Bahagia hidup...hari minggu gi kebun mengutip hasil tanaman. Ada kailan, petola, pucuk putat, sawi, cili api dan bunga kantan warna pink lembut. Itulah kata orang tak rugi berbudi pada tanah. Tak abis makan banyaknya..biarpun bukan kami yang menanam tapi umpama kebun sendiri petik je mana yang berkenan. Sedap dapat makan sayur yang ditanam sendiri bebas racun n bahan kimia. Tq jiran yang pemurah..moga dkurniakan kesihatan yang baik selamanya..aamiin.
Sunday, 16 October 2016
Saturday, 15 October 2016
BUNGA KERTAS KUDUP KE MANGKUK?
Si Bunga Kertas yang jarang-jarang kita jumpa...bunganya bebentuk kudup atau seakan-akan mangkuk.
E-na beli di Nursery Batu Belah dengan harga RM8. Hidup subur ye preety!
Thursday, 13 October 2016
KHASIAT POKOK CEKUR
CEKUR PEMBERIAN RAKAN SEJAWAT. TQVM K.BADA.
Pengenalan
Nama Botani : Kaempferia galanga
Famili : Zingiberaceae (keluarga halia)Cekur nie merupakan tumbuhan dalam famili halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur boleh membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.
Rizom atau umbisi cekur mempunyai aroma yang agak lembut, Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang lain. Antara khasiat cekur nie adalah seperti berikut :1. Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
2. Menyembuhkan kembung perut,
3. Melegakan perut memulas
4. Mengurangkan bengkak.
5. Melancarkan Haid.
6. Melegakan batuk.
7. Sakit urat saraf
8. Senak perut
9. Buang angin
10.Sakit sendi.
11.Muntah
Daun cekur muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Orang jawa kat malaysia nie gunakan rizom cekur untuk buat kuih tempeyek, Orang melayu dulu-dulu gunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati malaria. Kat indonesia cekur digunakan oleh wanita lepas bersalin untuk panaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot.
Pokok cekur mempunyai daun yang sederhana lebar, tebal dan berwarna hijau manakala bahagian bawah daunnya berwarna hijau muda dan isinya pula berwarna putih.
Pokok ini mudah didapati di kampung dan ramai suri rumah menanamnya di dalam pasu bunga. Selain digunakan sebagai bahan masakan, ia sering dijadikan ulam oleh wanita terutama selepas bersalin.
Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan. Air rebusan itu akan diminum oleh penggemar herba tradisi ini.
Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita selepas bersalin dan mereka yang berasa kurang bermaya. Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini turut membantu melambatkan kesan penuaan.
Cekur juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah isinya. Terdapat sejenis lagi cekur yang amat berkhasiat dalam tradisi perubatan Melayu.
Cekur yang disebut sebagai cekur merah ini berdaun perang dan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu tetapi ada juga spesies yang mengeluarkan bunga berwarna ungu.
Cara-Cara Penanaman Cekur
Cekur sesuai ditanam di keliling rumah dalam program “Bumi Hijau” yang dianjurkan oleh kerajaan.Benih cekur diperolehi dari pokok sedia ada atau beli rhizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik. Sebaiknya untuk ditanam dalam pasu atau dalam bekas khas (Kotak daripada tin atau plastik) yang diisikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan) serta mempunyai lubang air keluar. Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Bagi tanaman di kebun sebaiknya sediakan batas untuk elakkan dari takungan air. jarak tanaman antara 30 -60 cm bergantung kepada saiz batas. Kawasan kecil diperlukan untuk menanam cekur secara komersial. Belum ada rekod kawasan tanaman cekur secara meluas melebihi 1 hekar satu tempat.
