Friday 4 November 2011

Easy Peasy Vanilla Cupcake and Simple Buttercream



Entry tertunggak lagi. Vanilla Cupcakes yang E-na buat on 15th July 2011. Vanilla cupcakes ini di bawa semasa program mandi sungai Family Nagoya di Gifu keesokan harinya. Bangun pepagi untuk deco cupcake dan masak nasi lemak sebagai bekal untuk picnic. Cupcakes pun tak sempat posing , snap di tepi sungai je ni.


Easy Peasy Vanilla Cupcake resepi dari Zarin ini telah beberapa kali e-na buat. Sedap dan senang disediakan sesuia dengan namanya 'easy peasy'. Pernah buat semasa kunjungan As Yamagata ke rumah (dah lama ni..hihii) tapi tak ambil gambar. Resepi vanilla cupcake telah E-na alih bahasa. Kalau taknak letak buttercream pun bole...siap masak bole makan terus sebagai hidangan breakfast , minum petang atau bekal berkelah.

Untuk Buttercream E-na guna resepi Kak Fida MyR. Kak Ita Masam Manis yang suggest resepi BC kak fida pada E-na.  Simple BC ini senang dan sesuai untuk deco cupcakes  atau cake yang simple. Thanks Zarin, Kak Fida and Kak Ita.


RESEPI EASY PEASY VANILLA CUPCAKE
(35 pcs saiz cupcake di atas)

Bahan-bahan:

  • 125 gram butter suhu bilik
  • 180 gram self raising flour
  • 170 gula castor (E-na letak 150g)
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu (E-na letak 100ml fresh milk)
  • 3/4 sudu kecil esen vanilla
  • 1/4 sudu kecil garam
Cara-cara:
  1. Panaskan oven 180 degree.
  2. Satukan semua bahan di dalam mangkuk pengadun.
  3. Pukul dengan mixer sehingga lembut dan gebu.
  4. Masukkan ke dalam paper cupcakes menggunakan sudu sehingga 3/4 penuh.
  5. Bakar selama 15 - 20 minit. E-na bakar selama 16 minit.
  6. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE DARI LOVELY KITCHEN:
  • Kurangkan sedikit adunan di dalam papercupcakes jika hendak deco.
  • Boleh deco setelah cupcakes sejuk atau di buat awal sehari sebelum deco.


RESEPI SIMPLE BUTTERCREAM
 (20 cupcakes kecil)

Bahan-bahan:
  • 250 gram butter
  • 100 gram susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna pilihan
Cara-cara:
  1. Pukul butter, susu pekat manis dan esen vanila sehingga berkrim.
  2. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk warna pilihan.
  3. Titikkan warna yang dikehendaki. Kacau rata.
  4. Hias ikut citarasa sendiri. Simpan lebihan butter cream di dalam peti sejuk untuk kekal cantik. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.
E-na masukkan sekali Resepi simple Chocolate Buttercream di sini untuk rujukan. Senang nak refer bila perlu nanti. E-na belum try lagi resepi ini. 



RESEPI SIMPLE CHOCOLATE BUTTERCREAM

Bahan-bahan:
  • 250 gram butter
  • 200 gram gula icing (1 3/4 cawan) diayak
  • 170 gram air sejuk dari peti ais (3/4 cawan)
  • 1 sudu besar chocolate paste
  • 2 sudu besar serbuk koko di ayak
Cara-cara:
  1. Pukul butter sehingga putih. Masukkan gula dan terus pukul sehingga pekat.
  2. Perlahankan mixer dan masukkan air sejuk sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati dan tukarkan pada kelajuan tinggi dan terus pukul sehingga kembang.
  3. Akhir sekali masukkan chocolate paste dan serbuk koko dan pukul rata.
  4. Matikan mixer dan gaul lagi adunan buttercream dengan spatula atau senduk kayu hingga sebati.
  5. Chocolate buttercream siap untuk digunakan.


Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry Pizza Mudah menggunakan Bun burger dan Sos Pizza di Jepun . Thanks...


UPDATE RAKAN YANG TELAH MENCUBA EASY PEASY VANILLA CUPCAKES

13 comments:

Anonymous said...

comel cupcake tu, kalau tak letak cream cheese tu boleh ke

Faiz said...

kak ena! snap di tepi sungai pun cantekkk

CT Delima said...

As'salam e-na

cantiknya..tapikan nak makan tu macam sayang jer..hehehe

Ida,Japan said...

cumelnyer cupcake tu...rasa sayang jer nk mkn he.he

Asmara said...

wee!! memang sedap sangat kak ena buat masa tu. berapa ketul ntah aii abiskan. haha.. ala rugi tak ambil gambar cupcake yang ada nama tu kan! cantik sangat! :D

Cheq Sue said...

:) comel aje nampak. Kalau buat untuk besday party memang sesuai sgt la ni

Gee® said...

cantekkk... boleh buat raya hj nih...

ilahjy said...

mmg amat comel e-na... kak dah print resepi ..t.k ...laksam pun kak dah buatkan langkah2 dlm dapo kak... kak dah beli tudung periuk lagi cantik dan mudah kerja..muahhh t.kasih jasamu dikenang..

Akak Kembang said...

Comel Kak Ena...

Ina Haireina said...

Amboi.. geramnye tengok kapkek tu... cantik dan comel jeee... sedap2.. leleh air liur ni ha... mMMmm...

Liza said...

kalau tgn org seni ni, buat ape pun cantik jer....jeless tau...hihihi

EmbunRosaliza said...

cantik cupcake tu e-na, xpe gambar tak basi hehee,

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

tertinggal byk n3 ker ayu ni??? sehari x masuk belog ngeee....sedap suker gak....ingat esok nk buat muffin if rajin la nk koyou kt nikko :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...