Friday 23 August 2013

MOIST PANDAN MARBLE CAKE


Kejadian Kek Pandan Marmar E-na tidak seindah namanya. Tak sempat nak layer bagai, tuang je semua adunan. Operasi di dapur perlu selesai dengan pantas sebelum baby terjaga untuk breastfeed. Tak pe tak cantik di mata asal sedap di tekak kan. Resepi asal dari Snappytreat, di olah oleh k.yatiKak Ita Masam Manis dan Mat Gebu juga telah mencuba kek Moist Pandan Marble ini. 


Resepi di bawah telah E-na edit mengikut bahan-bahan yang digunakan. Kalau nak buat separuh adunan guna sukatan warna hijau.

RESEPI  MOIST PANDAN MARBLE CAKE
Loyang 8 inci

Bahan-bahan:

  • 250 gram butter - cairkan dan biar sejuk (125g)
  • 250 gram gula kastor (125g)
  • 250 gram tepung gandum - di ayak (125g)
  • 8 biji telur gred A (4 biji)
  • 1 tbs ovalette (1/2 tbs)
  • 4 tbs susu pekat manis (2 tbs)
  • 2 tbs serbuk koko (1tbs)
  • 1 tbs chocolate emulco (1/2 tbs)
  • 1 tsp esen vanila (1/2 tsp)
  • 1/2 tsp esen pandan (1/4 tsp)
  • sedikit pewarna hijau
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser acuan dengan mentega, alas acuan dengan baking paper. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis. Putar perlahan supaya semua sebati kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (lebih kurang 3 minit). Tuang mentega cair dan putar sebati.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu di masukkan esen pandan dan pewarna hijau, kacau rata. Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati. Masukkan 4 sudu besar adunan coklat di tengah-tengah acuan. Sudukan cara berselang seli dengan adunan pandan hingga siap.
  4. Bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak.  Biarkan dalam kek dalam oven dengan pintu oven terbuka beberapa minit sebelum dikeluarkan. Terbalikkan atas jaring, buang baking paper dan biarkan kek sejuk. Potong dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kelembapan kek. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.



Friday 2 August 2013

BISKUT RED PEARL


Biskut Red Pearl lagi untuk Raya 2013....suka dengan rasa pelbagai bahan2 di dalam biskut ini. Mewah dengan campuran gajus cincang, chocolate chips , conflakes hancur dan ceri hijau merah. Biskut ini tidak menggunakan telurBoleh juga masukkan ke dalam papercup seperti di sini.


RESEPI BISKUT RED PEARL
(+-50biji)

Bahan-bahan:

  • 150 gram butter
  • 150 gram tepung gandum
  • 75 gram gula kastor
  • 60 gram cornflakes diramas sedikit
  • 50 gram coklat cip
  • 20 gram ceri kering merah dan hijau
  • 25 gram gajus / badam /hazelnut -bakar dulu dan cincang sedikit (E-na guna gajus sedap rasa lemak2, tak bakar sebab gajus dah ranggup)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil emplex


Hiasan :
  • ceri merah, dihiris halus dan memanjang
  • sedikit kuning telur (E-na tak sapu pun)

Cara-cara:
  1. Pukul butter dan gula hingga sebati. Guna whisker pun boleh sekadar sebatika gula dan butter sahaja.
  2. Campurkan semua bahan-bahan kering. Kacau rata.
  3. Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga bulat-bulatkan seperti bola dan letak di atas tray. Bila bakar biskut akan leper sendiri.
  4. Sapukan kuning telur di atas biskut dan letak potongan ceri merah.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 160 degree selama 30 minit atau sehingga masak.



Note : E-na buat 2 adunan

Thursday 1 August 2013

BISKUT DAISY PETALS


Biskut Daisy Petals yang comel membuatkan E-na tertarik untuk mencubanya. Bahan-bahan yang simple dan nak buat pun senang hanya dengan menggunakan acuan samperit. Biskut comel ini sebagai penyeri hidangan kuih raya di hari lebaran.




BISKUT DAISY PETALS
( +- 65 biji)

Bahan-bahan :

  • 150 gm mentega 
  • 100 gm gula halus 
  • 200 gm gandum
  • 50 gm tpg jagung 
  • 1 biji kuning telur 
  • pewarna kuning dan hijau 
  • chocolate chips secukupnya 

Cara Membuatnya: 
1. Putar mentega dan gula hingga lembut 
2. Masukkan kuning telur dan kacau rata 
3. Kemudian tambahkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli doh hingga rata 
4. Bahagikan kepada 2 adunan. Warnakan hijau dan kuning 
5. Ambil sedikit adunan hijau, masukkan ke dalam acuan bunga dahlia. Tekan doh di atas dulang       pembakar membentuk seperti batang. Buat sehingga habis adunan hijau.
6. Kemudian masukkan adunan kuning ke dalam acuan dan tekan doh kuning di hujung batang hijau untuk membentuk kuntum bunga.
7. Letak chocolate chips di tengah bunga . 
8. Panaskan oven. Bakar suhu 160"C selama 15minit atau sehingga masak.



Resepi dari Majalah Saji 2011. E-na edit cara membuat untuk mudah faham. Thanks to sis Mamasya.



Kami panggil biskut Himawari sebab  nampak macam Himawari (bunga matahari). kan??



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...