Monday, 23 August 2010

:-> Seafood Lasagna


Seafood Lasagna adalah antara menu favorite bila ke Pizza Hut. Dah setahun tak merasa keenakan dan kelembutan lasagna kat pizza hut tu....eerrrrmm rasanya yang creamy...yummy...yummy...


Resepi Seafood Lasagna


Bahan A
  • 4 keping kulit lasagna
  • 1 sudu kecil olive oil
  • Air secukupnya
  • Mozarella Cheese secukupnya (Untuk di tabur di atas susunan lasagna nanti)

Cara Membuatnya :
  1. Rebus kulit lasagna sehingga lembut. Masukkan olive oil ke dalam rebusan tersebut supaya tidak melekat.
  2. Angkat dan toskan.


Bahan B
  • 1/2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1 biji bawang putih (optional)- dicincang halus
  • 5 batang crab stik - potong kecil
  • 10 ekor udang - potong kecil
  • 1 1/2 sudu besar butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit oregano, basil / mix herbs
  • garam dan perasa

Cara Membuatnya:
  1. Cairkan/ panaskan butter.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang dan crab stik. Kacau
  4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa, kacau sebati.
  5. Akhir sekali masukkan oregano dan basil, kacau sekejap dan angkat.

Bahan C (White sauce)
  • 400 ml fresh milk
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan C ke dalam periuk dan kacau sebati menggunakan hand whisker.
  2. Masak adunan sehingga mendidih dan pekat.
  3. Tutup api dan ketepikan.

Cara Menyediakan Lasagna :
  1. Susun 2 keping lasagna di dalam casserole 20cm. Masukkan sebahagian bahan B dan ratakan.
  2. Kemudian curahkan separuh white sauce diatasnya. Ratakan.
  3. Susun lagi 2 keping lasagna diaatas white sauce. Masukkan baki bahan B dan ratakan.
  4. Curahkan semua baki white sauce dan ratakan.
  5. Taburkan mozarella cheese menutupi white sauce.
  6. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 30 minit. Sedia untuk dihidangkan bersama chilli sauce atau tabasco atau di makan begitu sahaja.

Note : Boleh gunakan caserole bersaiz kecil untuk mendapatkan lapisan yang lebih banyak.

18 comments:

  1. lasagna was my favourite food until one time dah tak boleh makan cheese kalau tak migraine....

    ReplyDelete
  2. salam kak ena..
    my paberet tuh..kompem oder kalau g PH..selamat berpuasa & bsahur kak...

    ReplyDelete
  3. Sedapnye...kmalpun dah lama tak kena lasagna ni kat pizzahut..selalu gak order ni... dah ada resepi..nnt boleh buat.

    ReplyDelete
  4. salam ena..lemak brkrim lgsana ena tu..sdppppnyee...anak2 kita memang ske..cma smjak blik msia ni xprnah buat lgi..sbb ada kat pza hut..hehe..slmat brshur utk ena sklrga..

    ReplyDelete
  5. wah.. sedapnya.. lapar terus..! huhuh

    ReplyDelete
  6. sedapnya tengok...terliur dibuatnya....

    ReplyDelete
  7. slm e-na..apa khabar,nmpk sedap sgt lasagna tu....lemak berkrim..mana beli kulit lasagna tu na..Baticrom mari ke?

    ReplyDelete
  8. salam .. lama tul x singgah sini .. :)
    sedap kan lasagna dia pizza tuh .. nak buat x pandai .. takut lak x jadi , mcm2 hal .. kalau teringin memang layan yg pizza punyer lahhh :)

    ReplyDelete
  9. salam Ena..nampak sedap lasagna tue..k.atie lom pernah buat la.. ngeeee

    ReplyDelete
  10. ena...kita copy resepi pau...mnta izin ^_^

    ReplyDelete
  11. ya Allah..tergugat iman...hehe

    salam ramadhan

    ReplyDelete
  12. sy mmg suka lasagna, tapi ayam or daging ler, sbb tak mkn seafood ;)

    ReplyDelete
  13. Tergodanya. tp kena kurangkan lemak dalam badan la pulak.

    ReplyDelete
  14. sedapnye.......nak buat malas.... g kat pizza je la...ngeh3..

    ReplyDelete
  15. Just wish to say your article is as amazing. The clarity on your
    publish is just spectacular and that i can think you're a professional on this subject. Well along with your permission allow me to clutch your RSS feed to keep updated with coming near near post. Thank you one million and please keep up the gratifying work.

    my site; click through the next web site

    ReplyDelete
  16. Saya nak cuba buatlah. Thanks for the recipe (:

    ReplyDelete
  17. Hi. 2021 datang sini cari resepi sedap

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum..hi 2021. Minta izin nk buat resepi ni ye. Semoga bahagia selalu

    ReplyDelete