Tuesday 14 March 2017

POKOK BUNGA RAYA PINK BERLAPIS


Habis keje ptg tadi sempat singgah nursery pokok di Bukit Kuda. Dapat 2 pokok bunga raya kuning besar RM10 dan bunga raya pink berlapis RM15 serta 3 biji pasu warna biru dengan harga RM7 sebiji. Total RM45. Cash ada RM30 hutang lagi RM15. Dah kenal punya pasal, percaya je bagi hutang. Esok on the way balik meeting kena singgah bayar hutang pulak. Errmmmm silap-silap sangkut pulak pokok lain.

Wednesday 8 March 2017

BUAH TOMATO DARI TAMAN KEBUN MINI



Ada beberapa pokok tomato dalam pasu di taman kebun mini E-na yang sedang mengeluarkan hasil dan sudah mula dipetik beberapa minggu lepas. Hari ini baru sempat snap sekeping gmbr buah tomato untuk di abadikan dalam alam maya.




Tuesday 7 March 2017

BILA BOLEH ALIHKAN ANAK POKOK SEMAIAN


Pagi tadi ada masa 30 minit sahaja untuk pindahkan anak pokok kacang botor yang di semai 2 minggu lepas. Separuh dah alih sabtu lepas, terpaksa stop coz x cukup tanah hitam.

Dengan pantas siap gaul 9 beg tanah dan transfer 6 anak pokok kacang botor ke dalam polibag in 30 minutes. 

Senang hati bila anak pokok sudah dialihkan. Biar cepat membesar dan berbuah lebat ye.. Nampak sedikit perbezaan anak pokok yg dh 3 hari dialihkan. 

Monday 6 March 2017

Beli Baja Seguni


Kat mana nak cari baja yang jual seguni? sekarang pokok-pokok dah makin bertambah, penggunaan baja semakin banyak. Rasanya sudah sampai masa untuk beli baja seguni. Baru berbaloi. Tapi tak tau nak beli kat mana...td beli baja pokok, buah dan bunga 2kg rm18 each...ok misi lepas ni mencari baja yang jual berguni....errmm kena survey dulu baja jenis apa yg sesuai...tempat nak simpan pun kena fikir gak tu :p

Saturday 4 March 2017

Benih Kacang Botor & Terung Panjang


Biji benih Baba beli di Tesco Shah Alam. Benih Kacang botor@ kacang kelisa dan biji benih terung panjang. Benih disemai pada ahad 19 feb 2017.
Hari ini 4 Mac 2017 anak pokok kacang botor dan terung panjang berusia 13 hari. Elok dan menjadi benih BABA ni. Recommended untuk yang berminat mencari benih-benih pokok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...