Saturday 14 November 2009

:-> Mochi-mochi Bread


Hari ini baru sempat E-na snap gambar Mochi-mochi Bread ni. Roti ini adalah roti putih biasa yang biasanya kita buat sandwich. Sebelum ni kalau beli roti tu tak pernah la pulak nak tengok tekstur roti tu tapi bila buat sendiri ni banyak yang nak tahu apa akan jadi kalau lebihkan bahan ini atau kurangkan bahan itu.
Jadi walaupun hanya a loaf of a white bread, banyak knowledge baru yang E-na dapat darinya. Macam Mochi-mochi bread ni memang nama yang tertulis dalam resepi asalnya.Mungkin sebab teksturnya yang agak bulat-bulat macam mochi jepun ni itu yang di panggil Mochi-mochi Bread. Mochi dalam nihongo adalah beras pulut. Beras pulut jepun ni bulat2 beza sket dr beras pulut di malaysia. Nanti E-na upload gambar Mochi pulak.Di bawah ni ada close up tekstur roti ni...ye ke bulat2? he he nanti E-na buat roti lain pulak kita compare yer...

Walau bagaimana pun dari segi rasanya...sedap dan lembut gitu! Resepi asal menggunakan air tapi E-na suka campurkan separuh susu dan separuh air..untuk roti yang lagi lembut dan rasa yang lagi sedap...ni citarasa di rumah ni, jadi bagi yang x suka susu bole guna air semuanya.

Mochi-Mochi Bread
Bahan-bahannya:-)
  • 110ml air
  • 100ml fresh milk
  • 290g tepung roti
  • 16g gula (2tbs)
  • 6g susu tepung (1tbs)
  • 5g garam (1tsp)
  • 15g butter
  • 3g dry yeast (1tsp)
Cara Membuatnya :-)
  1. Masukkan susu dan air ke dalam Bread Maker.
  2. Masukkan separuh tepung diikuti dengan gula, garam, butter dan susu tepung.
  3. Kemudian masukkan baki tepung tadi.
  4. Buatkan sedikit lubang pada tepung dan masukkan dry yeast.
  5. Pilih menu yang sesuai dan tekan on. Kali ini E-na guna 'GEBU' dan untuk bake colour E-na guna yang 'HALUS'(x gelap sgt).
  6. Tunggu sehingga selesai.
  7. Bila sudah masak, biarkan sekejap baru di keluarkan dari bread maker.
  8. Sejukkan di atas redai.
  9. Bila dah sejuk bolehlah dipotong.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

7 comments:

  1. Tingginya naik..jd besar cenggitu..best kan kalau pandai buat bread sendiri..Seumur hidup I tak penah try baked bread sendiri...

    ReplyDelete
  2. cantiknya roti e-na. I wish I have a BM!! hehe

    ReplyDelete
  3. Salam E-na,
    Gebusnya roti dia. Puas hati kalau buat menjadi kan.

    ReplyDelete
  4. BM owh BM..
    macam pembakar semangat suh beli masa bonus nnti ni... hehehe...

    ReplyDelete
  5. gebussnya roti dia, cam nak ngap jer

    ReplyDelete
  6. Azmiezas : seronok jugak dok ekperimen roti ni...E-na pun baru belajo je ni..

    Ain: tq kak...insyaAllah...akan dpt nanti, amin.

    Hazila : Waalaikumussalam, alhamdulillah menjadi yg ni...mmg puas hati...

    Noorma Ismail : ha ha ha ye la tu kot..

    a.z.r.i.n.a.03.07 : klu minat ape salahnya kan...he he

    lina_pg : sila2..

    ReplyDelete