Tuesday 9 August 2011

:-> Jus Carrot Susu

Bila puasa dengan cuaca panas dalam kepala mesti fikir air apa nak buat untuk berbuka. Carrot Juice antara minuman pilihan kegemaran ramai. Nak buat pun senang kan. Air carrot susu aka juice carrot susu sedap dan berkhasiat. 


Anak-anak yang tak sukakan carrot sebagai sayur mungkin bila di buat juice begini, mereka akan menggemarinya.


RESEPI JUS CARROT SUSU
4-5 orang

Bahan-bahan:
  • 4 batang carrot
  • Gula (anggaran 2 sudu besar)
  • Susu Pekat Manis (anggaran 6-8 sudu besar) / Fresh Milk
  • Air masak secukupnya 
Cara-cara
  1. Carrot di cuci dan dipotong kecil. 
  2. Blend carrot dengan air.
  3. Tapis ke dalam jug.
  4. Kemudian blend lagi carrot yang telah di tapis tadi sehingga betul2 menjadi hampas (tiada lagi air carrot) dan tapis.
  5. Masukkan gula dan susu pekat manis secukup rasa bergantung kepada kemanisan masing-masing. Kacau sehingga gula hancur. Tambah air jika terlalu pekat.
  6. Untuk menghidang, masukkan ais ke dalam cawan dan tuangkan jus carrot. Sedia untuk di minum. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Dapat menghasilkan lebih kurang 1.5 liter jus carrot tanpa ais.


TIPS LOVELY KITCHEN

  • Jangan blend carrot bersama dengan susu atau gula. Rugi lah susu / gula lekat pada hampas carrot kan..blend je dgn air masak dulu lepas tapis baru campurkan susu dan gula...:)


22 comments:

  1. dahaga giler biler tgk jus carrot nie uwaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. mmg terbaik!!skrang jg sy nk bt..maghrib nnti dah blh minum sejuk! :)

    ReplyDelete
  3. e-na,dah siap..tunggu azan je ni..tq!!:)))

    ReplyDelete
  4. Salam kak E-na,
    Jus yang sangat sihat dan berkhasiat ni. sesuai untuk bulan2 puasa camni... selamat berbuka! :)

    ReplyDelete
  5. Hi Kak, apa khabar dear? Jus carrot mmg bagus kan...nakkk!!! Selamat Berpuasa kak :)

    ReplyDelete
  6. kalo kat kedai pun, inilah minuman yang suka di order... sedap..

    ReplyDelete
  7. sedapnye!! selamat berpuasa akak..=D

    ReplyDelete
  8. minuman yang lazat dan menyihatkan!

    ReplyDelete
  9. kalo kat restoran suke jer order..nak buat sendiri suke jer malas.haha... bak segelas ena..lama x minum nih..

    ReplyDelete
  10. bestnya nampak.. menarik kak.. suka sangat dengan carrot susu.. kena rajinkan diri buat ni.. ada banyak carrot dlam peti sejuk tu

    ReplyDelete
  11. jus carrot susu mmg enak....lama tk buat, sbb 'm' heeee..order satu gelas bole

    ReplyDelete
  12. suke jugak carrot susu...sedap dan berkhasiat

    ReplyDelete
  13. Assalam ena, salam ramadan buat ena & family ya..jus carot sedap ya ena..kak tak reti minum cuma amakan aje dalam lauk..heheh

    ReplyDelete
  14. salam rindu ena..arini akak berbuka kt klinik..nmpaknye oder jus carrot kt kedai mamak jer la..hehe! selamat berbuka ye ena!

    ReplyDelete
  15. Salam Ena...

    Baru sempat singgah ke sini malam ni..perut kenyang mata pun jadi layu...kalau dapat segelas jus carrot susu ni...WoW! mest sego balik mata ni...:)

    ReplyDelete
  16. yummy..izin kan saye share ea :)

    ReplyDelete
  17. kak, aqis bru try buat td :)

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Tak sukakan hampas? Janganlah begitu, kerana sumber fiber dan lebih 50% nutrien-nutrien termasuk Beta-carotene dan Vitamin A dalam lobak merah ini wujud dalam hampas-hampas ini. Jika anda buang hampas-hampas ini, maka anda rugi.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete