Tuesday 14 May 2013

Selamat Berpantang

Alhamdulillah syukur padamu ya Allah. E-na telah selamat melahirkan anak yang ke 4 secara Lower Segment Cesarian Section (LSCS) pada hari Rabu 08.05.2013 jam 8.53am di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Puteri kami ini seberat 3.3kg. Ini adalah pembedahan yang ke 4 bagi E-na. Alhamdulillah proses pembedahan berjalan lancar dan semuanya dipermudahkan. Masuk dewan bedah pada jam 8.35a.m,  baby selamat dikeluarkan pada jam 8.53a.m dan proses BTL dan menjahit selesai pada jam 9.40a.m.   

Berdasarkan previous scar E-na yang sembuh elok doktor memberi peluang kepada kami untuk mengandung lagi selepas ini. Namun begitu kami memilih untuk tidak mengambil risiko yang lebih tinggi dengan pembedahan kali ke 5. Atas faktor risiko yang lebih tinggi dan usia yang semakin meningkat kami setuju sign untuk Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau dengan kata lain mengikat tali peranakan. Cukuplah E-na di beri kekuatan menjalani 4 kali pembedahan untuk melahirkan anak, syukur sangat-sangat.

Doakan E-na dan baby sentiasa sihat sepanjang tempoh berpantang dan selepasnya serta dipermudahkan segala urusan, Amin.
2 hari

4 hari

 5 hari

5 hari

Salam rindu dari E-na Lovely Kitchen...

17 comments:

  1. Assalam... tahniah dan take care...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....
    tahniah e-na...
    suka tengok baby..comeiiiiii sangat

    ReplyDelete
  3. assalam e-na, tahniah, comelnya bby. selamat berpantang ya

    ReplyDelete
  4. Tahniah!! Comelnya baby, selamat berpantang yea

    ReplyDelete
  5. tahniah ena... slmt berpantang...
    bila ingat2 blk kena bedah ni.. seram gitu.. rakan sepejabat akak ada sorang yg buat akak rasa lebih ngeri.. bersalin pertama bedah.. anak baru umur setahun lebih dah peknen.. ok done dah bersalin yg kedua dgn kaedah pembedahan juga.. u know what? anak no. dua baru umur 3 or 4 bulan peknen lagi!!! ya Allah akak yg seram bila tau dia peknen... doktor selalu sarankan kita yg operate peknen after anak 3 tahun... bayangkan.. dahla yg no. 2 dia peknen baru setahun lebih.. now no. 3 peknen lagi.. baby baru 3, 4 bulan... hisshhh.. akak yg terlebih risau.. hehe.. apa2pun.. senang bila dah ikat tu kan.. akak dulu bersalin no. 3 operate kecemasan.. suami pun belum sampai masa tu.. akak dah dibawa ke bilik bedah.. kalau tau dari awal bole akak minta izin dgn suami utk ikat terus... senang takyah fikir terpeknen lg lepas tu.. hehe...

    ReplyDelete
  6. Salam kak e-na.. Tahniah di atas kelahiran dan kehadiran orang baru..mmm comelnyer.. Selamat berpantang akak.. turn erma baru lepas.. erma dah mula masuk kerja.. semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh..

    ReplyDelete
  7. Salam...alhamdullilah syukur kedua2 nya selamat ye...lebat juga rambut org baru tu...jg mkn ye....

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... syukur selamat semuanya. Samalah kita... Allah kurniakan 4 orang cahayamata. Selamat berpantang Ena... take care & baby too.

    ReplyDelete
  9. tahniah... seronok tengok baby, suka sangat2... ^^

    ReplyDelete
  10. tahiah atas nikmat Ilahi dengan hadirnya ahli baru..selamat berpantang dan semoga pulih seperti sediakala..

    ReplyDelete
  11. geramnya tengok baby comei ni .. Selamat berpantang

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum.
    Selamat berpantang dan tahniah...

    ReplyDelete
  13. Kak e-na..tahniah...selamat berpantang..selamat hari ibu..selamat hati guru...rindu kat akak..baby tomeinya...

    ReplyDelete
  14. slmt berkenalan k-ena..jemput singgah blo Sarah ye :-)

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum..
    Nak tanya masa ni berapa caj yg sis kena utk czer n ikat ye di ppum?

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum..
    Nak tanya masa ni berapa caj yg sis kena utk czer n ikat ye di ppum?

    ReplyDelete