Pembajaan tanaman cekur mudah iaitu dengan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun. Baja 15:15:15 lingkungan 10 – 15 gm/pokok pada peringkat vegetatif serta baja NPK 12:12:17:2 apabila pokok hampir matang. Cabut rumpai dalam pasu dengan tangan dan elakkan daripada pokok cekur cedera ketika mencabut rumpai. Antara musuh tanaman cekur ialah serangan siput babi, siput kecil, belalang, cengkerik dan ulat makan daun (Spodoptera litura) . Kawalan disyorkan ialah dengan mengutip musuh jika ditanam dalam pasu. Penggunaan racun serangga tidak digalakan bagi tanaman cekur.
SOURCE : KHASIAT HERBA
Wednesday, 12 October 2016
BELI POKOK LAGI
Kali ni ke Nursery Batu Belah pulak. Apa lagi yang di cari ye...E-na suka jalan-jalan cuti mata kat nursery. Seronok tengok pokok-pokok subur menghijau. Berbual dengan owner nursery boleh tambah knowledge about plants and gardening. Sambil tengok-tengok jumpa pokok yang berkenan dengan harga mampu milik terus sambar.
Pokok Apple Vietnam atau buah bidara.
Pokok Bunga kertas ini bunganya seolah-olah seperti mangkuk.
Rak pasu 7 biji
Baja untuk pelebat pokok berbuah.
SPRAY RACUN POKOK 5 LITER MUDAH DIBAWA
Pressure Sprayer 5 Liter memudahkan kerja2 meracun di kebun mini. Harga di kotak RM69.90. Selepas tawar menawar dapat la RM45. E-na beli di kedai hardware seksyen 19 shah alam ( mr hubby yang bayar....TQ ye laling ;-)
Friday, 7 October 2016
BENIH POKOK GREEN WORLD DAN PASU PUTIH
Shopping ke nursery lagi...Hasil tangkapan semalam di Nursery Seksyen 18 Shah Alam. Pasu putih, Benih Kacang Buncis, Petola dan Pak choy.
KOS
1. Pasu putih RM3 x 6 RM18
2. Benih Pokok 3 pcks RM10
TOTAL RM28
KOS
1. Pasu putih RM3 x 6 RM18
2. Benih Pokok 3 pcks RM10
TOTAL RM28
HARGA TANAH NAIK LAGI
Dah lama tak membeli tanah. Masa pergi nursery Sungai Buloh aritu harga tanah RM1.20 dan RM1.50...errmmm sama dgn s.alam n klang so tak belilah. Rupanya kat nursery area s.alam dah RM2 untuk tanah merah bakar dan tanah hitam. Ada juga nursery yang jual RM1.80 tanah merah bakar. Tanah merah biasa RM1.50.
Misi mencari pokok yang berbunga wangi. Dapatla pokok kenanga dan pokok bunga Yesterday Today Tomorrow (YTT). Hati pun turut berbunga..
KOS
1. TANAH HITAM RM2 X 7 RM14
2. TANAH MERAH BAKAR RM1.80 X 7 RM12.60
3. POKOK BUNGA KENANGA RM25
4. POKOK BUNGA YTT RM8
5. MALATHION RM6
TOTAL RM65
Misi mencari pokok yang berbunga wangi. Dapatla pokok kenanga dan pokok bunga Yesterday Today Tomorrow (YTT). Hati pun turut berbunga..
Pokok Bunga Kenanga. Mula keluar putik bunga bewarna hijau. Bila beberapa hari akan bertukar ke warna kuning. Harum wangi bau bunga kenanga.
Yang ini pula pokok bunga YTT Yesterday Today Tomorrow. Mula-mula bunga akan bewarna purple, kemudian bertukar ke light purple dan bila hampir layu ia akan bewarna putih. Unik dan bunganya juga berbau wangi tapi awas pokok ini beracun.
KOS
1. TANAH HITAM RM2 X 7 RM14
2. TANAH MERAH BAKAR RM1.80 X 7 RM12.60
3. POKOK BUNGA KENANGA RM25
4. POKOK BUNGA YTT RM8
5. MALATHION RM6
TOTAL RM65
Wednesday, 5 October 2016
POKOK RERAMA MERAH
Pokok rerama merah pemberian rakan sejawat. Asalnya anak pokok setinggi ibu jari. Ada rezeki kita cari rerama hijau dan rerama batik pula.
