Sunday 26 June 2011

:-> Puding Balqis



Semasa proses mencampurkan kedua-dua adunan supaya sebati, adunan puding dan adunan telur yang di pukul tu macam tak mahu berbaik. Yang telur diatas dan adunan puding di bawah. Setelah di kacau lama baru mereka bersatu. Cuak juga takut tak menjadi.


RESEPI PUDING BALQIS

Bahan-bahan:

  • 7 g agar-agar serbuk
  • 1200ml air
  • 200 ml fresh milk
  • 2 biji telur gred A
  • 150g gula
  • 100g butter
  • 1sk esen vanilla
  • Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau.
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk, kacau kemudian masukkan gula dan didihkan di atas dapur.
  2. Kemudian masukkan butter dan fresh milk, kacau sehingga mendidih.
  3. Masukkan esen vanila, kacau tutup api.
  4. Biarkan seketika sehingga agar-agar suam-suam panas (20 minit).
  5. Telur di buang tali pusat dan dipukul sehingga betul-betul kembang.
  6. Masukkan adunan agar-agar ke dalam telur dengan perlahan-lahan dan di kacau sehingga sebati.
  7. Ambil 1 cawan adunan dan warnakan merah. Tuang ke dalam corak bunga ros. Biarkan sehingga adunan beku sedikit di bahagian atas.
  8. Ambil 1/2 cawan adunan dan warnakan dengan pewarna hijau. Tuang ke dalam corak daun. Biarkan adunan beku sedikit.
  9. Akhir sekali warnakan lebihan adunan dengan warna kuning dan tuang ke dalam acuan perlahan-lahan di bahagian tepi.
  10. Sejukkan di dalam peti ais. Terbalikkan acuan ke dalam pinggan. Hidangkan ketika puding masih sejuk. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


Note :

  • Sukatan di atas lembut sesuai untuk di isi di dalam acuan cawan-cawan plastik kecil untuk hidangan. Terus makan tanpa di potong.
  • Kurangkan sukatan air sebanyak 100-200ml jika menggunakan loyang besar supaya puding tidak terlalu lembik dan mudah untuk di potong.
  • Sukatan gula diatas 'just nice', boleh tambah sedikit lagi jika suka lebih manis.

E-na guna agar-agar serbuk di atas untuk buat puding balqis ini. Brand agar-agar yang berbeza selalunya menggunakan sukatan cecair yang berbeza. Gambar hanya sebagai ingatan sendiri dan rujukan pengunjung LK.


Resepi di bawah adalah versi asal Puding Balqis oleh Kak Nor. Letak juga di sini untuk rujukan. Thanks sis!

  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 450ml air
  • 150ml susu cair
  • 2 biji telur gred A
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar butter
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna mengikut citarasa masing2
Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama.Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.

16 comments:

  1. pemilihan warna yang bijak, kombinasi harmoni hijau, kuning & merah...warna alam yang menyegarkan... rasa sayang pulak kalau dipotong puding tu...

    ReplyDelete
  2. wahhh...cantiknya puding tu.....
    suka mas tengok...
    sedappkan e-na puding ni...
    mas suka...

    ReplyDelete
  3. wahhh...cantiknya puding tu.....
    suka mas tengok...
    sedappkan e-na puding ni...
    mas suka...

    ReplyDelete
  4. Assalam e-na..sedapnya puding ni, cantik je bunga2 tu..akk pun dh lama tak buat puding ni

    ReplyDelete
  5. cantik tu pudingnya...akak tak buat2 lg..hehe..takut tang telur tu le..

    ReplyDelete
  6. comei2...mcm org buat utk hantaran masa dulu2..

    ReplyDelete
  7. comel e-na buat dlm mould tu

    ReplyDelete
  8. Salam.
    Thanks resepinya.memang best.

    ReplyDelete
  9. cantik jelita puding balqis dia..cam real punya munge rose..

    ReplyDelete
  10. E-na..cantiknya puding..
    pandai E-na mewarnakan nya..

    ReplyDelete
  11. Cantiknya..selalu jugak buat puding ni dengan mama..tak tau nama dia puding balqis..panggil puding susu je..=D

    ReplyDelete
  12. Cantik betul puding tu kak! Adeyyy geram tengok! :D

    ReplyDelete
  13. Cantik Ena weeeyy...akak belum kesempatan lg nak buat...bila la nak try puding Nor ni...adeeeiii, tiup angin R sikit Ena..

    ReplyDelete
  14. cantiknya...teringat mak kat kg selalu buat puding guna acuan gini utk hantaran org kahwin....memang menarik...puding ni lum cuba lagi..harus dicuba ni..:)

    ReplyDelete
  15. salam ziarah n follow sekali. Terpikat dengan kecantikan puding balqis

    ReplyDelete
  16. salam ena...cantiknye puding...mcm sayang nk makan..sayang tang bunga tu...hehehe

    ReplyDelete