Risau sungguh bila angin bertiup kencang. Kalau rumah bawah tahan sikit, ini level 6 bila angin bertiup kuat lagi terasa. Pokok-pokok E-na baru nak keluar putik kalau patah sayangnya... Ada letak pancang untuk menyokong tapi rasanya pancang pun boleh tumbang... planter box kan tak dalam so pancang pun tak boleh nak berdiri kuat.
Sedang E-na tengok-tengok pokok, selamatkan mana yang patut my youngest son tergelincir sikit dan jatuh atas pokok terung....huwaaaa pucuk terung ke bawah! patah ke???? cuba tegakkan semula...harap tak apa2... bawah putik buah tu yang terlentok dan dahan daun di atas tape tu cedera sikit. Daun terung tu pula koyak....
Sedikit perkembangan tentang n3 pokok-pokok yang lepas. Pokok kesum dan makin menjadi... E-na petik pucuknya kemudian bekukan dalam freezer senang bila nak guna nanti. Pokok Daun sup pun dah menghijau dan semakin tinggi.Sekarang sedang berfikir untuk mencari benda yang sesuai sebagai penghadang angin....berjayakah misi ku ini...nak tutup dengan apa ye???
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
Ambik la kotak ke,..yg agak2 keras sikit,..pasang ke sekeliling pokok tu,..boleh tak??..hehehe..(akak x pernah duduk umah tinggi..so tak berapa reti nak bagi idea..)
ReplyDeletealahai sian nya Ena...tak dapet den nak tolong.
ReplyDeleteRajin E-na taman pokok2 walau pun duduk tingkat 6, nak seribu dayakan, setengah tu tinggal atas tanah tapi keliling rumah penuh rum...put...
ReplyDeleteena..nak buat camana ye..dok tinggi..lepas tu..kat negara orang..ada musim angin kuat ke..ada jaring tak..yang warna hijau tu..tak bolih letak plastik ke..ape yang tak berlobang..lagi bahaya nanti..ena terong apa tu..panjang ke bulat..
ReplyDeleteMak aii..gemuknye pkk terung e-na ni.Tnh negara Jepun mmg jns subur la kot. Ni sy nk bg sdkt tip atau idea utk slmtkn pkk dr tumbang. Gna tali sbg sokongan utk pkk terung tu.
ReplyDeleteWah... bagusnya ! kak tie suka bab cucuk tanam ni. Nampak subur je. Kesian pokok tu. Nanti bubuh handyplast, ya Ena...
ReplyDeleteKak tie tengok entry terdahulu , Ena masak gulai nangka. Macam mana Ena dapat nangka tu ? Import dari Malaysia ke ?
owh..terung awak dah berjaya membesar...terung kak baru nak naik..suka tengok serai, makin bercambah..seronok kan ena tanam2 pokok ni
ReplyDeleterajinnya dia tnm sayur2an. umah akak ni tnm la aper je, gtee hidup segan mati tak mau.hihihi
ReplyDeletepsst...lemak nangka ada lg ke?? nk sikit.
Salam E-na...
ReplyDeleteAkak dah post resepi karipap fzfrozen macam yang janji dekat e-na hari tu...jemput ke blog akak k :)
siannya dia.. masih bleh di selamatkan xpe le
ReplyDeleteAzmiezas : kotak kena ujan basah lembik kak...tgh pk nak cari penghadang yang sesuai la ni...E-na pun 1st time dok umah tinggi ni...pastu gatai nak berkebun juga..padan muka!
ReplyDeletezue : xpe zue dtg jenguk pun dah tima kasih...
ReplyDeleteZaitun : minat punya pasal akan ku redah...(nanti nak balik mula lah pk kat mana nak buang tanah2 ni semua...ada E-na angkut tanah jepun ni bawa balik mesia!)
ReplyDeleteKak Erna :
ReplyDeleteplastik yer...errmmmm nanti wekend ni E-na g cari kat home center...ada masa angin kuat sangat...sampai dgr lah deruannya tu...tu terung panjang kak...
AdryDaud : tu lah dah tape kat batang tu cuma x cukup utk menahan angin yg lebih kuat...kena pagar tepi dinding tu juga rasanya...
ReplyDeletekayteeze : ada handyplast utk pokok ye kak..:-p ...setiap saat ketika nak tgk perkembangan pokok tu kan...kali ni lagi senang sbb sebelah sliding kat balkoni je x perlu kuar umah pun boleh petik...he he
ReplyDeletepssst : ala kak nangka muda dlm tin je..product of thailand.
Tihara : ooo ye ke...sronok2! nanti update citer terbaru pokok2 akak ye...boleh share...
ReplyDeleteain : dah minat kak ke mana pegi pun nak menanam walaupun sikit...ala akak lambat la dah abis sekali serang je gulai nangka tu!
ReplyDeletefzi : ok kak E-na g skrg juga!!! yeeeeeaaa tq kak!!
ReplyDeletemaiyah : tu lah kak harap2 tak mati pucuk dia tu...
ReplyDeletesuburnya pokok e-ne, mas pun duduk rmh bertingkat2, tingkat 3, tpi tak ada blkoni la, tak ada tempat nk ltk pasu,kena tunggu suami pencen baru nak buat projek berkebun sbb dh duduk rumah taman,susah kan rumah tingkat2 ni..
ReplyDeleteMas (duniaku): balkoni ciput utk sidai kain jer...kena bersempit2 la bila nak menyidai! ;-P
ReplyDeletexpe nnt dok umah bawah mas boleh tanam mcm2 kan...