Friday 1 July 2011

:-> Kuih Buah Rotan


Cuaca di Nagoya sekarang panaaaas sangat. Hari ini pukul 6.30 pagi suhu dalam rumah sudah 32c. Berbeza dengan cuaca panas di Malaysia, di Nagoya siang malam rasa panas berhaba. Kat rumah ni kalau tak on aircond, mesti on 2 biji kipas untuk satu ruang dengan max speed! Dasyat kan...

E-na pun tak berapa sihat. Tekak perit, kepala berdenyut, badan panas sikit. Bercampur pula dengan cuaca panas rasa penat sangat. Harap puasa nanti kami semua di beri kekuatan untuk berpuasa dengan sempurna. Sekarang subuh 2.55a.m dan maghrib 7.11p.m. Waktu siang (cerah) lebih panjang dari malam. Puasa pun lebih lama nanti....

Dalam perancangan Lovely Kitchen ingin berkongsi resepi biskut raya di bulan July. Insyaallah mana-mana resepi yang pernah di cuba dan ada gambar dalam simpanan akan di publish di LK. Di samping sebagai kenangan dan rujukan E-na, harap pengunjung LK yang ingin membuat biskut raya sendiri mendapat sedikit idea dari perkongsian ini.


Kuih Buah Rotan adalah antara kuih raya yang -na buat untuk Raya Aidiladha 2010. Masa buat kuih ini memang tak sukat bahan-bahan yang digunakan. E-na guna lebihan telur putih sahaja di campur dengan tepung pulut, santan dan gula, juga bijan untuk di salut pada kuih.

Kebanyakan resepi biskut menggunakan telur kuning jadinya telur putih akan banyak berlebihan. E-na cuba buat buah rotan tanpa menggunakan telur kuning. Hasilnya ok ranggup juga. Mungkin tidak seranggup yang guna telur kuning tapi kuihnya tidak keras, elok je. Sedap lah mengunyah dan telur putih pun tidak membazir. Yang lambatnya nak menggentel boolat boolat tu...

Di bawah ini gambar sebenar buah rotan...sama tak? Takkan sama kan ciptaan yang Maha Kuasa dengan yang kita buat.

Gambar dari google.

19 comments:

  1. e-na..harap e-na cepat2 sembuh...
    cuaca panas ni kene minum air masak banyak2 yerk...

    hmm..sedapnya kuih buah rotan..
    mas suka tau kuih ni..

    ReplyDelete
  2. Salam kak! odaijini! kita pun bdn dah lain macam dr semalam dah batuk2 pastu idung ni sakit ajerrrr...panas tp cuaca mendung tu yg tak menentu tuuu.. Pestaim tgk buah rotan betul2 mmg tak tahu mmg ada buah rotan ni betul2 hihihi...

    ReplyDelete
  3. kuih buah rotan nie mmg sedap nie... tapi x reti nak buat sendiri.. beli jer selama nie... dah lama x beli kuih nie... anak2 suka nie.. sedap.. makin d makan makin nak lg makan.. hehehe

    ReplyDelete
  4. E-na..harap ena cepat sembuh.jangan lupa makan ubat ye.
    akak akan sentiasa jenguk blog en nanti untuk kumpul resepi..mana tau ada yang mudah untuk buat kuih raya nanti kan.

    ReplyDelete
  5. jaga kesihatan yer..moga sihat selalu diperantauan..
    rajinnya buat kudapan..

    ReplyDelete
  6. assalam e-na mmg sekarang kat malaysia pun cuaca tak menentu,akak dah lama teringin nak buat buat rotan ni takeut keras je .
    take care dear

    ReplyDelete
  7. Salam E-na, uiiksss rajinnya menggentel kuih buah rotan ni...akak pun suka kalau time raya, kalau kena yg rapuh lg laju masuk molot...hehe

    ReplyDelete
  8. lor kak! baru tahu selama ni kuih ni buat camne. selalu gak makan time raya, x pun org bagi buat buah tangan kat majlis kawin. *odaijini kak! jga diri bebaik ye. ;)

    ReplyDelete
  9. Salam Ena....kak cek harap kesihatan bertambah baik....

    Bila tgk kuih rotan ni...rasa macam dah nak raya la pulak kan....memang tak lama lagi dah pun....suka makan kuih ni...tapi lum penah lagi buat....

    ReplyDelete
  10. suka nga kuih ni..kunyah2 time lapang...hehe

    ReplyDelete
  11. kuih ni sedap. tak tau nama dia, panggil dia kuih bola. hahaha
    :P

    http://salwaismail.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. memang!!! panas berbahan..tak kira mlm,pagi atau siang kn...pagi2 dah terik mentari...berbeza dgn m'sia...buah rotan kalau kena yg tak keras mmg sedap dimakan..tapi ada juga bila mkn mcm nk patah gigi..hu..hu
    pssst..rajinnyer dia

    ReplyDelete
  13. lamanya x makan kuih buah rotan ni...buah rotan pun dulu masa kecik2 selalu makan...sedap...msam2 sikit...fiza ni org kg kalau mak menakan pegi menoreh kalau jumpa buah rotan ni mmg dia bawa balik bg kami...mmg best bila ingat balik kenangan silam...he he he

    ReplyDelete
  14. Assalam E-na..akk buat buah rotan tak pernah jadi la ena, kdg tu meletup, pas tu mcm masuk angin pulak huhuhu..cantik buah rotan tu

    ReplyDelete
  15. Salam,
    Kudapan yang ringkas tetapi sedap. Selalu jugak beli bila ada orang datang menjual kat taman

    ReplyDelete
  16. odaijini kak.. tula panaskan.. ta pun kipas memang max speed juga.. kadang rasa bersauna plak.. comelnya kuih akak ni nak buat gk la buat kunyah2

    ReplyDelete
  17. kuih buah rotan?hihihi...jakun makcik, nak.bagus gak ena tayang semut.nak jg cecuba.jom kita jual sekut mesia kat cini nak?mesti laku.hihihihi....

    ReplyDelete
  18. eh lupa.moga ena n keluarga ceria di musim panas ni.setakat ni ramai yg mati kerna panas.arap dpt hadapi musim pose dibln yg panas.kita cau g mesia.hihihihi....

    ReplyDelete
  19. Assalam E-na,
    Kak Amie tak boleh bayangkanlah betapa panasnya cuaca di tempat E-na kalau dah pagi pun begitu darjahnya.... tapi kena lalui juga suasana itu kan, moga sakit tak berpanjangan.
    buah rotan tu....seronok makan sebiji2, bunyi berdeghap-deghup...

    ReplyDelete