Sunday, 2 October 2016
POKOK BUNGA MURAH DI NURSERY SUNGAI BULOH
Salam Maal Hijrah 1438h.
Terapi minda di hari minggu jelajah kebun bunga di jalan Kg Orang Asli Sg. Buloh, berhampiran dengan Hospital Sungai Buloh. Hasil tangkapan di pagi tahun baru dapat 2 pokok bunga Akar Dani, 3 pokok bunga kertas kawin, 1 pokok b
unga raya putih dan 1 pokok bunga melur. Alhamdulillah happy sangat. Tqvm Mr handsome sudi teman jelajah nursery ari ini.
Bunga Raya putih jenis renek. Sesuai di tanam dalam pasu.
Bunga Kertas kawin 3 color.
Kos hari ni :
1. Pokok Bunga Akar Dani (besar dah berbunga) RM10 x 2 pokok
2. Pokok Bunga Kertas kawin saiz sedang RM20 x 1 pokok
3. Pokok Bunga Kertas kawin saiz besar RM35 x 2 pokok
4. Pokok Bunga Raya Putih Renek RM13 x 1 pokok
5. Pokok Bunga Melur FREE GIFT
TOTAL SELEPAS DISKAUN RM5 RM118
Monday, 21 March 2016
PUDING LAICI SELASIH
RESEPI PUDING LAICI SELASIH
(Acuan 2L)
Bahan A (Lapisan Pink)
10g agar-agar serbuk
600ml air
1 tin susu pekat manis
300ml air
Sedikit pewarna pilihan
Cara membuatnya:
1. Larutkan susu pekat manis bersama 300ml air. Kacau rata dan ketepikan.
2. Masukkan agar-agar serbuk ke dalam 600ml air dan kacau rata.
3. Masak larutan agar-agar di atas dapur. Bila mendidih sedikit, masukkan larutan susu pekat manis
dan kacau rata. Kecilkan api.
4. Masukkan pewarna pilihan dan kacau rata.
Bahan B ( Lapisan Merah)
10g agar-agar serbuk
3/4 cawan gula pasir
600ml air
300ml sirap laici diambil dari 1 tin laici
Sedikit pewarna pilihan
Cara Membuatnya :
1. Masukkan agar-agar serbuk, gula pasir ke dalam 600ml air.
2. Masak di atas dapur sehingga semua larut.
3. Masukkan sirap laici dan sedikit pewarna pilihan dan kacau rata.
4. Bila mendidih sedikit kecilkan api.
Bahan C
10g biji selasih di cuci dan di rendam
1 tin buah laici di potong-potong kecil (sirap laici di guna dalam Bahan B)
Cara Melapis:
1. Ambil 200ml larutan A (larutan susu pekat manis), tapis dan campur sedikit biji selasih. Kacau
rata dan tuang ke dalam acuan.
2. Masukkan dalam freezer lebih kurang 5 minit untuk keraskan lapisan permukaan agar-agar.
3. Bila lapisan pertama keras, ambil 200ml larutan B, tapis dan campurkan sedikit potongan buah
laici.
4. Masukkan ke dalam acuan perlahan-lahan. Keraskan di dalam freezer.
5. Ulang proses melapis sehingga habis. Sejukkan puding di dalam petiais sehingga keras. Keluarkan dari acuan dan potong. Sedap di makan seju-sejuk. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
TIPS LOVELY KITCHEN
1. Sediakan larutan untuk lapisan A dahulu dan bekukan 200ml dalam acuan ke dalam freezer.
2. Larutan A selebihnya biar di atas dapur dengan api paling kecil.
3. Sementara menunggu Lapisan A mengeras, sediakan larutan B.
4. Kacau selalu larutan sementara proses melapis siap.
5. Lebihkan 200ml air bagi bahan A dan Bahan B jika inginkan puding yang lembut dan tidak perlu
di potong. Cantik disediakan di dalam bekas-bekas kecil seperti gambar di bawah.