Wednesday 25 August 2010

:-> Air Cendol Berkasih




Air Cendol Berkasih di beri nama sebab ada sepasang cendol di dalam resepi ini. Cendol bewarna hijau dan cendol berwarna merah. Kalau tambah lagi satu cendol berwarna kuning mungkin namanya jadi Air Cendol Keluarga Bahagia...kikiki



Resepi Air Cendol Berkasih
Bahan-bahan:
Cara Menyediakannya:
  1. Masukkan Cendol Merah dan cendol Hijau ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan pula ais yang telah di sagat/ mesin halus.
  3. Siramkan dengan santan / fresh milk dan air gula di atasnya.
  4. Gaul rata sebelum menikmati air cendol berkasih ini. Selamat mencuba.


Resepi Air Gula Pandan
Bahan-bahan:
  • 200 ml air
  • 350 gram gula melaka
  • 150 gram gula pasir
  • 5 inci daun pandan
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam periuk.
  2. Didihkan sehingga semua bahan hancur.
  3. Tapiskan sebelum di guna.
NOTE
  • Sukatan air gula pandan ini cukup untuk bancuhan 4 cawan tepung cendol.



Resepi Santan Pandan
Bahan-bahan
  • 1 cawan santan segar / santan serbuk 50g + 200ml air
  • 5 inci daun pandan
  • secubit garam
Cara menyediakannya:
  1. Masak santan, daun pandan dan garam sehingga mendidih.
  2. Angkat dan sejukkan.

Note
  • Boleh tambah sedikit tepung jagung semasa memasak untuk memekatkan santan.


14 comments:

  1. ena apa kabau.. lama tak bersapa..akak hari ni buat cendol juga sbb nampak kat dapo ena..dan kwn2 yg lain... tapi resepi dapo org lain..saja nak test..nanti akak try ena pye resepi lak...sbb sebelum ni dok buat guna tepung berras jerr..

    ReplyDelete
  2. cendol berkasih lagi tu... sedapnya agaknya kalau yang keluarga bahagia tu tentunya lagi sedapkan...pandai e-na bagi nama!

    ReplyDelete
  3. Slm....e-na,wahhh berkasih lagi tu,nmpk sedap menyelerakan sgt ditambah pula dgn ais sagat tu..sesuai le dgn cuaca panasss ni kan..

    ReplyDelete
  4. salam..akak,sedapnye nmpk cendol akak nih..colourful lagi tuh...nextime nak buat mcm ni jugakla..br ank saye suke kot..tq for sharing..:D

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak...mau membeli bahan buat cendol la ptg ni thanks ^__^

    ReplyDelete
  6. sedapnye...klw tambah lagi satu cendol..jadik lah cendol cinta 3 penjuru..hahaha..gurau je...

    ReplyDelete
  7. cendol ada lagi??kalo tahu berbuka kat umah Ena je...

    ReplyDelete
  8. cantik la cendol e-na tu, memang kretif e-na ni...tengok jer dah terliur....

    ReplyDelete
  9. peggh cendol yg menggugat iman...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikumwbh E-na,

    Ayu minta izin copy resepi yer....terima kasih. Boleh nengok entry cendol ayu and ayu ada link to e-na.

    Thank u dear...sedap cendol guna tpung jagung ni...

    ReplyDelete
  11. air cendol satuMalaysia bl lg?? hehehe...

    ReplyDelete
  12. unik dan penuh inspirasi..belum lagi rasa tu. sure sedap ni..mesti cuba...

    ReplyDelete
  13. cendol berkasih ni memang menggoda betul...

    ReplyDelete
  14. Salam...

    Asal jgn cendol madu 3 dah. ihikkss

    ReplyDelete