Friday, 8 January 2010

:-> Ayam Panggang Madu


Ayam Panggang Madu ni makan macam tu pun sedap. Bahan-bahan yang E-ena guna pun simple je...Biasanya E-na buat ayam panggang madu ni bila ada menu sup ayam di rumah ni. E-na akan gunakan ayam dari sup tersebut. Bila dah mendidih sup ayam tu, E-na keluarkan sebahagian ayam untuk di perap dengan bahan-bahan di bawah ini.

AYAM PANGGANG MADU
Bahan-bahannya:
  • 8 ketul ayam (chicken wings lagi sedap!)
  • 2 tbs madu
  • 1/3 tsp black pepper powder
  • 1-2 tbs kicap pekat manis
  • 1 tbs sos tiram
  • Sedikit garam dan perasa
Cara Membuatnya:
  1. Rebus sebentar ayam sekadar airnya mendidih sekejap. Biasanya E-na gunakan ayam dari sup ayam.
  2. Kelar sedikit ayam tadi supaya dapat menyerap sos.
  3. Perap ayam dengan semua bahan di atas selama 1 jam. Kalau perap lama lagi sedap rasanya.
  4. Bakar di dalam oven dengan suhu 230 degree selama 15 - 20 minit atau sehingga ayam kemerah-merahan warnanya.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

7 comments:

  1. Sedapnya Ayam Panggang!!! ;) yummyyyyy! Ada lagi tak???

    ReplyDelete
  2. tengok pun dah berselera...bolehlah cuba panggang pulak..slalunya zarin goreng je:)

    ReplyDelete
  3. Datang nak jengok..walaupun Akak tak makan ayam..boleh jugak try utk anak2 esok2...lega hari ni dah Jumaat..peti tu pun dah kosong!Esok kena isi balik!..berkilat jer nampak ayam tu!!!

    ReplyDelete
  4. Sedap nyee.... kalo dpt kat budak2 mau ratah je nih!

    ReplyDelete
  5. nyummy...sedapp tuhh blehh jadikk menu nasi ayamm..kan....kelainan yang menyelerakan......

    ReplyDelete
  6. Sedapnya E-na,kita selalu buat ayam goreng madu..simple gak tapi sedap..kalau E-na punya style kita blum try lagi..

    ReplyDelete
  7. nampak berkilat..adusss...lapar lapar!!!

    ReplyDelete