Ini lah hasilnya Yaki Soba Pan atau pun Roti Mee Goreng. Tapi roti nya x lembut sangat mungkin e-na x masukkan bread improver kot. Apa2 pun tq pada tuan empunya resepi, Ros Tokyo. K.Ena cnp resepinya kat sini yer Ros, utk rujukan nanti.
Bahan-bahan ( dpt dalam 8 biji bun )
* 250 gram tepung roti
* 50 gram tepung gandum
* 1 sudu kecil yis
* 160ml susu segar
* 2 sudu besar marjerin
* 2 sudu besar gula
* 1/2 sudu garam
* 1 sudu kecil bread improver (xder)
* 2 sudu besar susu tepung
* *sedikit mee goreng sebagai inti bun*
Cara-cara
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik.
2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 8-10 bahagian kecil dan bentukkan bujur, susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air . Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai.
5. Masak mee goreng untuk dijadikan inti bun ni, kalau boleh jangan guna sayur sawi ye, guna sayur kobis , baru sedap, wrap kemas bun dengan plastic wrap supaya inti mee goreng tidak terkeluar. Selamat Mencuba.
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
Macam sedap jer roti tu..kat tengah tu inti roti mee goreng..tak payah makan nasi dah la kan kalau makan ni..coz nampak..sungguh mengenyangkan...
ReplyDeletewah...dh dpt la cik BMnye yea...lps nih mesti gian meroti la cik e-na sorang nih! gambatte ne...
ReplyDeletee-na kat cni ada makanan nih! deyrang panggil soba meshidoggu... mee tu goreng ngan nasi...mmg kenyang, makan seketul pon dh cukup!
ReplyDeleteAziemas : betul tu mmg kenyang mkn seketul pun...
ReplyDeleteK.Fa'e : Ya allah kak tiap2 ari cik BM tu wat keje...ada je roti yg tuan dia nk buat tapi x sempat nk posing sbb sumenya x sabar nk ngap roti panas!
Oh ye ke..E-na x pernah lg terserempak ngan yaki soba pan ni kak..he he