Friday, 29 July 2011

:-> Bun Kacang Merah

Bun ini akan kekal lembut walaupun sudah sejuk.



Bahan-bahan doh:
  • 200 ml cecair (fresh milk + 1 biji telur )
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 25 gram gula
  • 25 gram butter
  • 25 gram shortening
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil bread softener
  • 1/2 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan-bahan lain :
  • Inti kacang merah secukupnya
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit air untuk spray permukaan roti

Cara membuatnya:
  1. Masukkan telur ke dalam cawan metrik. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil untuk glis nanti.
  2. Campurkan fresh milk ke dalam cawan metrik yang mengandungi telur menjadikan 200ml.
  3. Tuang ke dalam bread maker.
  4. Masukkan tepung gandum, tepung roti ke dalam plastik di atas penimbang. Diikuti dengan garam halus, butter, shortening dan gula.
  5. Kemudian masukkan ke dalam bread maker.
  6. Buatkan sedikit lubang di atas tepung, masukkan dry yeast.
  7. Letakkan bread improver dan bread softener di penjuru dalam bread maker.
  8. Pilih menu 'dough' dan tekan 'on'.
  9. Biarkan bread maker menguli sehingga selesai.
  10. Keluarkan doh dan tumbuk untuk mengeluarkan udara.
  11. Bahagikan doh kepada 12 bahagian seberat lebih kurang 49 gram sebiji. Bulat-bulatkan.
  12. Masukkan inti kacang merah ke dalan doh dan bulatkan supaya licin cantik.
  13. Susun di dalam loyang 4 segi.
  14. Panaskan oven 180 degree selama 3 minit.
  15. Masukkan doh yang telah siap TANPA ON kan oven.
  16. Set timer selama 30 minit. Biarkan doh mengembang.
  17. Masukkan 1 sudu kecil fresh milk ke dalam telur untuk glis. Kacau sebati.
  18. Sapukan pada permukaan doh yang telah naik.
  19. Spray sedikit air pada permukaan doh.
  20. Bakar dengan suhu 180 degree selama 18-20 minit.
  21. Biarkan di dalam oven selama 2 minit baru di keluarkan. Untuk dapatkan permukaan roti lebih perang/ gelap
  22. Sejukkan di atas redai atau boleh dinikmati ketika masih suam.
  23. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE
  • Gula dapat membantu mengaktifkan dry yeast. Seeloknya gula di masukkan last sekali bersama dry yeast. Dalam step diatas E-na letak awal sekali arung je dgn bhn2 lain sebab malas nak sukat daaa...;p
  • Loyang 4 segi 18cm boleh memuatkan 9 biji doh saiz diatas. Selebihnya bulat2kan letak atas tray tepi loyang.

  1. Untuk Mendapatkan Roti Yang Berkilat Cantik * Telur di campur dengan susu segar dan di sapukan di permukaan roti. * Boleh juga di tambah dengan sapuan marjerin / butter di permukaan roti selepas roti masak.
  2. Supaya Roti Tidak Kering * spray permukaan roti dengan sedikit air sebelum dibakar
  3. Supaya Roti Lembut Sepanjang Masa * Telur, bread softener, bread improver, dan water roux / thangzhong adalah agen pelembut roti. * Kualiti tepung roti juga mempengaruhi kelembutan roti. * Jangan biarkan roti terdedah ke pada udara terlalu lama. Simpan di dalam bekas kedap udara.

11 comments:

  1. wahhh..lembut gebu la roti tu e-na.....
    sedappnya tengokkk....

    mas dok kat tudm subang la e-na,
    e-na dok shah alam sekysen berapa yerk....

    ReplyDelete
  2. salam kenal e-na...sedap rupa bun ena...dah lamanya tak makan bun kacang...tapi yg beli punya..hehhehe

    ReplyDelete
  3. softener semua tu dah habis dah la pula.. memang nak buat mengenangkan banyak lagi tepung roti ngan inti kacang tu.. haishh bila la rajin nak godek roti ni. hehe

    ReplyDelete
  4. salam kenal....baru sempat nak terjah sini...nak pangey nama apa ek???? sedapnyer nampak bun itew ngeeee

    ReplyDelete
  5. E-na...ka cek dtg nak joint bekpes ngan E-na...ada bun kcg merah lagi...sedapnya...:)

    ReplyDelete
  6. gebu n nampak sedap ler roti tu... bun kacang merah mmg best.. tambah2 lg kalu bubuh inti banyak2... sedapnya tu....

    ReplyDelete
  7. Salam singgah e-na..bun kacang ni mmg sedap,nak2 pulak inti tu homemade punyer...sure terangkat laa

    ReplyDelete
  8. salam kak ena.. sedap tu nampak.. gebu je.. leh simpan resepi ni nanti sebab kata bila sejuk pun lembut

    ReplyDelete
  9. Salam Ramadhan Al Mubarak dari kami disini. Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  10. wowo~ mcm best je bun 2! :)

    ReplyDelete