Wednesday, 9 September 2009

:-> Agar-Agar Trio Santan


AGAR-AGAR TRIO SANTAN

Bahan-bahan:-)
  • 7gm serbuk agar-agar
  • 400ml santan
  • 600ml air
  • 120gm gula
  • Pewarna hijau, merah dan kuning

Cara Membuatnya:-)
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan santan, kacau dan bila mendidih tutup api.
  3. Masukkan lebih kurang 330ml agar-agar tadi ke dalam bekas dan masukkan pewarna hijau. Kacau sebati. Tuang ke dalam acuan agar-agar.
  4. Biarkan seketika. Boleh di masukkan sekejap ke dalam freezer utk mempercepatkan agar-agar td beku.
  5. Bila lapisan atas agak beku, tuangkan 330ml agar-agar plain ke dalam bekas dan masukkan sedikit pewarna merah. Kacau sebati dan tuangkan ke atas agar-agar hijau tadi.
  6. Biarkan beku sedikit dan akhir sekali masukkan pewarna kuning ke dalam periuk agar2 tadi (jika agak beku bolehlah dimasak sedikit) dan tuangkan ke atas lapisan agar-agar merah tadi dan biarkan sejuk baru di potong.



Source : E-nalovelykitchen