sup atau saderi ni ada 3 jenis. Pertama yang jenis daun dan batangnya sedap di makan. Di malaysia kita panggil daun sup. Kedua yang batangnya sahaja sesuai di makan iaitu saderi dan yang ketiga jenis yang ubinya yang sesuai di makan...errmmm nama dah lupa, nak tahu minta tolong mr. google cari ye...

TIPS : Menanam dan Menjaga Pokok Daun Sup aka Pokok Saderi
  1. Rendam di dalam air selama 1 hari. Potong 1-2 inci batangnya dari pangkal pokok. Tanam di tempat yang redup dan selalu basahkan tanahnya biar lembab.
  2. AWAS jangan terlebih air nanti batangnya mudah lembik!
  3. Bila sudah hidup alihkan ke tempat yang ada pancaran matahari / panas.
  4. Bila nak guna ambil setakat mana yang nak guna sahaja, jangan di cabut semua ye.
  5. Lebih elok ambil daun yang lama dahulu dan biarkan daun baru di pokok supaya terus segar...

UPDATE 16.06.2010
> Khasiat daun saderi boleh menurunkan paras TEKANAN DARAH.



Note : Nak jumpa Pn. Kesum click je sini yer...

Source : Wikipedia

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

20 comments:

  1. salam E-na..pandai E-na menjaga poko..hidup subor lagi..kalau la E-na dah dok M'sia nanti..Ena kena cari rumah yang tanahnya luas..baru puas hati menanam..

    ReplyDelete
  2. E-na..lupa lak..puas akak cuba ambik award yang canti tu..tapi tak dapat pulak..tah kat mana silapnya..

    ReplyDelete
  3. rimbun dan menghijau nampaknyer :)

    ReplyDelete
  4. Kalau mama yang tanam, rasanya mau tak hidup pokok ni! Hahaha...

    ReplyDelete
  5. salam... suka tengok orang tanam pokok hidup dan menghijau :)

    * diri sendiri tak menjasi *

    ReplyDelete
  6. Salam E-na.u ni kreatif betul.Cantiknya mata memandang pd daun sup subur menghijau tu.Tahniah krn berjaya menanamnya.

    ReplyDelete
  7. salam kenal dari ieda

    waaaa minat memasak yerk .. hermm ramai kenalan yg minat memasak .. ieda x minat sgt , sekadar masak utk keluarga .. x sepandai lahh :)

    ReplyDelete
  8. suburnya pokok E- na ,Mas minat sangat tanam pokok ,tapi pokok2 tu tak nak hidup la...E-na ada petua ke , betul ke kata org klu tanam pokok tak menjadi , tangan kita tak serasi ,cian kat Mas kan...

    ReplyDelete
  9. Baguslah awak kasik tip tu...kak gerau ada tanam, tapi tak macam kak gerau yang segar bugar ni...tapi kucut jer...ki ki ki...

    ReplyDelete
  10. kak E-na..
    mmg sejuk tgn akak ni subur je pokoknya..kite beli aje..kalo sini byk dijual :)

    ReplyDelete
  11. wah....bagusnye...sejuk tangna ena....terus subur daun sup tu .... senang jugak nak cari bahan masak kat sane kan.....

    ReplyDelete
  12. wah.. tips ni baguslah.. saya pun baru je tanam daun sup kat rumah.. baru 3 hari tanam terlupa nak tgk.. segar ke tidak.. balik ni harus tgk..

    ReplyDelete
  13. dulu x tau pun daun saderi sama nama dgn daun sup..huhu..pandai ena jaga pokok, kalau saya asyik mati jer

    ReplyDelete
  14. tgk daun saderi ni, teringat wonderpets

    "apa yg penting, KERJASAMA!" he he he

    ReplyDelete
  15. eehhh x tau pong daun sup ngan daun saderi 2 beza...kui3 br tau nih...jahil sungguh...heeeee

    ReplyDelete
  16. salam ena..duduk kat sana..terpaksalah pandai tanam menanam.kalau duduk kat sini tak yah tanam..beli ajer kan..

    best tgk yong tau fooo..nak buatlah..benda semua dah beli..

    ReplyDelete
  17. subur nyer pokok akk tanam...xpernah menjadi la tanam pokok sup nie..calu lembik aje..he3..dh byk n3 akk tertinggal skrg nie malas nk menjelajah la..

    ReplyDelete
  18. Kak Erna : Wsalam kak...mana nak cari rumah yang laman luas kat lembah klang tu kak...kalau ada pun tak tercapai dek akal ku...he he

    Tihara : alhamdulillah kali ni nampak macam ok tu...

    MamaFami : belum tentu mama...try dulu, insyaallah hidup!

    umie_e : E-na pun suke tgk pokok yang subur menghijau...

    sal : tq...ada masa tak jadi jugak...tambah kalau pokok2 jenis berbuah, susahlah nak dapat makan hasilnya!:-p

    ieda : salma kenal juga ...E-na pun masak2 untuk family je...

    mas (duniaku) : petua? don't give up...kalau mati tanam lagi dan lagi insyaallah 1 day dia kan hidup juga...dan paling penting rasa kasih sayng pada pokok tu kot...:-)

    geraugebang : sharing is caring kak...

    mummyseri : E-na minat menanam tapi kalau tak jdi beli jugak! he he...masa di mesia pun memang tanam segala bagai poko2 yang boleh di makan ni...

    lieya latif : ada juga masa dia x nak hidup lieya...kalau kat Nagoya ni boleh dikatakan semua bahan yang bak tu adalah...so far bab makan mmg macam duduk mesia jer...:-)cuma semuanya kena masak sendiri lah kan...

    Nor Aishah : sama2 belajar dan berkongsi ilmu...nanti boleh upload gmbr pokok aishah pulak ye...

    nieda : ha ah dari species yang sama...try tanam lagi, insyaallah hidup tu..

    SyuQ : ya betul! apa yang penting kerjasama...anak2 k.e-na pun suka mkn saderi sebab wonderpets lah...

    mrs ecam : sama species...biasalah tu x semua benda kita tahu...itulah gunanya berkongsi ilmu kan...

    kak ina kl: sebab minat sangatdgn pokok2 tu kak, mulanya x nak beli tanah, pasu semua tu sebab nak dok sekejap je tapi x boleh lah kak...rasa rindu nak belai pokok, tengok pokok membesar...sukeee!
    try lah kak....sedap gak kuahnya...

    mizwa : try apply tips tu kot2 boleh hidup...E-na pun mana yang sempat je singgah...

    ReplyDelete
  19. Sungguh... sungguh... sungguh... sungguh berkhasiat sekali blog ini. Keep up your good work.

    ReplyDelete
  20. Hiya! I know this is kinda off topic but I'd figured I'd ask.
    Would you be interested in exchanging links or maybe guest authoring a blog post or vice-versa?
    My blog covers a lot of the same subjects as yours and I believe
    we could greatly benefit from each other. If you happen
    to be interested feel free to send me an email. I look forward to
    hearing from you! Wonderful blog by the way!

    my site; wrist heart rate monitors

    ReplyDelete