Sunday 22 September 2013

BEPANG BADAM / FLORENTINE COOKIES/ ALMOND CARAMEL / CRUNCHY ALMOND BAR

Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Bepang Badam yang sangat ranggup ditambah dengan rasa lemak sunflower seeds dan pumpkin seeds serta bijan hitam sebagai penyeri menjadikan biskut ini disukai ramai. Ada yang memanggilnya Florentine Cookies sempena dengan nama tepung khas yang digunakan untuk membuat bepang ini. Ia juga dikenali dengan nama Chrunchy Almond Bar, Almond Caramel, Nutty Thins, Nutty Crispy, dan Mix Crispy Nuts Cookies. Uisssh macam-macam nama di beri pada Bepang Badam ini


Membuatnya tidak susah cuma kos bahan mentah untuk biskut florentine ini agak tinggi. Jadi tidak hairanlah jika Bepang Badam ini dijual dengan harga lebih mahal berbanding dengan biskut-biskut lain di pasaran. Terima kasih pada kak Azlita Masam Manis yang telah berkongsi resepi Florentine Cookies. Resepi di bawah telah E-na sesuaikan mengikut sukatan bahan yang dibeli supaya tidak berlaku pembaziran bahan.


E-na buat Almond Caramel ni untuk Hari Raya Aidilfitri yang lalu tapi baru sekarang berkesempatan publish resepi. Di bawah ini E-na sertakan gambar bahan-bahan yang digunakan untuk memudahkan pencarian pengunjung Lovely Kitchen yang ingin mencuba.


RESEPI CRUNCHY ALMOND BAR

Bahan-bahan:
  • 600 gram tepung Bienetta
  • 500 gram badam keping
  • 250 gram biji bunga matahari / kuaci
  • 250 gram biji labu
  • 60 gram bijan hitam ( E-na tak letak)
Cara Membuatnya:
1. Badam dan biji labu di bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit, Kuaci selama 5 minit.             Biarkan sejuk.
2. Satukan semua bahan-bahan di atas dan gaul rata.
3. Panaskan oven 160 darjah celcius. Alas tray/ loyang dengan baking paper.
4. Tuangkan adunan ke dalam tray/ loyang. Ratakan.
5. Bakar selama 10 minit.
6. Angkat dan terus potong dengan pisau semasa masih panas.
7. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara. 
8. Ulang langkah 4 hingga 7 sehingga campuran bahan habis di bakar. Selamat Mencuba dari Lovely                 Kitchen.

ATAU boleh guna kaedah di bawah:

Taburkan tepung ke dalam tray/ loyang diikuti badam, biji labu, kuaci dan bijan hitam.Kemudian tabur lagi tepung di atasnya. Kemudian bakar seperti biasa.


Gambar sebelum di potong.



TIPS MEMBUAT CRUNCHY ALMOND BAR DARI LOVELY KITCHEN
  • Tutup adunan yang sudah di gaul dengan plastik wrap sementara menunggu proses membakar untuk mengelakkan ianya melekat-lekat.
  • Mesti alas dengan BAKING PAPER supaya tidak melekat.
  • Potong bepang yang sudah masak semasa masih panas menggunakan pisau. Bepang akan pecah jika dipotong apabila sudah sejuk.
  • Sejukkan sebelum di simpan.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerapuhannya.

Resepi di atas dapat menghasilkan 6 balang di bawah.



Ini  Tepung Bienetta yang E-na guna. Beratnya 600 gram berharga RM26.90.




Baking Paper yang E-na gunakan untuk membuat Bepang Badam ini. Terdapat pelbagai jenama baking paper atau cooking paper di pasaran. Baking paper ini juga e-na guna untuk alas kek atau biskut di Lovely Kitchen.


Badam Keping 500 gram berharga RM16.90




Biji Bunga Matahari aka kuaci 250 gram berharga RM3.85


Biji Labu 250 gram berharga RM7.80. Semuanya di Kedai Bakery Bagus Seksyen 13 Shah Alam.


Di bawah ini gambar tepung yang boleh digunakan untuk membuat Crunchy Almond Bar. Florenta berharga RM19.90. Gambar dari blog masam manis. Kredit to k.Azlita.


Yang di bawah ini pula tepung Bee-sting Mix dari blog Ada Apa dengan AidaDewie. Gambar kredit to Aida.



21 comments:

  1. Waaaa...mmg best chruncy ni... nyum2x!!

    ReplyDelete
  2. x sedar habis sebalang...yum yum

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. blk Msia nak cari le tepung tu @Shah alam…tq ena kongsi info

    ReplyDelete
  5. kalo 600gram tepung ni berape banyak gram ye biskut ni dapat?

    ReplyDelete
  6. Rezwatisman : buat sendiri baru puas makan kan...ur welcome.

    adina: E-na tak rimbang la plak brp gram...cuma snap gambar dalam balang tu je..

    ReplyDelete
  7. salam.
    thank u for d recipe.:) nak tanya, ade perbezaan tak nanti pada rasa bagi jenis jenis tepung yg berlainan seperti dalam blog bila digunakan?

    thank u:)

    ReplyDelete
  8. assalamulaikum..terima kasih kepada kak E-na sebab share resepi ni..nak try buat..sebab krunchy ni memang sedap..thanks kak E-na

    ReplyDelete
  9. Wsalam
    n.e : yup, memang ada perbezaan rasa utk tepung yang berlainan...dari segi tahap kemanisan

    Norhasra Rohaizab : Wsalam...ur welcome....try la insyaallah jadi...

    ReplyDelete
  10. salam e-na boleh bg no wassap or id wechat? or add me on fb nenek ummi tq... ^_^

    ReplyDelete
  11. salam.. e-na boleh bg no wassap or id wechat? or add me on fb nenek ummi.. tq ^-^

    ReplyDelete
  12. Assalam..klu mls nk buat order je kt saye...hehehe...sebalang sy jual rm23 jer..alhamdulillah tahun ni tahun ke 4 bisnes saye jual almond crunch.. watsap 012-9195767 fb: anis sheikh's tq tuan rumah tompang iklan..

    ReplyDelete
  13. Ny tnyr boleh bakar atas dapur gas tak..cos sya xde oven

    ReplyDelete
  14. saya sangat suka makan bepang ni.

    terima kasih kerana sudi share.

    saya duk gugel2 nampak berderet2 resepi ni.

    best2.

    www.blograidah.com

    ReplyDelete
  15. Melekat pada kertas... macam mane tak nak bagi melekat di kertas...

    ReplyDelete
  16. Melekat pada kertas... macam mane tak nak bagi melekat di kertas...

    ReplyDelete
  17. Melekat pada kertas... macam mane tak nak bagi melekat di kertas...

    ReplyDelete
  18. Tq ena kongsi resepi. Dh lame cri resepi ni. Sbb bila raya mkn chunchy ni trs jauh cinta hehehe

    ReplyDelete
  19. Tq ena kongsi resepi. Dh lame cri resepi ni. Sbb bila raya mkn chunchy ni trs jauh cinta hehehe

    ReplyDelete
  20. Sedapnya...mesti try ni. Terima kasih sudi share resepi.

    ReplyDelete
  21. Sedapnya...mesti try ni. Terima kasih sudi share resepi.

    ReplyDelete