Monday 28 November 2011

Siakap Bakar Berempah Woku Mabeles




Harum wangi semasa menumis di tambah dengan keenakan rasa rempah yang menyaluti ikan membuatkan E-na berulang kali memasak ikan bakar berempah woku. Bak kata kak Ummi, sapa dah buat rasa tak sedap meh bgtau akak...akak bagitau editor buku ni... (resepi ni dari kak ummi )...

Resepi ini  menepati selera kami...memang sedap!!! Mula terpikat masa tengok kat umah ita. Lepas tu beberapa kali buat dengan pelbagai jenis ikan yang ada kat jepun....ternyata sesuai walaupun hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di sini sahaja...rasanya kalau guna ikan siakap dan  talapia lagi meletop! Dalam gambar ni e-na guna ikan yang warna hitam, klik sini utk tengok gambar ikan. Ikan hitam ni sedap dan pernah try guna ikan merah pun sedap....aji n saba pun ok gak rasanya...




RESEPI SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU

Bahan-bahan:
  •   2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar -
  •  2 sudu teh air perahan limau nipis
  •  1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  •  4 helai daun pandan - hiris halus (E-na guna 1helai)
  •  2 helai daun kunyit - hiris halus (E-na guna 1 helai)
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (E-na tak masukkan)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar :
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar
  • 2 cm halia


Bahan Pelengkap : (yang ni tak buat)
  • Daun senduduk secukupnya
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan. 
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...



22 comments:

  1. kak ena ^^ tun pun dh try nih. mmg sedap rasa rempah dia.. guna siakap mesti sedap sgt!

    ReplyDelete
  2. pengsannnn!!!! nak juga makan ikan siakap bakar....adeeeehhh meleleh-leleh liur sepanjang perjalanan pulang ni....

    ReplyDelete
  3. wahhh...nanges tgk...sedapnye ikan bakar...!! nakkkk...!!

    ReplyDelete
  4. akak! betul tu, byk2 ikan bakar, rempah woku ni paling memikat rasa. :D. kite pun byk kali buat dah ni. hihi..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak E-na, sedapnye ikan bakar. saya selalu suka ikan bakar berempah gini nih. kena try, ada ikan tilapia dalam peti ais tu.

    ReplyDelete
  6. nak nak nak.. nak simpan resepi ni tau.. nak wat ikan bakor gak ni.. teringin benor smlm nak makan ikan bakor,, tapi cuma ada gelama je dlm fridge.. so buat lah gelama bakor.. air asam.. hehehe.. :)

    ReplyDelete
  7. wangsi sampai kat oyama ni akak
    sedapnyer....
    siakap akak order kat baticrom ekkk

    ReplyDelete
  8. E-na, akak bawak nasi putih ni...ada ke xda lagi ikan tuh...nak tumpang menyuap dah ni... Mmg best kan ikan nih...wpun kdg2 ada antara bahan yg xda...tp menten sedap... Wah E-na dh byk kali buat eh...nampak gaya akak kena buat lg laa...hehehe, thanks sudi selongkar dapur akak tu eh :))

    ReplyDelete
  9. Aku suka ikan bakar utk mengurangi makanan berlemak, Dikampungku banyak ikan Mas n ikan Nila, pingin aku mencoba dengan resep ini, TQ

    ReplyDelete
  10. sedapnya, skrg ni anak2 nani pun tengah2 gemar makan ikan bakar... 3 hari berturut2 kitorang makan ikan bakar.. nak try gak la ikan bakar e-na wat ni..

    ReplyDelete
  11. terliur saya dibuatnya tgk ikan ni....

    ReplyDelete
  12. Kalau guna ikan lainboleh tak Kak Ena?

    ReplyDelete
  13. Aslmkum Ena

    Sedap nampak ikan bakar yg Ena hidangkan .bbrapa hari lepas tengok jugak resepi ni sbb nak buat ikan bakar juga tp kena kiv dulu sbb byk bahan2 tak da stok...

    ReplyDelete
  14. salam enaaa...lama sungguh nekpp x berblogging..bz!! harum bau ikan bakar muuu terusss terjah ker dapor mu ;))..

    ReplyDelete
  15. salam na...kita pun dh prnah try rspi ni..tpi kita suke rspi ikan bakar tomyam lgi..hehee..slera msing2 kan..tpi klu ada lauk2 mcm ni xpyah lauk lain dh kan..bleh hbis nsi brpngan2..

    ReplyDelete
  16. Assallamualaikum e-na..
    Gulppp.. Tgk gmbr je dah rasa air liur nk meleleh..

    ReplyDelete
  17. sedapnyaaa tengokk..ada eh siakap..huhuuu

    ReplyDelete
  18. Marveles..Minat sgt tgk tanaman kak E-na.. Im new in Japan..

    ReplyDelete
  19. Marveles..Minat sgt tgk tanaman kak E-na.. Im new in Japan..

    ReplyDelete
  20. sedapnya... ann bukak je blog ena ni terpampang gambo ikan bakar...sgt menguji nafsu makanku ptg2 ni... time weeknd boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  21. sedapnya tgk.nk buat tp xtau nk cr kat mne ikan siakap ni.nyum3

    ReplyDelete
  22. As'salam E-na

    k.ct ni kalau makan ikan dalam 2 minggu sekali jer kot, maklumlah yang makan ikan k.ct dengan Hubby jer. anak2 dirumah ikan ni tak pandang lah..risau tengokkan.

    Kot2 k.ct nak cuba kenlah beli ikan kecik jer maklumlah yang makan cuma 2 mulut jer..hehehe. waktu kerja pulak Hubby balik dah malam lagilah payah nak beli ikan besar2 ni sebab Hubby makan sekali jer kat rumah waktu malam :)

    ReplyDelete