Kek yang lembut dan sedap. Bertambah seri lagi dengan corak di atas kek. Sesuai untuk hidangan hari raya atau sebarang majlis keramaian. Resepi masih sama dengan resepi Kek Rose Lapis Jem Strawberry cuma kali ini E-na kurangkan kuantiti ovalette. Kek tetap lembut dan gebu.
Suhu membakar juga E-na naikkan sedikit sesuai dengan suhu bilik sekarang, tidak panas berbahang seperti sebelum ini. Tak pasti suhu bilik mempengaruhi oven atau tidak tetapi pengalaman yang lepas bakar kek ini dengan suhu 180 degree di dalam cuaca yang panas berbahang, kek menjadi gelembung sedikit. Jadi pandai-pandailah adjust suhu dan masa mengikut kesesuaian semasa.
RESEPI KEK PANDAN LAPIS SERI KAYA
Bahan A:
- 60g butter dicairkan
- 60g gula halus / gula kastor
- 60g tepung gandum
- 3 biji telur gred A (+-200g)
- 1/2 sk ovallete
- 1/2 sk baking powder
- Sedikit Perisa pandan
- Sedikit Pewarna hijau
Bahan B:
- Seri Kaya Secukupnya
- Loyang 8" x 11"
Cara Membuatnya:
- Masukkan semua bahan-bahan A KECUALI butter cair ke dalam bekas.
- Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
- Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
- Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna hijau, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
- Panaskan oven dengan suhu 180 degree.
- Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
- Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
- Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
- Paipkan secara bulatan bermula dari bahagian tengah adunan sehingga ke penuh permukaan adunan.
- Dengan menggunakan lidi sate/ pengcungkil gigi/ hujung chopstik tarik hujung lidi di atas adunan secara lembut dari bahagian tengah ke tepi loyang sebanyak 8 garisan (4 penjuru dan 4 di antara penjuru).
- Kemudian tarik pula hujung lidi diantara setiap bahagian lorek tadi dari hujung loyang ke bahagian tengah(berlawanan arah pula). Maka akan terhasil bentuk lorekan di bawah.
- Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pd oven masing2).
- Sejukkan dan belah dua.
- Sapukan seri kaya, potong kecil untuk di hidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
UPDATE
Klik Link di bawah untuk melihat hasil dari rakan-rakan yang telah mencuba resepi ini...
Klik Link di bawah untuk melihat hasil dari rakan-rakan yang telah mencuba resepi ini...
ape yg bulat2 hiasan dia tu? gula2 ek :) cantik wana ijau tu...
ReplyDeleteAssalam E-Na Selamat Berpuasa dan wah sungguh cantik kejadian kek tu!!! TQ sudi jenguk dapur sempit Akak....nanti raya boleh try ni!
ReplyDeleteE-Na..dah lamaaaaaaa akak tak singgah ke sini..salam ramadhan juga buat mu..
ReplyDeleteakak kan mmg takut nak buat kek melapis2 ni..Ingat tahun ni nak cuba lah.yang ena punya ni nampak senang..masuk list lah resepi ni..:)
Salam kak! rajinnyerr akak buat kek puasa2 gini kita ni kan asyik pikir nak buat kuih itu nak buat kuih ini hihihi.... tekak kampung gituu nak kuih2 :D
ReplyDeleteSalam Eyna...weeee rajinnya melapis kek..dah mood raya ke nih? hehee..cantik jek marble kat atas tuh...haluuuuussssss...(*ikut cakap Harith Iskandar dlm iklan Nescafe tu..hee..Eyna dpt tgk ke..hehe)
ReplyDeletesalam perkenalan..:)
ReplyDeleteterima kasih dtg tgk blog ica yg tak cantik tu.
wah..best2 la resepi kat sni... resepi jepun rupanya...
best99x!
Assalamualaikum Ena,
ReplyDeleteeee...lawanya hasil air tangan dia...kreatiflah awak ni, jeles kita tau...
setakat hari ini Alin tak berjaya lagi buat kek gebu camtu...hehehe
ReplyDeletesalam kak sedap dn cantik kak.. ita tak pandai buat corak2 tu tak pernah buat tau.. hihiihi bila la nak cuba ni... menarik rasa pandan.. nasib dah berbuka
ReplyDeleteE-Na..dah lamaaaaaaa akak tak singgah ke sini..salam ramadhan juga buat mu.. akak kan mmg takut nak buat kek melapis2 ni..Ingat tahun ni nak cuba lah.yang ena punya ni nampak senang..masuk list lah resepi ni..:)
ReplyDeletesalam perkenalan..:) terima kasih dtg tgk blog ica yg tak cantik tu. wah..best2 la resepi kat sni... resepi jepun rupanya... best99x!
ReplyDelete